Pages

Friday, December 28, 2012

ZURIAT ISKANDAR ZUI-KARNAIN

Adapun diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera, bahawa Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi, telah Hamil lah ia dengan Raja Iskandar;’ tetapi Raja Iskandar tiada tahu akan isterinya HaruiI itu, dan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun tiada tahu akan dirinya bunting itu. Tatkala Tuan Puteri Syahrul-Bariyah kembali kepada ayahnya, Raja Kida Hindi, maka baharulah ia tahu akan dirinya bunting itu; dirasanya dirinya tiada haid. Maka Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun memberi tahu kepada ayahnya, Raja Kida Hindi, katany a, “Ketahuilah ayahanda, bahawa Hamba ini dua bulanlah se­karang tiada haid. Setelah Raja Kida Hindi mendengar kata anaknya itu, maka Raja Kida Hindi pun terlalu sukacita oleh anaknya itu bunting dengan Raja Iskandar; maka dipelihara­’kannya dengan sepertinya. Setelah genaplah bulannya, maka Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun beranaklah seorang lelaki, Maka oleh Raja Kida Hindi akan cunda itu pundi namai Aristun Syah uialadul-malihul-mukarram, terlalu sangat di­kasihi oleh Raja Kida Hindi.

Hatta berapa lamanya Raja Aristun Syah pun besarlah, terlalu baik rupanya,seperti rupa ayahanda baginda, Raja Is­kandar Zul-Karnain. Maka oleh Raja Kida Hindi dipinangkannya anak raja Turkistan. Maka Raja Aristun Syah. beranak se­orang lelaki, maka dinamainya Raja Aftus. Setelah empat puluh lima tahun lamanya Raja Iskandar kembali ke negeri Makaduniah, maka Raja Kida Hindi pun kembali ke rahmat Allah; maka cunda baginda, Raja Aristunlah kerajaan dalam negeri Hindi mengangkatkan kerajaan ninda baginda. Adalah umur baginda di atas kerajaan tiga ratus lima puluh lima tahun; maka Raja Aristun Syah pun berpindahlah dari negeri yang fana ke negeri yang baka. Maka anakanda baginda Raja Aftus­lah naik kerajaan dalam “negeri Hindi; adalah umur baginda di atas kerajaan seratus dua puluh tahun, maka baginda pun hilang; maka Raja Aska’inat naik raja, umur baginda di ataskerajaan tiga tahun. Setelah sudah hilang maka Raja Kasdas namanya naik raja pula; adalah umur baginda di atas kerajaan dua belas tahun. Setelah sudah baginda hilang, maka Raja Amtabus namanya naik raja pula di atas takhta kerajaan; ada­lah umur baginda di atas kerajaan tiga belas tahun. Setelah sudah baginda hilang, maka Raja Zaman Yus namanya naik raja pula; adalah umur baginda itu di atas kerajaan tujuh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Kharu Seka’inat namanya naik raja pula; adalah umur baginda itu di atas kerajaan tiga puluh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Raja Arkhad Seka’inat namanya naik raja pula, adalah umur baginda di atas kerajaan sembilan tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Raja Kudar Zakuhun, anak Raja Amtabus pula naik raja, adalah umur baginda itu di atas kerajaan tujuh puluh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Nabtayusar nama­nya naik raja; adalah umur baginda itu di atas kerajaan empat puluh tahun.





Maka Raja Ardis Mikan naik kerajaan; adalah baginda ber­isterikan anak Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, maka beranaklah baginda dengan tuan puteri anak Raja Nu­syirwan Adil seorang lelaki bernama Raja Darmanus. Maka anak cucu bagindalah kerajaan turun-temurun sampailah kepada anak cucu baginda yang bernama Tersi Berderas naik raja. Akan baginda itu anak Raja Zaman, cucu Syah Tersi, cicit Raja Dermanus, piut Raja Ardis Mikan anak Raja Kudar Zakuhun, cucu Raja Amtabus, cicit Raja Sabur, piut Raja Aftus, anak Raja Aristun Syah, anak Raja Iskandar Zul­Karnain. Maka Tersi Berderas beristerikan anak Raja Sulan, raja di negeri Amdan Negara; kata seTerigah riwayat, Raja Sulan itu daripada anak cucu Raja Nusyirwan Adil, anak Kobat Syahriar, raja masyrik dan maghrib; melainkan Allah subha nahu wa taala juga yang mengetahuinya Tetapi akan Raja Sulan itu raja besar sekali, segala raja-raja Hindi dan Sindi, sekalian dalam tangannya, dan segala raja-raja yang di bawah angin ini sekaliannya takluk kepada baginda itu. Maka Raja Tersi Berderas beranak dengan puteri anak Raja Sulan itu tiga orang lelaki, Raja Hiran seorang namanya, ialah kerajaan di benua Hindi dan seorang namanya Raja Suran, diambil ninda baginda Raja Sulan; seorang lagi Raja Fandin namanya, ialah kerajaan di benua Turkistan.


dipetik drp laman web http://ku-alam.blogspot.com/2010/06/zuriat-iskandar-zui-karnain.html

Wednesday, December 26, 2012

Kubur Tok Samad

Semasa balik bercuti di kampung baru-baru ini, saya ke kawasan tanah perkuburan Tok Samad yang telah diceritakan dalam Buku Koleksi Salasilah Keluarga Awang Osman. Tok Samad merupakan datuk kepada Awang Osman Bin Mohd Arshad. Diceritakan juga Tok Samad ini seorang yang alim dan soleh serta sebahagian besar daripada penduduk kampungnya menganggap Tok Samad merupakan seorang Waliullah. Tok Samad dilahir dan dibesarkan di Kedah. Beliau meninggal dunia kerana tersangatlah tua dan kuburnya mengikut orang kampung terletak di tepi Sungai Kedah dan bersebelahan dengan bangunan Mahkamah Rendah Lama Alor Star. Tok Samad mempunyai ramai anak, tetapi hanya seorang sahaja yang di ketahui iaitu Mohammad Arshad yang pernah bekerja dalam Istana Kedah.

