Pages

Wednesday, February 24, 2016

Catatan AO 15

Assalamualaikum semua,
Sepertimana dalam catatan Tan Sri Khalid, Tuk Awang Osman dibesarkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin dan juga Tunku Kudin Besar. Maka saya mengambil peluang yang ada pergi menziarah tempat-tempat yang pernah beliau tinggal. Rasa seronok dan dekat dengan keluarga jika aktiviti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap. Saya lebih memahami siapa sebenarnya kerabat Awang Osman ini.
Gambar pertama ini adalah singgah sana yang telah digunakan sejak zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II. Sultan seterusnya semua ditabalkan di singgah sana yang sama termasuklah YAM Yang dipertuan Agong sekarang. Allahuakbar... Merangkap syukur saya disana.
Setiausaha
Afifa Daud AO
PKAOM
Balai Besar

Balai Besar

Istana Sultan Sulaiman

Udini House


Istana pelamin @ Muzium Di Raja

Catatan AO 14

Gambar dibawah adalah YAM Tunku Muhammad Jiwa ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid bersama Isteri baginda YAM Che Zahra Binti Muhammad Arshad. Ada juga cerita lisan mengatakan bahawa Che Zahra bersaudara kembar dengan Che Zaleha. Dipercayai juga Che Zahra adik kepada Che Zaleha.
Oleh itu, Kerabat Awang Osman mempunyai genetik kembar ðŸ˜Š. Tak hairanlah saya sendiri pun ada Saudara kembar. Saya juga adik. Macam kebetulan je ðŸ˜‰ðŸ’šðŸ’œ
* Gambar terakhir adalah sasilah diraja Kedah. Perkahwinan tuanku ini adalah perkahwinan ke tiga baginda bersama Che Zahra.
Setiausaha
Afifa Daud AO
PKAOM





Tuesday, February 23, 2016

Catatan AO 13

Dalam penulisan Tan Sri Khalid, beliau ada mengatakan bahawa Mohd Arshad berkhidmat di Istana Kedah sebagai Tuk Mudin Raja. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Cik Busu @ Che Busu (Bidan diRaja) pada ketika itu. Mohd Arshad juga dikenali sebagai Mat Panjang.
Sepertimana yang kita semua ketahui Tuk Awang Osman mempunyai 16 orang adik-beradik. Tetapi kebanyakkan diantara mereka telah meninggal dunia sejak kecil lagi. Tuk Awang Osman adalah anak bongsu Tuk Mohd Arshad. Hanya 3 orang sahaja adik-beradik Tuk Awang Osman yang telah dikenal pasti. Mereka adalah:
1) Mohd Tahir bin Mohd Arshad (keluarga ini kebanyakkan berada di Langkawi)
2) Che Pok bt Mohd Arshad (Guru besar di SK Sg Rambai antara 1920 -1934) (tak dapat dikesan keluarga ini) yang tahu tentang keluarga ini ialah Pak Ngah Pie.
3) Awang Osman bin Mohd Arshad
Ada juga beberapa nama yang dikenal pasti yang berkhidmat di Istana dan berpangkat besar dalam kerajaan Negeri Kedah pada tahun yang hampir sama. Mereka adalah:
1) Mohd Ariffin bin Mohd Arshad (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang pertama bermula dari tahun 1905 sehingga tahun 1922)
2) Mohd Hassan bin Mohd Arshad (Tok Kerani Rahsia Raja al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah)
3) Che Zaleha Bt Mohd Arshad (tak ingat mana jumpa nama ni)
4) Che Endut Bt Mohd Arshad (Guru Besar di SK Sg Rambai antara 1900-1920)
5) Che Zahara @ Zahra Bt Mohd Arshad (b. 1902; d. at Jalan Langgar, Alor Star, 30th October 1960) (isteri kepada H.H. Tunku Muhammad Jiwa ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Hamid Halim Shah, Tunku Paduka Maharaja Temenggong Angota Desa. b. at Alor Star, 30th October 1894 (s/o Che’ Manja Lara)
Saya beranggapan mereka ini adalah anak-anak Tuk Mohd Arshad kerana mereka berkhidmat di Istana dan memegang jawatan tertinggi kerajaan Kedah pada masa itu. Tuk Mohd Arshad dan Tuk Busu juga menjawat jawatan penting di Istana Kedah. Pada masa itu hanya anak-anak raja dan pembesar Istana sahaja mendapat peluang pendidikan tinggi. Maka, mereka ini bukanlah orang kebanyakkan yang mendapat peluang pendidikan pada masa itu.
Setiausaha
Afifa Daud AO
PKAOM
Che Zahra binti Mohd Arshad isteri kepada H.H. Tunku Muhammad Jiwa ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Hamid Halim Shah, Tunku Paduka Maharaja Temenggong Angota Desa. b. at Alor Star, 30th October 1894
Awang Osman Bin Muhammad Arshad


