Pages

Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Sekitar Perjumpaan PKAOM di Kedah 2014

Tahniah dan syabas kepada team PKAOM yang telah berjaya menganjurkan Perjumpaan serta Lawatan pada kali ini...

Sebelum Program... antara gambar2 org yg berusaha bertungkus lumus menjayakan program ini

Bersama Dato Bijaya Indera Dato' Paduka Haji Syed Unan Mashri Bin Syed Abdullah merangkap Ketua Setiausaha Sulit KDYMM Sultan Kedah




TQ Pak Ngah Wan. Aunty Afifa, Uncle Idzuan dan Amira

PA System - Aunty Amila

Tq Tok uncle DR Wahab dan Tok aunty Dr Faizah dgn 'goodies'nya... sgt bermakna utk kami yg hadir 

Tok uncle Maliki yg menguruskan eskot polis dari tempat berkumpul hingga ke istana

Aunty Azeem - pengacara majlis yg membuatkan suasana perjumpaan sgt ceria.. terbaaeeekkk

AJK PKAOM


Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mereka yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan perjumpaan pada kali ini... 

Gambar-gambar sekitar Perjumpaan di StarCity Hotel
Tarikh: 13 Disember 2014
Pendaftaran Kaum Kerabat


Ucapan drp YDP PKAOM

Taklimat utk Lawatan ke Istana Anak Bukit

xtvt yg dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan



Maklumat ttg buku Salasilah PKAOM yg terkini



Terima kasih kepada semua kaum kerabat yg sudi hadir pada kali ini... bg yg tak berpeluang, kita jumpa di perjumpaan yang seterusnya...

Dari Aisyah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada arsy, ia berkata: Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.(Shahih Muslim No.4635)

"Keep the Awang Osman’s Flag Flying"

Saturday, November 8, 2014

Jemputan ke Majlis Pemurnian Salasilah Negeri Kedah Vol.3




Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah diberi peluang untuk hidup di dalam dunia yang fana ini.

Ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada Abg Ya Omar kerana sudi menjemput saya dan PKAOM ke Majlis Pemurnian Salasilah Negeri Kedah Vol. 3 yang akan diadakan seperti berikut:

LOKASI/ TEMPAT : SWISS IN SUNGAI PETANI ,KEDAH.

BERTARIKH           : 27 HB. DISEMBER 2014.

JAM KEHADIRAN : 08.30 PAGI

ACARA BERMULA : JAM 09.00 PAGI

PAKAIAN  LELAKI - MEMAKAI BAJU BATIK ATAU BAJU MELAYU BERWARNA HITAM,BESAMPIN HITAM/EMAS DAN BERSONGKOK HITAM.

PAKAIAN PEREMPUAN - PAKAIAN BAJU KURUNG SERTA BEHIJAB.


ANTARA KERABAT /WARIS YANG DIJANGKA HADIR DALAM MAJLIS PEMURNIAN SALASILAH VOL.3 IALAH:

1- TUNKU ANUM.
2-SULTAN ZAINAL RASHID II.
3-TUNKU PUTEH.
4-TUNKU MUHAMMAD SAAD TUNKU DAUD.
5-TUNKU MUHAMMAD TAIB TUNKU JAAFAR.
6-TUNKU LONG PUTERA (RAJA DARAT)
7-TUNKU ANJANG JOHAN (RAJA LAUT)
8- TUNKU UNGGA BENDANG
9-TUNKU BISNU BERUAS PERAK
10-TUNKU MUHAMMAD JIWA III.
11-TUNKU YAHAYA.
12-KERABAT KEDAH DARI PKDK
13-KERABAT KEDAH YANG MENJADI AHLI PERTUBUHAN SHARIFSYAH/TUNKU LONG PUTERA/ANJANG JOHAN.
14-WARISAN MERONG NEGERI KEDAH.
15- KETURUNAN WAN SENIK LANGKAWI
16-KETURUNAN PERDANA MENTERI KEDAH

In Shaa Allah... kalau ada rezeki akan berjumpa la di sana nanti :)
Tq Tunku Bendahara Omar Al Muktabir Billah Shah.



http://nikyaomarman.blogspot.com/2014/11/majlis-pemurnian-salasilah-negeri-kedah.html

Sunday, January 19, 2014

Muzium Diraja (Rumah Pelamin)