Lokasi kawasan perkuburan Tok Samad

Bangunan Mahkamah Rendah Lama yang kini telah dijadikan Pusat Penerangan Pelancongan

Info yang menarik tentang bangunan ini.

Kawasan perkuburan ini terletak di sebelah kanan bangunan mahkamah rendah lama dan di sinilah Tok Samad dikebumikan mengikut kepercayaan orang kampung

Antara kubur-kubur yang terdapat dalam kawasan ini tetapi kubur Tok Samad tidak dapat diketahui yang mana satu.

Ada satu kubur yang menggunakan Batu Nesan Aceh jenis L.
Ada dua pendapat tentang makam ini, iaitu...
1. Makam Haji Salleh Penaga 
(sumber dari Dato' Wan Samsuddin Mohd Yusof) 
2. Makam Putera Jalil Yaacob Syah Syahbandar Kota Setar @ Khun Waran Wangsa (sumber dari blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com)  

Terdapat juga kubur-kubur lama yang lain

Makam Phumintharaja @ Nang Che Puan, Permaisuri Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II

Kubur-kubur lama yang terletak dalam kawasan tersebut

Antara kubur-kubur lama yang dapat dilihat di sini

Al-fatihah untuk mereka yang telah dikebumikan di tanah perkuburan ini. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh dan solehah.Aamiin

Seandainya ada kaum kerabat atau sesiapa jua yang mengetahui tentang nama-nama mereka yang disimpan dalam kawasan perkuburan ini atau pun mengetahui sejarah kawasan ini, diminta untuk menghubungi admin. Sekian, terima kasih.


Diperolehi drp buku Koleksi Salasilah Keluarga Awang Osman.

Monday, December 24, 2012

ZURIAT RAJA SURAN


Adapun Raja Aktabu’l-Ard ada beranak seorang perempuan, terlalu baik parasnya, bernama Tuan Puteri Mahtabu’l-Bahri. Maka oleh Raja Aktabu’l-Ard akan Raja Suran dikahwinkan dengan anaknya Tuan Puteri Mahtabu’l-Bahri itu; antara tiga tahun lamanya baginda duduk dengan Tuan Puteri Mahtabu’1­-Bahri itu, maka baginda pun beranaklah tiga orang lelaki. Setelah baginda melihat anakanda baginda ketiga itu, maka ba­ginda pun terlalu masyghul, fikir baginda, “Apa kesudahan anakku diam di bawah bumi ini, apa upayaku membawa dia keluar?”

Kata sahibu’l-hikayat, Telah baginda berfikir itu, dengan takdir Allah Yang Empunya Iradat, sekonyong-konyong da­tanglah raja jin Asmaghiah Peri mengadap baginda. Setelah Raja Suran melihat raja jin itu, lalu dikenal baginda; maka titah baginda, “Apakah kerja tuan hamba ke mari? “Maka sembahnya, “Sahaja hamba mengadap.” Maka titah Raja Suran, “Jika demikian hendaklah tuan Hamba perbuatkan hamba, mahkota tiga biji akan pakaian anak hamba, supaya ada tanda Raja Iskandar Zul-Karnain kepadanya.” Maka sahut raja jin Asmaghiah Peri, “Mahkota kudrat yang di dalam perbenda­haraan Paduka Mambanglah hamba ambil.” Maka sahut ba­ginda, “Sebenar-benar bicaralah kehendak tuan hamba itu.” Maka raja jin pun bermohonlah, lalu ghaib dari mata baginda. Maka diambilnya mahkota tiga buah dari dalam perbendaha­raan Raja Sulaiman ‘alaihi s-salam, dibawanya kepada Raja Suran. Maka diambil baginda dengan sukacitanya. Maka raja jin pun bermohon lalu kembali. Maka Raja Suran pun datang kepada Raja Aktabu’l-Ard membawa mahkota itu; maka kata Raja Suran, “Jikalau anak Hamba ketiga ini sudah besar, hen­daklah tuan Hamba hantar ia ke dalam dunia, supaya mahkota kerajaan Iskandar Zul-Karnain itu jangan berputusan; mahkota ini akan pakaiannya.” Maka sahut Raja Aktabu’l-Ard, “Baik­lah. “

Setelah itu maka Raja Suran pun bermohonlah kepada Raja Aktabu’l-Ard, dan bertangis-tangisan dengan isteri ba­ginda, memeluk mencium anakanda baginda ketiga. Maka Raja Aktabu’l-Ard memberi kuda semberani jantan, Farasu’l-Bahri namanya; maka Raja Suran pun naiklah ke atas kuda itu, maka oleh kuda itu dibawanya Raja Suran keluar dari dalam laut, lalu berjalan ia di Tengah laut itu.

Maka dilihat oleh rakyat baginda, yang di atas kuda itu Raja Suranlah; maka segera dibawanya seekor kuda betina yang baik ke pantai Baniras. Setelah kuda jantan itu melihat kuda betina itu, maka ia pun naiklah berjalan ke darat. Maka baginda pun turunlah semayam dihadap menteri, hulubalang, rakyat sekalian; maka kuda itu pun kembalilah ke dalam laut itu. Maka titah Raja Suran kepada menterinya. “Himpunkan­lah segala bala Tentera kita sekalian, kampungkan segala gajah kuda, jangan diberi berpecah-pecah, kerana hendak kembali; dan tafahus segala yang sakit dan yang kekurangan makanan; tetapi alat Senjata perbaiki barang yang tiada baik, dan pang­gil segala hakim dan utus. Maka segala mereka itu pun datang­lah mengadap baginda dengan alat pegawainya; maka titah baginda pada segala hakim dan utus itu, “Hendaklah kamu sekalian perbuatkan aku suatu alamat, tanda kita masuk ke dalam laut ini. Adalah kehendak hatiku, biarlah perbuatan­nya kekal hingga hari kiamat; dan kamu suratkan segala hi­kayat kita masuk ke dalam laut, supaya diketahui dan di­dengar oleh segala anak cucu kita yang kemudian.”