Mohd Hassan bin Mohd Arshad

Mohd Ariffin bin Mohd Arshad

Monday, February 22, 2016

Catatan AO 12

Dalam catatan AO 1 saya telah mengatakan bahawa Tuk Awang Osman telah dibesarkan oleh Almarhum YAM Sultan Ahmad Tajuddin bersama Almarhumah YAM Wan Hajar (Mak Wan Besar). Saya tertarik pada salasilah ini. Maka saya share dengan semua ðŸ˜Š.
Dalam salasilah ini telah menunjukkan bahawa YAM Sultan Ahmad Tajuddin telah berkahwin dengan YAM Wan Hajar (2nd marriage). Tak salah jika saya katakan mereka merupakan Ayahanda dan Bonda Tuk Awang Osman.
Setiausaha
Afifa Daud AO
PKAOM


Sunday, February 21, 2016

Catatan AO 11

Saya telah menulis tentang pernikahan Tuk Awang Osman bersama Tuk Bibi. Ada juga gambar-gambar generasi 4 dan 5 yang saya tengok di laman sosial rupa mereka mirip Tuk Bibi terutama bahagian mata dan bibir ðŸ˜‰
Hasil perkahwinan Tuk Awang Osman dan Tuk Bibi, mereka mempunyai 9 orang cahaya mata. Gambar di bawah ada senarai nama anak-anak Tuk Awang Osman dan Tuk Bibi.
Malangnya perkahwinan ketiga ini juga berakhir dengan pemergian Tuk Bibi. Masa ini, anak-anak Tuk Bibi masih kecil dan memerlukan perhatian ibu. Maka buat kali ini Tuk Awang Osman berbincang dengan anak-anak nya dari hasil perkahwinan pertama dan kedua untuk membantu membesarkan adik-adik mereka. Dengan ini semua anak-anak Almarhumah mendapat pendidikan tinggi pada ketika itu. Boleh katakan semua anak-anak Tuk Awang Osman berpendidikan Inggeris. Ini satu pencapaian luar biasa dan amat membanggakan.
Setiausaha
Afifa Daud AO
PKAOM.



Catatan AO 10

Negeri Kedah Darul Aman adalah negeri yang berdaulat. Tampuk pemerintahan kerajaan kesultanan sejak dari abad ke-5 dan dikira tertua di dunia. Perdagangan dunia berlaku di Kedah Tua (Kerajaan Maritim) pada ketika itu. Oleh kerana perdagangan dunia berlaku disana, maka pedagang-pedagang dari India, China, Arab dan Eropah datang ke Kedah untuk berniaga. Ada dikalangan mereka membawa ahli keluarga bersama, ada juga yang bertemu jodoh di Tanah Melayu.
Keturunan Bibi pula dipercayai berasal dari Pakistan. Mereka terdiri dari orang-orang kaya di Pakistan yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Sebahagian daripada tugas Tuk Awang Osman pada ketika itu adalah mengambil tahu perihal cukai dagangan di Kedah dan Pulau Pinang. Kerana tugas, almarhum berjumpa dengan pedagang-pedagang pada masa itu. Ini mungkin menjadi sebab titik pertemuan Tuk Awang Osman dan Tuk Bibi Rahmat (Ahmad).
Pada masa itu, anak-anak Tuk Salmah Nyak Agam masih kecil, manakala anak-anak Tuk Che Zainab sudah pun dewasa. Anak-anak Tuk Salmah Nyak Agam masih memerlukan kasih sayang ibu pada ketika itu. Maka bernikahlah Tuk Awang Osman bersama Tuk Bibi Rahmat (Ahmad) heart emoticon
Berbahagialah mereka ketika itu. Saya pula feeling.... Maklumlah love storyheart emoticon
Setiausaha
Afifa Daud AO
PKAOM


