Pages

Wednesday, February 24, 2016

Catatan AO 15

Assalamualaikum semua,
Sepertimana dalam catatan Tan Sri Khalid, Tuk Awang Osman dibesarkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin dan juga Tunku Kudin Besar. Maka saya mengambil peluang yang ada pergi menziarah tempat-tempat yang pernah beliau tinggal. Rasa seronok dan dekat dengan keluarga jika aktiviti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap. Saya lebih memahami siapa sebenarnya kerabat Awang Osman ini.
Gambar pertama ini adalah singgah sana yang telah digunakan sejak zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II. Sultan seterusnya semua ditabalkan di singgah sana yang sama termasuklah YAM Yang dipertuan Agong sekarang. Allahuakbar... Merangkap syukur saya disana.
Setiausaha
Afifa Daud AO
PKAOM
Balai Besar

Balai Besar

Istana Sultan Sulaiman

Udini House


Istana pelamin @ Muzium Di Raja

Catatan AO 14

Gambar dibawah adalah YAM Tunku Muhammad Jiwa ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid bersama Isteri baginda YAM Che Zahra Binti Muhammad Arshad. Ada juga cerita lisan mengatakan bahawa Che Zahra bersaudara kembar dengan Che Zaleha. Dipercayai juga Che Zahra adik kepada Che Zaleha.
Oleh itu, Kerabat Awang Osman mempunyai genetik kembar 😊. Tak hairanlah saya sendiri pun ada Saudara kembar. Saya juga adik. Macam kebetulan je 😉💚💜
* Gambar terakhir adalah sasilah diraja Kedah. Perkahwinan tuanku ini adalah perkahwinan ke tiga baginda bersama Che Zahra.
Setiausaha
Afifa Daud AO
PKAOM