Setelah segala hakim dan utus mendengar titah Raja Suran itu, maka diambil oleh mereka itu suatu batu, maka di surat nyalah dengan bahasa Hindustan. Setelah sudah maka disuruh oleh Raja Suran masukkan beberapa harta daripada emas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam dan segala mata benda yang ajaib-ajaib. Maka titah Raja Suran, “Pada akhir zaman kelak ada seorang daripada anak cucuku juga, ialah beroleh harta ini, dan raja itulah yang menaklukkan segala negeri yang di bawah angin ini.”

Setelah itu maka Raja Suran pun kembalilah ke benua Keling. Setelah sampai baginda ke negeri Keling, maka baginda pun berbuat sebuah negeri terlalu besar, kotanya daripada batu hitam tujuh lapis, serta dengan tebalnya, dan tingginya sembilan depa; daripada pandainya segala pandai dan utus berbuat dia itu, tiadalah kelihatan rapatannya lagi, rupanya seperti dituang, pintunya daripada besi melela bertatahkan emas ber­permata, Adapun peri luasnya kota itu, tujuh buah gunung di dalamnya; sama Tengah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luas, seperti laut rupanya, jikalau gajah berdiri di seberang sana, tiada kelihatan dari sebelah sini, maka serba ikan dilepaskan di dalam tasik itu. Maka di Tengah tasik itu pula ada sebuah pulau terlalu tinggi, Sentiasa berasap seperti di saput embun rupanya; maka di atas pulau itu, ditanami pelbagai kayu-kayuan daripada serba jenis buah-buahan dan bunga-bungaan yang ada di dalam dunia ini semuanya ada di sana; apabila Raja Suran hendak bermain-main ke sanalah ia pergi. Maka di tepi tasik itu diperbuatnya pula suatu hutan terlalu besar; maka dilepaskannya segala binatang liar, dan apabila Raja Suran hendak berburu atau menjerat gajah, pada hutan itulah ia pergi. Setelah sudahlah negeri itu diperbuat, maka dinamai oleh Raja Suran “Bijaya Negara”, sekarang pun ada lagi negeri itu di benua Keling. Adapun kisah Raja Suran itu, jikalau dihikayatkan semuanya, seperti Hikayat Hamzahlah tebalnya.

Hatta berapa lamanya maka Raja Suran pun beranaklah dengan Tuan Puteri Onang Kiu anak Raja Chulan, seorang perempuan, terlalu baik parasnya, pada zaman itu tiadalah sebagainya seorang jua pun; maka dinamai oleh ayahanda baginda Tuan Puteri Cendani Wasis, dan beranak dengan Tuan Puteri Dara Segangga tiga orang lelaki, yang tua bernama Citram Syah, seorang bernama Paladu Tani, dan seorang ber-nama Nila Manam. Maka Puteri Cendani Wasis dipinang oleh raja China didudukkannya dengan anaknya yang bernama Raja Cu Lan. Maka oleh Raja Suran anakandanya Paladu Tani dirajakan di negeri Amdan Negara, dan Nila Manam di­rajakannya di Bijaya Negara akan menggantikan kerajaan baginda. Maka Citram Syah dirajakannya di negeri Candu Kani.

Maka kata Citram Syah, “Aku anak yang tua, dirajakan­nya pada negeri kecil; baiklah aku membuang diriku.” Maka Citram Syah pun pergilah membuang dirinya berkapal, dibawanya segala alat kerajaannya, dan dua puluh buah kapal lengkap dengan alat peperangan. Niat baginda hendak meng­alahkan segala negeri yang di tepi laut, supaya takluk kepada baginda. Setelah beberapa puluh buah negeri dialahkan ba­ginda, maka datanglah pada Laut Selbu; maka pada suatu malam, turun taufan terlalu besar, dengan hujan, ribut, guruh, petir, Maka segala kapal itu pun habislah pecah cerai-berai ke sana sini, setelah kembali ke negeri Candu Kani, setelah tiada ketahuan perginya. Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan semuanya, jemu orang yang mendengar dia; maka kami sirupankan juga, kerana per­kataan yang amat lanjut itu tiada gemar bagi orang yang ber­akal adanya.

Di perolehi drp laman ini: http://ku-alam.blogspot.com/2010/06/zuriat-raja-suran.html 


Sunday, December 23, 2012

WAN MOHD. SAMAN MENINGGAL DUNIA


Pada hari ini 14.12.1898, Wan Mohd. Saman iaitu Perdana Menteri Kedah, telah meninggal dunia dan dimakamkan di Raja Langgar.

Beliau berkhidmat di negeri Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin dan meneruskan khidmatnya di bawah dua orang lagi pemerintah Kedah iaitu Sultan Zainal Abidin Muadzam Shah II dan Sultan Abdul Hamid Shah.

Wan Mohd. Saman merupakan pentadbir yang terkenal kerana jasanya membangunkan ekonomi negeri Kedah melalui projek-projek pertanian.

Beliau telah mengutarakan idea untuk membina sebuah terusan air di sepanjang Kota Setar ke Gurun pada tahun 1885, Terusan yang dikenali dengan nama terusan Wan Mohd. Saman ini akhirnya mengubah Kedah menjadi negeri Jelapang padi kerana kawasan yang dulunya berpaya berubah menjadi kawasan galian yang luas dengan hasil yang banyak. Di samping itu terusan ini juga berguna sebagai jalan pengangkutan perniagaan antara Alor Setar ke Sungai Petani seterusnya Butterworth. Di sepanjang terusan muncul perkampungan baru seperti Tandop, Simpang Empat, Guar Cempedak dan Gurun, malah terusan ini juga merupakan asas bagi pembinaan jalanraya utama di negeri Kedah.

