Pages

Monday, December 29, 2014

Lawatan ke Istana Anak Bukit, Kedah

Tarikh keramat 14 Disember 2014... cantek nombornya 141214

Setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 2 Disember 2014, maka Persatuan Kerabat Awang Osman Malaysia pun dibenarkan melawat ke Istana Anak Bukit.
Menjunjung Kasih Tuanku!

Seramai 200 orang kaum kerabat dengan 35 buah kereta telah diiring oleh sebuah kereta peronda MPV dan 2 buah motor trafik bergerak dari StarCity Hotel ke Istana Anak Bukit.


Serba sedikit maklumat tentang Istana Anak Bukit daripada Wikipedia
Istana Anak Bukit terletak di kawasan Anak Bukit atau changkat yang tinggi sedikit di atas sebuah pulau kecil yang dibentuk daripada Sungai Anak Bukit dan Sungai Kuala Cegar, terdirinya sebuah lagi mercu tanda yang melambangkan kedaulatan Kesultanan Negeri Kedah. Istana Anak Bukit merupakan tempat bersemayam keluarga DiRaja iaitu KDYMM Tuanku Sultan Kedah sekeluarga. Di pintu pagar hadapan masuk istana tersebut, terpampang lambang mohor DiRaja dan di barisi pokok-pokok hujan sepanjang jalan masuk ke dalam istana.
Anak Bukit adalah sebuah bandar diraja di Kawasan Parlimen Kuala Kedah di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Anak Bukit merupakan sebuah pekan yang terletak berhampiran dengan Alor Merah dan Kepala Batas.
Istana Anak Bukit merupakan kediaman rasmi Sultan Kedah iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, GCB, KStJ. Baginda dilahirkan pada 28 November 1927 dan telah ditabalkan menjadi Sultan Kedah ke 27 sejak 15 Julai 1958.
Istana Anak Bukit istana telah mejalani ubahsuai sebanyak RM70 juta sempena dengan perayaan ulang tahun ke-50 masa pemerintahan Sultan Kedah pada tahun 2008. Ubah suai ini bermula pada Februari 2009, merangkumi pembangunan gedung baru yang bakal menempatkan khalayak baru dan ruang makan yang boleh menampung sehingga 1,400 orang pada satu masa menggantikan jumlah khalayak maksimum sedia ada dan ruang makan yang hanya boleh menampung kurang daripada 1,000 orang. Bangunan ini selesai ubahsuainya pada bulan Oktober 2007.
Aliran sungai yang disebut sungai Anak Bukit mengalir di bahagian belakang bangunan Istana ini dan mengalir melalui Alor Star, Kedah dihubungkan oleh Sungai Kedah ke muara Kuala Kedah.

Rentetan Pristiwa

8.30am - Mula Berkumpul di kawasan parking StarCity Hotel







9.30am - Mula bergerak ke Istana Anak Bukit



Semasa melintasi pintu gerbang istana, kaum kerabat telah diberi penghormatan yang tak ternilai harganya. Pegawai Polis telah memberi hormat di sebelah kanan dan hormat senjata di sebelah kirinya.

Sepanjang perjalanan ke Kompleks, semua pekerja di sepanjang jalan yang sedang membuat kerja-kerja telah memberi hormat kepada kaum kerabat dengan memberhentikan pekerjaan mereka buat sementara dan berdiri mengadap jalan. 


Alhamdulillah, sudah pun selamat tiba ke Kompleks Anak Bukit. Rombongan kami telah disambut oleh pihak Istana dengan gembiranya.




Kami telah di bawa ke Balairung Seri bertempat di Kompleks Anak Bukit






10.00am - Taklimat oleh Ketua Istana, En. Amran berkaitan tentang sejarah Istana Anak Bukit dan Kompleks Anak Bukit






Dalam taklimat yang diberikan, Ketua Istana agak terkejut dengan kehadiran melebihi 100 orang, selalunya Tuanku Sultan tidak akan membenarkan rombongan melebihi 100 orang. Tetapi disebabkan oleh Tok Awang Osman, Tuanku Sultan sudi memperkenankan permintaan Persatuan Kerabat Awang Osman. 


Sesi Penyerahan Buku Salasilah Kerabat Awang Osman untuk pihak Istana dan Tuanku Sultan. Terima kasih kepada uncle Iszham kerana telah menyediakan Buku Salasilah Awang Osman tersebut.


Gambar kenang-kenangan bersama Ketua Istana. Kenangan yang Terindah.

Lawatan Ke Dewan Santapan





Jamuan ringan disediakan oleh Pihak Istana




Lawatan Ke Zoo Istana










Sangat cantek pemandangan di sini











Dengan berakhirya lawatan ke Zoo Istana maka berakhirlah Lawatan Ke Istana Anak Bukit umumnya dan Perjumpaan PKAOM 2014 khususnya. Semoga dengan lawatan dan perjumpaan pada kali ini hubungan silaturrahim antara kerabat dapat dieratkan lagi. Terima kasih kepada pengelola yang telah bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Semoga kita tidak akan lupa kenangan dan pengalaman yang diperolehi dalam lawatan ini, Seperti sirih pulang ke gagang. In Shaa Allah, ada rezeki berjumpa lagi di lain masa. 



Dari Aisyah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada arsy, ia berkata: Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.(Shahih Muslim No.4635)

"Keep the Awang Osman’s Flag Flying"