Muzium DiRaja (Rumah Pelamin)
Pada asalnya muzium ini dikenali sebagai Istana Kota Setar yang merupakan tempat kediaman Tuanku Sultan serta keluarga DiRaja. Istana ini telah dibina oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah II (1710-1778) pada tahun 1736. Pada tahun 1904, di istana inilah telah berlangsungnya perkahwinan 5 pasangan putera dan puteri Sultan Abdul Hamid yang mengambil masa selama 3 bulan dan mula dikenali sebagai Istana Pelamin. Di istana ini telah berlangsung upacara perkahwinan secara gilang gemilang selama 90 hari 90 malam diantara putera puteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Di sini jugalah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama serta Bapa Kemerdekaan Malaysia dilahirkan. Selepas tamat perang dunia kedua ia digunakan oleh pertubuhan sukarela seperti Sekolah Latihan Gadis, Ibu Pejabat Pergerakan Wanita, Pergerakan St. John, Pengakap dan Persatuan Perajurit Negeri Kedah. Pada tanggal 25 Julai 1983 semperna Jubli Perak, ianya telah dijadikan sebagai Muzium DiRaja secara rasminya oleh KDYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan di sinilah segala koleksi khazanah warisan peribadi dan kebesaran berkaitan kesultanan dan latar belakang DiRaja Negeri Kedah Darul Aman diabadikan.

gambar lama pintu muzium 

Pintu pengawal ke kawasan muzium ataupun istana. Sangat menarik reka bentuk pintu ini

Lukisan pintu masuk



tahun 1610

Deretan meriam depan muzium

Deretan meriam berhadapan pintu masuk ke muzium

Pandangan sisi Muzium

pandangan belakang

pandangan belakang





design pintu muzium 




Berkemungkinan tok Awang Osman telah dibesarkan di sini, kalau ikut timeline dan penceritaan drp buku serta cerita lisan orng-orang tua.









Thursday, December 13, 2012

PERJANJIAN PERAK DAN KEDAH


Satu perjanjian telah ditandatangani di antara Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Sir Idris Murshidul 'adzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar dan Sultan Kedah, Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al- Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 4 Mac 1912.

Perjanjian tersebut adalah mengenai sempadan antara Kedah-Perak iaitu di Daerah Baling dan Tasek dan pembinaan sebatang jalanraya dari Baling ke Padang Serai di Negeri Kedah.

Persetujuan-persetujuan yang dicapai di dalam perjanjian tersebut adalah seperti berikut:

(i) Sultan Perak bersetuju membina sebatang jalanraya kelas satu dari Baling hingga ke Kuala Ketil sepanjjang 22 batu. jalan yang akan dibina ini akan menyambungkan Klian Intan di Hulu Perak dengan Baling hingga ke Kuala Ketil. Pembinaan jalan sepanjang 22 baru ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak. Sebagai balasannya, Kerajaan Negeri Kedah pula bersetuju akan rnerigawasi jalan tersebut selepas ianya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, seperti juga ia mengawasi jalan- jalan kelas satu di Negeri Kedah.

(ii) Kerajaan Negeri Kedah juga bersetuju akan menyambung pembinaan jalan tersebut dari Kuala Ketil ke Padang Serai sejauh 12 batu dan Kedah juga akan mengawasi jalan tersebut seperti juga ia mengawasi jalan-jalan kelas satu yang lain di Kedah.

(iii) Kerajaan Kedah akan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Perak semua kawasan di Baling dan kawasan Goa Baling ke atas kepada Kerajaan Perak supaya pada masa hadapan sempadan antara Kedah dan Perak di kawasa. Hulu Perak ditandai dengan kawasan bukit dalam daerah tersebut.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Sultan Perak, Sultan Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar di hadapan Pemangku Residen British di Perak, Oliver Marks dan Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid menandatangani bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah dengan disaksikan oleh Encik Mohd. Ariffin, Setiausaha kepada Baginda Sultan Kedah.

Sumber Arkib

http://ku-alam.blogspot.com/2012/03/perjanjian-perak-dan-kedah.html
http://wangsamahkota.wordpress.com/2012/10/21/perjanjian-antara-paduka-seri-sultan-perak-bersama-baginda-tuanku-sultan-kedah/