Sesungguhnya, Wan Mohd. Saman banyak memberi sumbangan kepada kemajuan negeri Kedah. Dari itu memanglah wajar jika beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Negeri Kedah memandangkan jasa dan sumbangan yang diberikannya.




PERJANJIAN SANG SA PERBA DENGAN DEMANG LEBAR DAUN


Menurut Sejarah Melayu, ia berlaku apabila Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri raja Aftabul ‘Ard kerajaan Basram di bawah laut. Hasil daripada perkahwinan ini, lahir tiga orang anak, Nila Pahlawan, Kerishna Pendita dan Nila Utama. Mereka dikatakan muncul di Bukit Siguntang, di tengah Sungai Melayu yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang (pada waktu itu, negeri ini dikenali sebagai kerajaan Buddha Sriwijaya sebelum kemunculan kerajaan Hindu Majapahit).

Setelah mereka muncul di Bukit Siguntang, Palembang, tiga beradik ini bertemu dua orang wanita, Wan Empok dan Wan Walini yang sedang berladang di sana. Dipendekkan cerita, Wan Empok berkahwin dengan Nila Pahlawan, Wan Malini dengan Kerishna Pendita. Nila Utama pula mendapat gelaran baru sebagai Sang Sa Perba.

Menurut Sejarah Melayu, pada masa itu Palembang sedang diperintah oleh seorang raja yang dipanggil Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bertemu-muka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu.

Berita ini tersebar jauh ke merata tempat sehingga raja-raja lain pun turut sama bertumpu ke situ. Sesetengah raja datang membawa kaum keluarga mereka. Maka Sang Si Perba pun mengambil mana-mana puteri raja yang elok untuk dibuat isteri dan mereka menerima sahaja kerana rasa bertuah bermenantukan anak cucu Iskandar Zulkarnain. Malangnya, semua puteri ini kedal setelah “dijamah” baginda (Tak pasti ‘kedal’ penyakit apa. Mengikut ceritanya, ini berlaku disebabkan ketinggian daulat baginda).



Tersebutlah nama Wan Sendari anak Demang Lebar Daun yang cantik paras rupa. Sang Si Perba ingin memperisterikannya tetapi si bapa pula takut puterinya pun akan kedal juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”

Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Si Perba itu keturunan raja-raja besar… Maka titah Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”




Sang Sa Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”.“Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.

Ini kerana kisah sejarah purba ini jelas membawa makna yang tersirat yang wajar diteliti oleh generasi hari ini.Ringkasnya jika pemimpin menyiksa rakyat pada hari ini rakyat sememangnya ada hak untuk menentang.

Monday, December 17, 2012

Kisah Long Tambang Pulau Betong.

Asal Usul nama Betong menurut bahasa Melayu lama bermaksud buluh-buluh yang dicantumkan untuk dijadikan rakit. Jadi, buluh tersebut telah ditinggalkan di pulau itu dan serumpun buluh telah tumbuh kemudiannya. Sejak itulah dua buah pulau besar dan kecil yang dipisahkan oleh selat, dinamakan Pulau Betong. Menurut salahsilah orang-orang dahulu, penduduk asal Kampung Pulau Betong ialah Long Tambang. Berasal dari Pinang Tunggal, Seberang Perai. Mata pencariannya yang utama ialah menambang dengan mengayuh sampannya dari Telok Ayer Tawar ke Tanjung.



Beliau bersama isteri tercinta, Tok Yah serta anak-anak mereka telah menyelamatkan diri dengan bersampan dari Telok Ayer Tawar dan mendarat ke Kampung Pulau Betong sewaktu berlakunya serangan Thai ke atas Kedah (Tahun 1821-1876). Sewaktu itu Pinang Tunggal boleh dimudiki dari Kota Kuala Muda. Hanya empat orang anak -anaknya yang diketahui iaitu Tok Timah , Tok Leha, Siti Hajar dan Tok Bu. Kampung asal yang diterokainya itu dinamakan Kampong Long Tambang.


Kira-kira 150 tahun dahulu, Sungai Pulau Betong merupakan pusat perdagangan laut yang terpenting melalui anak sungai untuk memunggah dan mengambil barang-barang seperti pasu, periok belanga dan hasil-hasil dari kawasan ini seperti cengkeh, buah pala, kelapa kering untuk diperdagangkan. Ketika itu, terdapat dua buah pengkalan iaitu Pengkalan Oh (terletak di Kuala Pulau Betong) dan Pengkalan Toji (terletak di Kawasan Sekolah Kebangsaan Pulau Betong kini). Kesan -kesan jalan yang digunakan oleh pengangkutan darat masih lagi terdapat sekarang.


http://www.ibnuhasyim.com/2009/01/sejarah-politk-bpulau-5-kisah-long.html
Terima kasih juga untuk tn Zaidi Ali, keturunan Long Tambang 

Sunday, December 16, 2012

Hari Keluarga PKAOM Zon Tengah


Alhamdullilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana perjumpaan Hari Keluarga PKAOM peringkat zon tengah pada 15 Disember 2012 di KKlub Melawati, Tmn Melawati, Kuala Lumpur telah pun berjalan dengan jayanya. Seramai 112 dewasa dan 25 kanak-kanak telah hadir ke perjumpaan tersebut.

Perjumpaan ini telah merapatkan lagi hubungan silaturahim antara kaum kerabat keluarga Awang Osman. Perjumpaan ini telah berjaya mengumpulkan keluarga dari zon tengah dan juga keluarga dari Perlis serta Perak. Tahniah diucapkan untuk semua yang terlibat bagi menjayakan program seperti.

