Pages

Saturday, June 9, 2012

Ringkasan Riwayat Hidup Allahyarham Awang Osman

Gambar Tok Awang Osman
Allahyarham Tok Nek Samad, datuk lelaki kepada Allahyarham Awang Osman merupakan seorang alim yang sangat salih. Beliau dianggap oleh sebahagian besar drp penduduk kampung beliau sebagai Waliullah. Beliau dilahir dan dibesarkan di Negeri Kedah. Beliau meninggal dunia kerana tersangat tua. Ramai orang percaya bahawa kubur beliau terletak di tepi sungai di sebelah bangunan lama Mahkamah Magistret Alor Star. 
Tok Nek Samad dipercayai mpy ramai anak, tetapi hanya seorang sahaja daripada mereka yg diketahui. Beliau ialah Mohammed Arshad, ayah kepada Allahyarham Awang Osman. Di kampung tempat beliau tinggal Allahyarham Tok Mohammed Arshad dikenali dengan nama "MAT PANJANG". Tok Mohammed Arshad berkhidmat sebagai "MUDIN RAJA" dan berkahwin dengan "BIDAN RAJA" bernama Cik Busu. Beliau mendapat ENAM BELAS orang anak, ttp kebanyakkan drp anak2 beliau meninggal dunia semasa kecil lagi. Anak yang bongsu sekali bernama OSMAN. Selain itu, anak2 Tok Mohammed Arshad yang diketahui ialah Mohammed Tahir dan Che Pok.
Mengikut adat pada masa itu, oleh sebab Tok mohammed Arshad mempunyai lebih drp sepuluh orang anak, maka anaknya yang paling bongsu yg bernama Osman disembahkan oleh ayahnya sebagai zakat kepada Kebawah DYMM Almarhum Tunku Ahmad tajuddin (Tunku Kudin Besar), Raja dan Sultan bagi Negeri Kedah Darulaman. Almarhum Tunku Ahamad Tajuddin ialah ayahanda kepada DYMM Almarhum Tunku Abdul Hamid, datuk lelaki kepada DYMM Almarhum Tunku Badlishah dan nenek lelaki kepada DYMM Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Osman telah dipelihara oleh DYMM Almarhum Tunku Ahmad Tajuddin. Oleh sbb Osman berasal dari kampung, maka Almarhum telah menamakan beliau AWANG OSMAN. Nama timang-timangan di istana ialah Awang. Dlm kalangan kerabat di raja Kedah, beliau juga lebih terkenal dengan panggilan Awang. Cucu2 Almarhum itu memanggil beliau Pak Awang. Di Pulau Pinang di mana beliau tinggal kemudiannya, beliau terkenal dengan panggilan "Pak Awang Kedah" kerana berasal drp Kedah. 
DYMM Almarhum tunku Ahmad Tajuddin mpy seorang anak angkat bernama Cik Zainab Bt Abdullah. Oleh sebab Almarhum sangat sayang kepada Awang Osman, Almarhum telah mengahwin Awang Osman dengan cik Zainab dan melantik beliau sebagai Wakil Kerajaan Kedah di Pulau Pinang sehingga beliau meninggal dunia. 
Sebagai Wakil Kerajaan Kedah di Pulau Pinang, beliau bertanggungjawab berkenaan dengan pelajaran dan kehidupan kerabat2 di Raja Kedah di sana. Di antara kerabat Di Raja Kedah yang dibawah tanggungjawab allahyarham ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Allahyarham Awang Osman adalah seorang anak petani dan mempunyai 23 orang anak, namun begitu semua anak2 beliau mendapat pelajaran sekolah Inggeris, sekurang-kurangnya setakat sekolah menengah. Menghantar anak2 ke sekolah Inggeris pada masa itu merupakan satu kejayaan yang besar dan cemerlang. Kejayaan Allahyarham yang mulia dan sangat dikasihi patutnya mendapat kepujian dan menjadi kebanggaan kepada semua anak, cucu dan cicit beliau.
Gambar Tok Awang Osman yang telah diwarnakan
Dipetik drp buku Keluarga Awang Osman yang disusun oleh Tan Sri Datuk Hj Abdul Khalid.

2 comments:

  1. Salam. Boleh saudara ceritakan sedikit sebnyak tentang Che Pok dan Tahir seperti yg diceritakan diatas? Che pok adalah nama moyang saya.. Haji Tahir juga does ring a bell sebab he was one of my great great great granddad was once call penghulu Haji Tahir. Mohon perkongsiaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm tn zulqarnain... sy ucapkan terima kasih kepada tn kerana sudi berkunjung ke blog saya. untuk makluman tn cerita di atas sy ambil daripada buku salasilah keluarga Awang Osman yang telah di karang oleh allayarham Tan Sri Khalid.. sekiranya tn ingin maklumat lanjut mohon menghubungi sy melalui email : irmamanggis@gmail.com atau pun boleh telefon sy di talian 0198280582... in shaa Allah persoalan kita nanti bakal terjawap. wassalam

      Delete