Perdagangan negeri Kedah pada tahun 1800

Catatan AO 9

Setelah Tuk Awang Osman mendirikan rumah tangga bersama Tuk Salmah Nyak Agam, kehidupan mereka sangat gembira. Lapan orang anak Tuk Che Zainab dibesarkan oleh Tuk Salmah Nyak Agam. Disamping itu juga mereka mendapat cahaya mata sendiri. Mereka ini adalah:
1) Haji Yahaya Osman
2) Haji Zakariah Osman
3) Maimunah Osman
4) Dato Haji Shuaib Osman
5) Saodah Osman
6) Siti Aminah Osman
Malangnya kebahagian yang dibina bersama Tuk Salmah Nyak Agam berakhir dengan kemangkatan Tuk Salmah. Pada ketika ini anak-anak Almarhumah masih kecil. Sedih saya mengenangkan Tuk Awang Osman kehilangan isteri tersayang buat kedua kalinya.
Al Fatihah
Setiausaha,
Afifa Daud AO,
PKAOM

Catatan AO 8

Semua cucu cicit Tuk Awang Osman faham selepas mangkatnya Tuk Che Zainab, Tuk Awang Osman telah mendirikan rumah tangga bersama Tuk Salmah Nyak Agam. Beliau menikahi Tuk Salmah Nyak Agam kerana anak-anak Tuk Che Zainab masih kecil dan memerlukan perhatian dari seorang ibu. Maka mulalah kehidupan baru dalam diri Tuk Awang Osman.
Yang menarik perhatian saya adalah nama Nyak dan nasaf keturunannya. Mengikut pemahaman, pembacaan serta cerita lisan, Tuk Salmah Nyak Agam juga adalah berdarah raja. Mengikut nasaf keturunan, nama Nyak adalah nama penggunaan gelaran diraja Acheh seperti Tunku @ Nai @ Megat @ Meor @ Che. Maka sekali lagi perkahwinan Tuk Awang Osman bersama keturunan diraja berlaku.
Saya pasti ini bukan satu kebetulan. Tuk Awang Osman berkhidmat dan begitu setia menjaga hal ehwal istana. Tuk Awang Osman juga membesar di Istana Kedah dan dibesarkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin. Perjumpaan anak-anak raja pada ketika itu juga berlaku di istana. Maka bertemulah 2 insan ini... Wah...feeling pula saya ni.
Mulalah kehidupan baru mereka bersama sekeluarga. Tuk Darus Osman (Atuk saya) dibesarkan bersama insan ini....Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik Almarhumah.
Al Fatihah
Setiausaha,
Afifa Daud AO
PKAOM

Catatan AO 7

Hasil perkahwinan Tuk Awang Osman bersama Tuk Che Zainab, telah menghasilkan 8 orang cahaya mata. Mereka adalah:
1) Darus bin Osman
2) Sir Haji Mohamad Sheriff Osman
3) Yaacob bin Osman
4) Mansor bin Osman
5) Haji Muhammad Arshad Osman
6) Dr. Mustapha bin Osman
7) Fatimaton bin Osman
8) Hashim bin Osman
Saya datang dari jurai Tuk Darus. Sayangnya saya tak pernah berjumpa dengannya walau sekali pun. Anda semua datang dari mana? Waris-waris Almarhumah mempunyai rupa paras yang hampir iras rupa orang siam. Ramai juga orang menegur saya ingatkan saya dari Siam smile emoticon Inilah pentingnya kita mengetahui asal usul kita.
Al Fatihah buat semua insan-insan tersayang ini.
Setiausaha,
Afifa Daud AO
PKAOM

Catatan AO 5

Seperti yang kita semua ketahui Tuk Awang Osman telah berkahwin dan mempunyai 3 orang isteri tetapi Almarhum hanya mempunyai seorang isteri pada satu masa. Setiap isteri telah meninggalkan waris-waris yang membawa genetik Awang Osman yang telah mempelopori dan berjasa kepada kerajaan Kedah Darul Aman pada satu masa dahulu. Isteri-isteri Almarhum ialah:
1) Che Zainab Abdullah
2) Salmah Nyak Agam
3) Bibi Binti Ahmad
Seperti yang kita sedia maklum gelaran Che ini digunakan oleh susur galur raja Merong Mahawangsa. Gelaran Che digunakan untuk menggantikan gelaran Tunku @ Syed @ Nai pada masa Perang Musuh Bisik dahulu. Menggugurkan gelaran ini bertujuan untuk menyelamatkan waris-waris diraja Kedah pada masa itu.
Ada juga melalui penceritaan lisan mengatakan bahawa Che Zainab adalah anak Raja Siam yang berasal dari Patani yang berkahwin dengan Almarhum setelah di Islamkan. Maka nama Che Zainab Binti Abdullah telah diberi setelah diangkat sebagai anak angkat Sultan Ahmad Tajuddin pada ketika itu. Tahun Almarhumah di Islamkan belum diketahui. Sama-sama kita doakan Tuk Awang Osman dan Tuk Che Zainab tenang dalam pelukan rahmahNya di sana.
Al-Fatihah
Setiausaha,
Afifa Daud AO
PKAOM