Program seumpama ini akan diadakan di zon-zon yang lain, kerjasama daripada semua kaum kerabat amatlah diharapkan. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus lumus mencurahkan tenaga bagi menjayakan program seumpama ini.  :-)

Generasi ke-5 AO sedang bergembira di kolam renang KKLUB.

Gambar kenangan sepanjang perjumpaan Hari Keluarga PKAOM Zon Tengah


Maklumat diperolehi drp Setiausaha PKAOM, Pn Afifa Daud AO.

Friday, December 14, 2012

RAJA DAN BENDAHARA ADIK-BERADIK


Hatta maka Wan Seri Beni dan Demang Lebar Daun dan Men­teri Bupala dan Aria Bupala pun telah hilang. Selang dua tahun datanglah peredaran dunia, maka baginda Seri Teri Buana pun mangkat, ditanamkan orang di Bukit Singapura itu, tiada berapa jauh dengan Wan Seri Beni. Maka anakanda baginda Raja Kecil Besarlah kerajaan menggantikan kerajaan ayahanda baginda. Gelar baginda di atas kerajaan Paduka Seri Pikrama Wira; dan adinda baginda, Raja Kecil Muda dijadikan baginda Bendahara, bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar; ialah yang pertama jadi Bendahara.

Syahadan apabila Paduka Seri Pikrama Wira tiada keluar, maka Tun Perpatih Permuka Berjajarlah duduk diadap orang banyak di balai, akan ganti Paduka Seri Pikrama Wira. Ber­mula jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar duduk di balai, jikalau anak raja-raja datang tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan juga maka dituruninya. Jika Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu dibentangi permaidani. Jika raja sudah masuk maka Bendahara pulang, segala Orang Besar-besar dan segala Orang Kaya-kaya di balai itu semuanya pergi menghantarkan Bendahara pulang ke rumahnya.

Adapun akan Demang Lebar Daun ada seorang cucunya lelaki, dijadikan oleh Paduka Seri Pikrama Wira Perdana Men­teri, gelamya Tun Perpatih Permuka Jegalar, duduk berse­berangan dengan Bendahara,dan pada ketika menjunjung duli Bendahara dahulu; dan duduk di bawah Bendahara ialah Penghulu Bendahari, gelamya Tun Jana Buga Dendang. Sudah itu segala menteri dan segala Orang Besar-besar dan cateria, sida-sida, dan di bawahnya seorang pemegang jawatan hulubalang besar di atas segala hulubalang, gelamya Tun Tempurung; sudah itu segala Orang Besar-besar cateria, sida-sida bentara, Orang Kaya-kaya, masing-masing pada martabatnya, demikianlah adatnya pada zaman purbakala,

Hatta berapa lamanya Paduka Seri Pikrama Wira duduk dengan Tuan Puteri Nila Pancadi terlalu berkasih-kasihan, maka baginda beranak seorang lelaki, disebut orang Raja Muda. Maka negeri Singapura pun makin besarlah, termasyhur besarannya pada segala alam.

ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AHMAD TAJUDDIN MUKARRAM SHAH - SULTAN KEDAH DARUL AMAN



DYMM Almarhum Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah telah diputerakan pada 4hb. Jun 1864. Baginda ialah Sultan Kedah yang ke-28 dan memerintah dari tahun 1882 sehingga 1943. Baginda menaiki takhta sebagai Sultan Kedah pada 21hb. Januari 1882 ketika baginda berusia 19 tahun, setelah kemangkatan kekanda baginda iaitu Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah.

Memandangkan usia baginda masih muda ketika ditabalkan, baginda telah melantik Jemaah Pemangku Raja untuk membantu baginda dalam urusan pentadbiran negeri. Sultan Abdul Hamid sering mengadakan lawatan ke negeri-negeri lain untuk meninjau kemajuan negeri berkenaan dan belajar tentang urusan pentadbiran negeri.

Pada tahun 1885, baginda melawat negeri Perak. Baginda juga mengunjungi Singapura untuk tujuan yang sama. Sultan Abdul Hamid sering mengunjungi Bangkok untuk merapatkan hubungan dengan penaungnya iaitu Raja Rama IV. Setiap kali tiba hari perayaan atau hari keputeraan Raja Rama IV, baginda akan keBangkok dengan menaiki kapal baginda 'Good Luck'. Antara kotalain yang pernah dilawati ialah Rangoon (Yanggon), Mandalay,Bombay (Mumbai) dan menghadiri upacara pertabalan Raja Inggeris, King George V pada tahun 1911.

Berdasarkan hubungan diplomatik yang erat dengan kerajaan Siam, baginda telah dikurnai bintang 'Order the White Elephant First Class' bersama gelaran Chao Phya Saiburi. Atas kegigihan baginda, kerajaan Siam menganugerahkan pangkat 'Chao Phya Riddisongkran Bakti' serta dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Setul dan Perlis. Ketulusan hati baginda telah berjaya menawan hati Raja Chulalongkorn, hinggakan putera baginda iaitu Tunku Yusof, Tunku Badlishah dan Tunku Mohammad Jewa telah dijadikan anak angkat Raja Chulalongkorn dan dimasukkan ke King's College di Bangkok. Tunku Yusuf sebagai King's Scholar kemudiannya dihantar ke Rugby School, England untuk melanjutkan pelajarannya. Tunku Badlishah yang juga sebagai King's Scholar dihantar ke Wadham College, Oxford untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi. Sementara Tunku Mohammad Jewa terus menuntut di King's College sehingga 1909 sebelum meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Sultan Abdul Hamid telah melakukan banyak perubahan dalam urusan pentadbiran. Pada akhir abad ke-19, baginda telah mewujudkan Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Audit, Pejabat Besar Pos dan Telekom serta Mahkamah Keadilan.

