Pages

Sunday, January 19, 2014

Muzium Diraja (Rumah Pelamin)




Muzium DiRaja (Rumah Pelamin)
Pada asalnya muzium ini dikenali sebagai Istana Kota Setar yang merupakan tempat kediaman Tuanku Sultan serta keluarga DiRaja. Istana ini telah dibina oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah II (1710-1778) pada tahun 1736. Pada tahun 1904, di istana inilah telah berlangsungnya perkahwinan 5 pasangan putera dan puteri Sultan Abdul Hamid yang mengambil masa selama 3 bulan dan mula dikenali sebagai Istana Pelamin. Di istana ini telah berlangsung upacara perkahwinan secara gilang gemilang selama 90 hari 90 malam diantara putera puteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Di sini jugalah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama serta Bapa Kemerdekaan Malaysia dilahirkan. Selepas tamat perang dunia kedua ia digunakan oleh pertubuhan sukarela seperti Sekolah Latihan Gadis, Ibu Pejabat Pergerakan Wanita, Pergerakan St. John, Pengakap dan Persatuan Perajurit Negeri Kedah. Pada tanggal 25 Julai 1983 semperna Jubli Perak, ianya telah dijadikan sebagai Muzium DiRaja secara rasminya oleh KDYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan di sinilah segala koleksi khazanah warisan peribadi dan kebesaran berkaitan kesultanan dan latar belakang DiRaja Negeri Kedah Darul Aman diabadikan.

gambar lama pintu muzium 

Pintu pengawal ke kawasan muzium ataupun istana. Sangat menarik reka bentuk pintu ini

Lukisan pintu masuk



tahun 1610

Deretan meriam depan muzium

Deretan meriam berhadapan pintu masuk ke muzium

Pandangan sisi Muzium

pandangan belakang

pandangan belakang





design pintu muzium 




Berkemungkinan tok Awang Osman telah dibesarkan di sini, kalau ikut timeline dan penceritaan drp buku serta cerita lisan orng-orang tua.