Catatan AO 4

Almarhum Tuk Awang Osman dibesarkan oleh Tunku Kudin Besar. Sepanjang perjalanan hidup Tuk Awang Osman, beliau telah tinggal di beberapa lokasi di sekitar Kedah dan Pulau Pinang. Selain Istana Pelamin Tuk Awang Osman juga pernah dibesarkan di kediaman Tunku Kudin Besar seperti yang ditunjukkan di gambar dibawah. Tapi sayang, istana ini sudah ditinggalkan kosong begitu sahaja. Istana dua tingkat di Kepala Batas dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam. Tanpa mereka siapalah kita hari ini.
Al Fatihah...
Setiausaha,
Afifa Daud AO
PKAOM


Istana Tunku Kudin Besar (Tunku Dhiauddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Halim Shah) yang telah disahkan oleh Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof di Taman Tabung Haji Kepala Batas.



Udini House milik Tunku Kudin Besar (Tunku Dhiauddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Halim Shah) di Gelugor.

Catatan AO 3

Seperti mana yang kita semua sudah maklum, Tuk Awang Osman bertugas di istana sebagai Wakil Kerajaan Kedah di Pulau Pinang. Beliau juga bertanggung jawab menjaga hal ehwal putera puteri dan kerabat diraja. Beliau diberi mandat untuk memastikan putera puteri dan Kerabat diraja mendapat pendidikan yang baik terutama dari segi pendidikan formal, agama, dan hal ehwal istiadat diraja.
Beliau ditugaskan di Pulau Pinang sehingga beliau meninggal dunia. Gambar ini diambil dihadapan Istana Kota Setar. Pada masa ini usia Tuk Awang Osman adalah dalam lingkungan 30tahun. Pada masa ini YM Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid masih kecil lagi. Mungkinkah Tuk Awang Osman yang memegang rotan bersama putera puteri dalam photo ini? Sayang gambar ini kurang jelas untuk kita pastikan.
Setiausaha,
Afifa Daud AO
PKAOM


Friday, February 19, 2016

Catatan AO 1

Allahyarham Awang Osman, satu nama yang sering disebut sebut oleh semua anak-anak dan cucu cicit beliau. Satu nama yang diagongkan oleh semua cucu cicit beliau. Dengan ini telah menarik minat saya untuk mengetahui lebih mendalam siapa AO ini. Kenapa beliau disebut-sebut oleh cucu cicit hingga kini. Saya pun tak pernah jumpa beliau tapi amat kagum dengannya. Dengan ini tergerak hati ini untuk belajar lebih mendalam dan memahami siapa moyang saya AO ini sebenarnya.
Seperti mana waris AO telah maklum, beliau dibesarkan oleh YAM Wan Hajar Wan Ismail (Mak Wan Besar) adalah bonda kepada Sultan Abdul Hamid. Dengan ini tidak salahlah saya katakan AO membesar bersama Sultan Abdul Hamid ketika itu. Menurut penulisan yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Khalid Osman, beliau ada menceritakan bahawa AO telah di zakatkan kepada Sultan Ahmad Tajudin untuk dibesarkan.
Persoalannya sekarang, adakah sistem zakat anak ini benar-benar berlaku? Dan kenapa dizakatkan kepada Sultan? Adakah orang kebanyakkan boleh menzakatkan anak kepada Sultan? Satu persoalan yang bermain diminda. Ada sesiapa yang boleh beri jawapan mengenai persoalan ini? Buntu juga dibuatnya.
Setiausaha,
Afifa Daud AO
PKAOM
Wajah Awang Osman

Dikatakan dalam bulatan tersebut ialah Awang Osman

Gambar Mak Wan Besar

Istana Pelamin @ Muzium Di Raja Kedah