Baginda juga telah menubuhkan Council Negeri yang berperanan membantu dalam urusan pentadbiran. Anggota majlis tersebut terdiri daripada Tunku Ibrahim, Tunku Abdul Aziz (Raja Muda), W.J.F. Williamson (Penasihat Kewangan), Haji Ahmad (Hakim Besar) dan Encik Mohamed Ariffin (Setiausaha Kerajaan). Kecekapan Datuk Wan Muhammmad Saman sebagai Perdana Menteri telah banyak membantu baginda dalam pentadbiran negeri. Kematian Datuk Wan Muhammmad Saman pada 14hb. Disember 1898 merupakan satu kehilangan besar kepada negeri Kedah. Sementara untuk jaminan keselamatan, baginda telah mencadangkan penubuhan pasukan polis

.
Sultan Abdul Hamid juga membawa banyak pembaharuan dalam bidang ekonomi. Antaranya ialah baginda menggalakkan penanaman padi di negeri Kedah. Hasil perbincangan dengan Datuk Wan Muhammmad Saman, terusan sepanjang 22 batu, 24 kaki lebar dan sedalam 5 kaki telah dibina bermula dari Sungai Kedah ke kaki Gunung Jerai untuk tujuan pengairan. Selain penanaman padi, penanaman getah turut diperkenalkan pada tahun 1909. Anakanda baginda, Tunku Ibrahim telah memperkenalkan pekan sehari atau lebih dikenali sebagai 'pekan nat' untuk para petani memasarkan hasil pertanian mereka. Baginda telah berkenan menganugerahkan sebidang tanah sebagai tapak untuk pembinaan 'Pekan Rabu'.

Sultan Abdul Hamid turut mengambil berat soal perkembangan agama Islam. Sekembali dari Siam pada tahun 1885, baginda telah memberi perhatian terhadap usaha membesarkan Masjid Zahir. Baginda mengambil contoh masjid di Acheh untuk reka bentuk baru Masjid Zahir. Baginda telah menubuhkan Majlis Ulama, mengusahakan pembinaan Madrasatul Hamadiah di Limbung Kapal dan memperkenan pembinaan Al Ma'hadi Mahmud (Maktab Mahmud) di Jalan Pegawai. Selain itu, baginda telah memperkenalkan jubah untk dipakai oleh kakitangan masjid.

Sultan Abdul Hamid juga berkebolehan menguasai bahasa Inggeris, bahasa Siam dan bahasa Arab. Baginda amat menitikberatkan soal pendidikan rakyat. Untuk tujuan itu, banyak sekolah didirikan. Antaranya di Kulim (1896), Jalan Baru Alor Star (1898), Yan (1900), Simpang Empat Kangkung (1906) dan Junjung, Kulim (1906). Atas keprihatinan melihat pelajar aliran Inggeris berulang-alik untuk mendapat ilmu di Pulau Pinang, baginda telah perkenan menubuhkan sebuah sekolah Inggeris yang pertama pada tahun 1908 di Alor Star yang kemudiannya dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Pada peringkat awal, para pelajarnya hanya terdiri daripada anak-anak golongan bangsawan. Namun pada tahun 1911, KSAH telah dibuka untuk orang ramai. Pada tahun 1917, KSAH telah dirasmikan oleh baginda. Sekolah Cina turut dibenarkan dibina. Pada tahun 1930-an wujud pula sekolah Tamil pertama di negeri Kedah iaitu di Kuala Muda.

Antara pembaharuan lain ialah baginda menggerakkan usaha pembinaan jalan raya, memprkenalkan perkhidmatan telegraf (1899), penubuhan Jabatan Kesihatan dan penjara (1905), hospital (1908) serta pengemasan Balai Nobat (1912). Baginda turut memperkenalkan bendera peribadi baginda yang berwarna kuning pada tahun 1912.


Di penghujung pemerintahan, baginda telah kehilangan kaum kerabat yang banyak membantu iaitu Tunku Aziz, Tunku Mahmud dan Tunku Ibrahim. Baginda sendiri turut mengalami masalah kesihatan. Semasa kedatangan Jepun pada tahun 1943, baginda telah melarikan diri mengikut pegawai-pegawai Inggeris. Atas kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman, baginda dibawa ke Sidim, Kulim untuk mendapatkan perlindungan. Baginda telah menduduki takhta selama 62 tahun. Baginda dianggap sebagai seorang Sultan yang memiliki kebesaran daulat oleh banyak generasi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Yang Di-pertuan.

Baginda mangkat pada 13hb. Mei 1943 dan diganti oleh Sultan Badlishah. Anakanda-anakanda almarhum termasuklah DYMM Sultan Badlishah, Tunku Ya'acob dan Tunku Abdul Rahman Putra yang dilahirkan pada 8hb. Februari 1903 di Alor Star. Tunku Abdul Rahman Putra ialah Perdana Menteri Malaysia pertama (1957 - 1959 dan 1959 - 1970). Beliau meninggal dunia pada 6hb. Disember 1990 di Kuala Lumpur. KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim yang memerintah negeri Kedah Darul Aman sekarang ialah cucunda DYMM Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Sumber :buku "Indah Khabar Indah Rupanya" (diterbitkan sempena KSAH 100 Tahun).

Thursday, December 13, 2012

PERJANJIAN PERAK DAN KEDAH


Satu perjanjian telah ditandatangani di antara Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Sir Idris Murshidul 'adzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar dan Sultan Kedah, Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al- Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 4 Mac 1912.

Perjanjian tersebut adalah mengenai sempadan antara Kedah-Perak iaitu di Daerah Baling dan Tasek dan pembinaan sebatang jalanraya dari Baling ke Padang Serai di Negeri Kedah.

