Pages

Thursday, June 14, 2012

Dato' Haji Shuaib Bin Osman (Dato' Paduka Seri Indera Kedah)



Dato' Haji Shuaib bin Osman dilahirkan di Pulau Pinang pada 5 Mei 1914. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Penang Free School, Pulau Pinang antara tahun 1921 hingga 1932.
Kerjaya:
  • Setiausaha 'Sanitary Board', Alor Setar.
  • Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda
  • Kerani Majlis Mesyuarat Kerajaan (1948 - 1951)
  • Pegawai Daerah Baling
  • Bendahari Negeri Kedah
  • Presiden Majlis Bandaran Alor Setar
  • Penolong Setiausaha Kerajaan 1
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (1959 - 1969)
  • Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (1970 - 1976)
  • Pengerusi Syarikat Perusahaan Utara Sdn. Bhd.
  • Pengerusi United Transport Sdn. Bhd.
  • Pengerusi Syarikat Kenderaan Langkasuka (Sungai Petani)
  • Pengarah Syarikat Perusahaan Simen Malaysia Bhd.
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional:
  • Yang Dipertua Kelab Kedah
  • Pengarah Kelab Rotary Alor Setar (Charter Member)
  • Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
  • Yang Dipertua Persatuan-persatuan Kriket dan Hoki
  • Naib Yang Dipertua Majlis Sukan Negeri Kedah
  • Naib Yang Dipertua Persatuan Badminton Negeri Kedah
  • Yang Dipertua Majlis Pusat Kebajikan Malaya
Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahi pingat dan darjah kebesaran. Antaranya ialah Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.C.K.), Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.), Pingat Sultan Badlishah dan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Pada tahun 1976, beliau telah dianugerahkan gelaran Dato' Paduka Seri Indera Kedah.


"Keep the Awang Osman’s Flag Flying"

No comments:

Post a Comment