Pages

Saturday, June 9, 2012

Penubuhan Persatuan Kerabat Awang Osman


Setelah mengadakan beberapa kali mesyuarat jawatankuasa penaja maka nama pertubuhan keluarga telah pun di pilih iaitu PERSATUAN KERABAT AWANG OSMAN. 

Dan satu Jawatankuasa Penaja Persatuan Kerabat Awang Osman telah pun dibentuk iaitu
1. Yang di Pertua: Dato Daud Daros
2. Timbalan Yang di Pertua: Dato Jazlan Abd Jalil
3. Setiausaha: Afifa Daud
4. Penolong Setiausaha: Mohd Idzuan Alias
5. Bendahari: Jasni Abdul Jalil
6. Penolong Bendahari: Fauziah Hanim
7. Ahli jawatankuasa 
- Izham Md Zain
- Azrain Arifin
- Mahzir Abd Majid
- Iszham Idris
- Muhamad Norshahrizal Mahzir
- Shahariza Hashim
- Amizan Daud

Intisari Mesyuarat Pertama Keluarga Awang Osman (1 May 2012) 

1. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk menubuhkan Protem Komiti untuk menjayakan Program Perjumpaan Keluarga Awang Osman ke-2

2. Setiap yang hadir ini adalah ahli komiti secara langsung dan akan berusaha ingin menjayakan program ini.

3. Pengerusi Dato’ Daud Daros berharap agar dapat meneruskan program ini setiap tahun.

4. Beliau juga mencadangkan ingin menubuhkan Yayasan Awang Osman atau Koperasi Awang Osman untuk membantu dari segi perniagaan, dan juga ahli keluarga yang susah.Setiap ahli keluarga akan menjadi ahli yayasan secara langsung. Yayasan ini akan dilancarkan pada hari tersebut. 

5. Menurut Dato’ Daud bahawa perjumpaan pertama telah diadakan pada tahun 1982. Perjumpaan ini dijayakan oleh Tan Sri Khalid Osman. Beliau telah menyatakan bahawa Tan Sri Khalid telah berhasrat supaya setiap ahli kjeluarga Awang Osman akan “KEEP THE AWANG OSMAN FLAG FLYING”. Dengan Cogan Kata ini, setiap ahli keluarga Awang Osman diharap dapat mengekalkan genarasinya.

6. Hari keluarga ini dicadangkan diadakan di Genting Highland, Cameron Highland atau di Pulau Pangkor. Cadangan tempat masih lagi terbuka untuk perjumpaan ke-2 nanti.

7. Perjumpaan ini akan diadakan selama 3hari 2 malam, dan diharap semua yang hadir dapat membawa semua ahli keluarganya bersama. 

8. Dianggarkan bahawa seramai 200 – 500 peserta yang akan hadir.

9. Dato’ Daud mencadangkan bahawa Jawatankuasa akan mencari penganjur untuk menjayakan majlis ini. 

10. Ahli Jawatankuasa juga diminta untuk mencadangkan aktiviti yang akan dijalankan mengikut umur 12tahun ke bawah, 18 tahun ke bawah, 60 tahun kebawah, dan 60 tahun ke atas. 


11. Perhimpunan “Hari keluarga Awang Osman” akan diadakan pada 31hb.Ogos-2hb September tetapi tempat belum dipersetujui sehingga mesyuarat akan datang.

12. Perbelanjaan penginapan dan makanan akan dianjurkan, tetapi tambang perjalanan adalah bersendirian. Mana-mana ahli keluarga yang ingin turut serta sila sahkan penyertaan secepat mungkin.

13. T-Shirt akan di rekacipta oleh Ahiq Shazwan Shah bin Jazlan.

No comments:

Post a Comment