Persetujuan-persetujuan yang dicapai di dalam perjanjian tersebut adalah seperti berikut:

(i) Sultan Perak bersetuju membina sebatang jalanraya kelas satu dari Baling hingga ke Kuala Ketil sepanjjang 22 batu. jalan yang akan dibina ini akan menyambungkan Klian Intan di Hulu Perak dengan Baling hingga ke Kuala Ketil. Pembinaan jalan sepanjang 22 baru ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak. Sebagai balasannya, Kerajaan Negeri Kedah pula bersetuju akan rnerigawasi jalan tersebut selepas ianya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, seperti juga ia mengawasi jalan- jalan kelas satu di Negeri Kedah.

(ii) Kerajaan Negeri Kedah juga bersetuju akan menyambung pembinaan jalan tersebut dari Kuala Ketil ke Padang Serai sejauh 12 batu dan Kedah juga akan mengawasi jalan tersebut seperti juga ia mengawasi jalan-jalan kelas satu yang lain di Kedah.

(iii) Kerajaan Kedah akan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Perak semua kawasan di Baling dan kawasan Goa Baling ke atas kepada Kerajaan Perak supaya pada masa hadapan sempadan antara Kedah dan Perak di kawasa. Hulu Perak ditandai dengan kawasan bukit dalam daerah tersebut.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Sultan Perak, Sultan Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar di hadapan Pemangku Residen British di Perak, Oliver Marks dan Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid menandatangani bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah dengan disaksikan oleh Encik Mohd. Ariffin, Setiausaha kepada Baginda Sultan Kedah.

Sumber Arkib

http://ku-alam.blogspot.com/2012/03/perjanjian-perak-dan-kedah.html
http://wangsamahkota.wordpress.com/2012/10/21/perjanjian-antara-paduka-seri-sultan-perak-bersama-baginda-tuanku-sultan-kedah/

Tuesday, December 11, 2012

Mahsuri - Pendedahan Kisah Sebenar Selama 7 Keturunan (bahagaian 3)

Kisah ini tiada kena-mengena ngan keluarga awang osman... kisah ini diambil utk tatapan semua pembaca blog tentang kisah sebenar keturunan mahsuri di pulau langkawi, kedah... :)

Cerita sebenar dari en tanggo: .... sumimasen. Dengan kehendak Allah saya dapat berubat lagi. Hampir 7 hari badan saya rasa panas dan miang angkara disihirkan yg d lakukan oleh sami siam dari satun.Cara mereka lakukan ialah secara santau dengan tujuan saya akan sakit saraf atau barah.Hanya sikit saja yg hinggap pada diri saya dan dapat d pulihkan baru 2 hari. Masa tu saya mulai merasai telah terkena sihir. Kesemua orang berkaitan telah d maklumkan.Hari kehari saya manunggu org yg akan berubat saya,Masa inilah saya tak dapat keluar rumah,hanya tidur saja . Kadang -kadang saya terlupa untuk membaca Alfatihah, lupa hari, tak boleh ingat.Kadang kala badan terasa seperti d cucuk oleh benda tajam. Ketika ini saya amat suka duduk d dalam bilik yg gelap. Tak suka cahaya walaupun cahaya tv. Lebih kurang 2 minggu, maka datanglah org mengubat saya.

Mereka keluarkan benda yg d taman d depan rumah dalam bungkusan kain. Ada 4 jenis barang dlm bengkusan tu spr sonak udang,rambut,tulang anjing hitam dan tulang kongkang. Semua barang tu d matikan dan d bakar d tempat itu juga.Baunya agak busuk.Selepas itu saya d mandikan dan d beri minum penawar. Saya ada orang khas untok ubatkan saya termasuk jin ialam. Masaalahnya mereka sentiasa menukar sihir maka cara berubat pun berubah. ...Ya. Seperti memikul ketul ais d belakang. Org nampak enak tapi bagaikan ada api sakitnya. ... Telah d dedahkan oleh Metro Ahad dlm tahun 2004. Maseh d semak oleh peguam . Katanya ini kes tak pernah d bawa org.




Ialah keratan akhbar Metro Ahad. Gambar keris itu ialah keris yang membuatkan Mahsuri meninggal dan meyumpah Pulau Langkawi. Ada banyak cerita tentang keris ini.Keris ini d buat dari satu jenis logam dan berat.Yang kecil itu ialah cucuk sanggul.cerita asal dari en. tanggo. OK Aishah tu anak kerana RM . Ini bukan fitnah tapi depa nak tutup muka dgn RM.Sebab tu kerajaan Kedah dulu nak suruh depa duduk d Langkawi depa tak mau.Sebab depa tahu siapa depa dan org tahu siapa depa.Tak caya buat DNA . Pakar sejarah Kedah adalah bekas cikgu saya.Saya kenal benar dia. La ni dia sakit kepala fasal ni.Pisang termahal ada dimakam Mahsuri sebab sesikat dijual berkali2 hingga masak.Lepas tu staff amik bawa balik makan. TUUUUUUUUUUUU DIAAAAAAAA. RM adalah ringgit Malaysia. 

Waktu tu meka susah >ibunya keja d resort , faham-faham sajalah.Tunggu akan d dedah d mahkamah.Nanti d kata fitnah pula. Meka tak nak tinggal d Kedah sebab meka tahu siapa meka sebenarnya. Nanti cirik sampai siang. Meka tahu ada org tahu sapa meka.Berlakonnnnnnnn. Fasal pisang tu. Munkin rakan forum tak pernah melawat ke makam Mahsuri atau tak perasan. Pisain tu d guna olih org Siam utk urusan nazar meka. Kalau dulu meka bawa sendiri. Tapi la ni tak boleh. Kena beli d situ. Katakan 1 sikat Rm3.00 dibawamasuk dan d letak d makam.Lepas tu bila banyak pisang tu di pungut dan d jual semula hinggalah masak.30.. kalau 1 hari pisang tu pising 20 kali dah berapa. Faham ya. Lepas tu bila sudah masak adapekerja bawa balik makan.I sendiri yg check hal ini, bukan org cerita. Ini boleh dikatakan satu drama.DNA pun tak buat tapi berani pakar sejarah Kedah istihar Aishah tu penamat sumpahan, Bagi I beliau tu hanya ikut telunjut saja.Saya telah dipanggil olih Prop USM, Dato Wan Shamsudin (pakar sejarah Kedah) Org muzium dan Tun Dr Mahathir utk ditemuramah. Bagi saya ini adalah satu skandal org atasan.Sebab tu saya kata kena buat DNA.Saya tahu cerita Aishah di UIA lebih dahyat lagi.

