Pages

Saturday, June 9, 2012

Allahyarham Sir Dato' Haji Mohamad Sheriff bin Osman

Allahyarham Sir Dato' Haji Mohamad Sheriff bin Osman 
Menteri Besar Kedah yang pertama

Sir Dato' Haji Mohamad Sheriff bin Osman (5 Ogos 1890 - 27 September 1962) ialah Menteri Besar Kedah yang pertama.
Dilahirkan di Seberang Sungai Raja, Alor Star, Sheriff mendapat pendidikannya sehingga darjah 7 di Penang Free School, sebuah sekolah bahasa Inggeris. Pada awal pembabitan beliau dalam pentadbiran, Sheriff pernah dilantik memegang jawatan-jawatan utama dalam Kerajaan Negeri Kedah, antaranya:
1907: Penterjemah di Pejabat Penasihat Inggeris Alor Setar
1901: Penolong Setiausaha Majlis Negeri Kedah
1912: Kepala Pekerjaan Tanah
1915: Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri
1931-1948: Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.


Sheriff dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang pertama pada tahun 1948 hingga tahun 1954.
Memandangkan bahawa kelahiran Sheriff adalah daripada golongan orang kebanyakan di zaman pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang pada masa itu dikuasai oleh golongan-golongan Tunku, Syed, Wan, dan sebagainya, pencapaian Sheriff adalah amat cermelang. Sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan jasa baktinya sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah dikurniakan dengan beberapa anugerah, antaranya:
'Pingat Perkhidmatan Lama Kedah' oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
K.B.E dan C.M.G daripada Raja British di London
'Darjah Kebesaran Merit Kedah' (K.O.M) oleh KDYMM Almarhum Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid.


Haji Mohamad Sheriff kembali ke rahmatullah pada 27 September 1962 sewaktu berusia 72 tahun dan disemadikan di Perkuburan Akar Peluru Alor Setar atau Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ghufran


Beliau merupakan seorang yang berpesonaliti mulia dan berhemah tinggi. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai adik beradik yang ramai menyebabkan beliau diajar hidup berdikari. Pada tanggal 5 Ogos 1890, beliau dilahirkan di Seberang Sungai Raja, Alor Setar.
Selama hampir 23 tahun berkhidmat dengan kerajaan, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui Negeri Kedah. Penglibatan beliau dalam arena pentadbiran bermula pada tahun 1970 iaitu ketika Kedah masih di bawah naungan Siam.
Setelah menghadapi pelbagai tentangan semasa perlantikan beliau pada tahun 1948, akhirnya beliau telah berjaya dilantik menjadi Menteri Besar. Ketika itu, jawatan Menteri Besar merupakan jawatan yang pertama kali diwujudkan pada tahun 1930an.
Pergerakan politiknya dengan cara menggunakan peranan pihak-pihak yang mempunyai kuasa dalam soal pemerintahan negeri tanpa mengira pihak iaitu walaupun dari kalangan pihak asing. Beliau juga menggunakan peranan Sultan sebagai pelindung kepada aktiviti politiknya.


Di samping itu beliau turut mengemaskinikan bidang pentadbiran negeri melalui Dasar Pelajaran yang diperkenalkannya pada tahun 1930an. Beliau juga memperjuangkan nasib rakyat melalui dasar-dasar kerajaan yang disusun olehnya bagi memperbaiki taraf sosio ekonomi rakyat di negeri Kedah.


Tuan Haji Mohd. Sherifflah orang yang melaksanakan dasar itu mengikut caranya sendiri. Bukan setakat itu sahaja malah mengikutsemua yang penulis telah bertemubual. Haji Sheriff patut dikenang kerana usahanya mendapatkan peluang pelajaran tinggi yang lebih banyak untuk anak-anak orang kebanyakan. Sungguhpun sebelum ini ada orang-orang bukan dari kerabat Raja yang dihadiahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke England, namun mereka itu adalah dari golongan bangsawan atau "aristocrat" seperti kata Tunku Abdul Rahman. Hal ini ialah kerana beliau (Haji Sheriff) sendiri dari golongan orang kebanyakan. Bapanya, Allahyarham Awang Osman bin Arshad berasal dari Kedah, tetapi dihantar oleh Kerajaan ke Pulau Pinang sebagai agen untuk mengambil tahu harga barang-barang yang kena cukai kemudian melaporkan semua itu ke Alor Star di samping menjadi "Warden" untuk menjaga putera-putera Raja dan anak-anak orang besar yang dihantar belajar di Penang Free School dan lain-lain.


Di sinilah Mohd. Sheriff serta kebanyakan adik-adiknya yang lain dilahirkan. Beliau besar dan bersekolah di Penang Free School sehingga Darjah VII. Tahun 1917 beliau balik ke Kedah dan memegang jawatan sebagai Penterjemah di Sekretariat. Di sinilah dia bekerja dan mendapatkan banyak pengalaman yang berguna untuk masa depan. Setelah beberapa lama sebagai Penterjemah dinaikkan pangkat sebagai "Under Secretary" kemudian Pengarah Tanah dan akhirnya menjadi "Secretary to Government".


Mengikut cerita orang-orang yang telah ditemubual, beliau seorang yang tidak banyak cakap, tidak banyak bergaul dengan sesama pegawai Kerajaan, bahkan dengan adik-beradiknya pun tidak begitu bermesra. Kerana itu dia disegani dan ditakuti orang. Sungguhpun pelajarannya setakat Darjah VII sahaja kerana dia banyak membaca bahasa Inggeris yang digunakan dalam pertuturan dan surat-menyurat adalah bahasa yang baik lagi tinggi. Sebagai pegawai yang memegang jawatan tertinggi dalam Kerajaan Negeri dia sahajalah yang menulis minit-minit dan memo-memo rasmi dengan dakwat hijau.


3 comments:

  1. assalamualaikum..boleh saya tahu, dkt mana awak dapt maklumat ini,,sy nk jadikan bahan rujukan utk kajian saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.mykedah2.com/20hall_fame/204_5.htm

      Delete
    2. atau pun boleh berhubung dengan Persatuan Kerabat Awang Osman berkaitan hal ini :)

      Delete