 Ace: Maaf saya hanya menyampaikan bulat² apa yg ditulis oleh penulis.cerita asal dari en. tanggo. Saya sambung fasal Mahsuri. ........MB Kedah dtg keLangkawi utk mengiring PM melawat Langkawi ketika tu. Masa tu lah beliau memanggil saya ke air port utk berjumpa. Saya juga sibuk ketika tu. Masa d bagi hanya 30 minit saja. Pasti tak sempat nak drive dari Kuah ke situ. Jadi saya tangguh saja. Selepas tu MB Kedah mengarah setiausaha sulitnya menulis surat kpd Majlis Tindakan Pelancongan Kedah( Datuk Mansur) dan seterusnya Datuk Mansur pula menulis surat kepada Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah dgn tajuk yg sama dan ccnya kepada exco dan pegawai kerajaan berkaitan. Kesemua surat-surat ini ada dlm simpanan saya. Seterusnya Persatuan Sejarah menghubungi saya untuk bertemu. Tarikh d tetapkan oleh mereka. Kami bertemu dgn mereka d bilik musyarat Lada. Saya d temani oleh 3 orang saksi saya. Mereka pula d ketuai oleh pengurusi persatuan sejarah(Datuk Wan Shamsudin) Prog Datuk Said dari USM. setiausaha persatuan sejarah dan Ku... dari Muzium Kedah bertindak sebagai juru gambar.Kami mula bertemu dan berbincang dari jam 2 petang hingga 4.30 ptg. Pertemuan ini d penggerusikan olih Datuk Wan Shamsuddin, Datuk Wan juga adalah Pakar sejarah Kedah dan bekas guru saya d SMPS dulu. Dua tahun beliau mengajar saya dlm Bahasa Melayu dan sejarah......Mereka mengajukan berbagai soalah. 

Saya menjawab soalan mereka tanpa merujuk kpd apa-apa catatan... ...Pada mereka masing-masing ada catatan sama dgn yg d serah kpd MB Kedah. Saksi-saksi saya tugas mereka hanya memerhati saja mereka. Pakar sejarah bertanya pada saya "Catatan ini dari mana dan siapa yg cari?". Jawab saya semua ini dari saya sendiri . Ini adalah amanah dari atuk saya (cucu Mahsuri yg sulong) yg suruh saya mencari keturunan sendiri. Beliau pesan kpd saya waktu saya masih kecil lagi. Dia suruh mencari sampai jumpa dan baru tahu siapa keturunan kita.Dia bercakap dlm longhat Patani atau Naratiwat. D Naratiwatlah tempat beliau belajar ilmu ugama." Macam mana boleh dapat semua ini?". Jawab saya "Adalah cara kami tersendiri ". "Sudah berapa lama mencari?". Jawab saya " Sudah 20 tahun lebih"."Kenapa selama ni berdiam saja?". Jawapan saya agak panjang... ...Yang penting sekali soal-soal apa benda atau barang-barang bukti yg ada pada saya. Keduanya,sibuk dengan kerja semakin hari semakin banyak serentak dengan perubahan Langkawi sebagai pulau bebas cukai.Ketiga ,kerana sudah ada orang mengeluarkan versi mereka dengan tujuan untuk mencari wang . Keempat soal-soal keselamatan saya dan versi saya.

Soal keselamatan tak dapat saya hurai dengan jelas kerana ia melibatkan individu berkepentingan dalam kerajaan. Seterusnya soalan d tanya pula oleh setiausaha persatuan berkaitan mengapa saya mengeluarkan cerita ini. Jawab saya mudah saja . Pertama kerana IHDINASIROTOLMUSTAKIM. Kedua kerana menunai amanah dari atok saya sendiri. Saya berjawab begitu kerana, telah banyak berlaku kekeliruan tentang keturunan Mahsuri. Bagi saya kalau saya tak jelaskan ,apa akan berlaku d hadapan ALLAH kelak kerana saya dah tahu. Semua orang yg telah d ceritakan oleh mereka akan menuding jari kepada saya d hadapan ALLAh nanti. Nahas saya. Apa yg mereka wawarkan sekarang ini adalah kerana produk pelancongan(duit) ,menutup salah laku seseorang dll.Mereka juga tanya soalan aneh kpd saya........ Katanya kalau benar cerita saya kemana Aishah nak d letakkan. Jawab saya ringkas. "itu bukan soal atau masaalah saya."...

 
3 keping wang siling lama pemberian Deramang kepada Wan Derus sebagai tanda persahabatan. Deramang ialah penjual kain dari seberang yg ada dalam cerita ini.


batu guruh perjanjian persahabatan dengan dua orang sahabat baiknya iaitu Syed Ali dan SyedHussain yg makam mereka ini ada d puncak Gunong Jerai dan d Langkawi. Batu ini ada terukir tulisan jawi d dua belah.

Keratan dari majalah wanita. Bahan bukti.Gambar itu ialah pakar sejarah Kedah dan bekas guru saya.


carta yg d buat oleh mereka dalam beberapa hari d cari saja.Berterabor.



Carta yg d buat oleh saya memakan masa lebih 20 tahun. Bergaris merah itu ialah keluarga saya dan ibu.


tamat.... :)

Thursday, December 6, 2012

SETIAP KITA DIDAMPINGI QARIN TAPI.. SIAPA QARIN?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini ke
rjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana
yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa
jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata:
"Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia..