Pages

Wednesday, April 24, 2013

Dilarang memakan Ikan Yu Gergaji



Mengikut cerita mulut yang diturunkan oleh bapa saya Daros Awang Osman kononya keluarga AO berasal dari Acheh. Satu masa dahulu berlaku peperangan diantara Negeri Kedah dan Acheh. Bala tentera dari Acheh yang menyerang Kedah datang dengan satu armada kapal layar dan berlaku pertempuran dengan bala tentera negeri Kedah. Kononnya peperangan ini berlaku didaerah Kuala Sanglang dan Kuala Kedah. Atok Awang Osman yang pada masa itu Nakhoda dan kepala perang mendapat kecederaan dan kapal layar beliau terbakar dan tengelam. Dalam kaadaan kecederaan beliau cuba berenang ke pantai tetapi tiada kudrat. Tiba-tiba datang seekor ikan Yu gergaji menyaruknya dan membawa dia ke pantai dengan selamat. Setelah selamat ke pantai dia bersumpah yang bermaksud diharamkan anak cucunya tujuh keturunan makan ikan yu jenis ini. Jika langgar pantang ini orang yang makan akan mengalami sakit sopak!!!!... itu lah ceritanya.... wallah hu alam.....DDD(AO)

Yu gergaji (Pristis microdon) adalah ikan yang hidup di Danau Sentani. Yu gergaji juga popular dengan nama pari atau hiu sentani karena memang endemik di Danau Sentani, Papua. Orang barat menyebutnya Largetooth Jawfish yang berarti ikan Yu bergigi besar. Ikan ini termasuk ikan air tawar dan berkembak biak dengan cara ovovivipar.
Walaupun penampilan Yu gergaji cukup mengerikan, namun bukan berarti ikan ini menjadi penguasa di Danau Sentani. Fakta di lapangan menunjukkan populasi anggota famili Pristidae yang bernama Latin Pristis Microdon ini terus menyusut. Ikan yang menyebar di Australia, India, Papua Nugini, Afrika Selatan dan Thailand ini tergolong penghuni air tawar dan menyukai daerah tropis. Biasanya mereka hidup di danau-danau besar, sungai besar atau rawa-rawa tertentu. Di Indonesia ikan Yu gergaji terdapat di Sungai Digul, Sungai Mahakam (Kalimantan), Sungai Siak dan Sungai Sepih. 
Ikan ini senang memakan ikan-ikan berukuran sedang atau yang berbadan lebih kecil. Ukuran tubuh yu gergaji sendiri sagat besar, mampu mencapai 6.6 meter. Mulutnya yang diselimuti gerigi tajam cukup kuat untuk melumpuhkan mangsanya dalam sekejap mata. Padahal menurut beberapa ahli, pandangan mata yu gergaji tidak terlalu baik, tetapi deria baunya sangat tajam.
Ikan ini mempunyai 14 hingga 22 gigi gergaji di setiap sisi, dimana digunakan sebagai alat mencari makanan, dan juga alat pertahanan terhadap musuhnya. Tubuhnya tergolong ramping dibandingkan dengan yu yang lain. Ini menyebabkan mereka dapat berenang dengan cepat.Tubuh yu jenis ini berwarna hitam kelabu. Bahagian bawah tubuhnya berwarna lebih pucat atau putih. Warna tubuhnya tidak sama antara satu sama lain bergantung di mana habitat mereka.



Boleh Ditemui Di Serata Dunia Baik Di Laut, Air Payau Mahupun Sungai. Bahkan Ini Dilaporkan Pernah Ditemui Hingga 100 Km Pedalaman. 'Gergaji' Di Hadapan Mulutnya Merupakan Senjata Yang Menggerunkan Pemangsa Lain. Namun Sebenarnya Gergaji Itulah Juga Deria Sensitif Untuk Mencari Makanan. Boleh Menjadi Ganas Sekiranya Dirinya Menjadi Terancam. Merupakan Antara Ikan Paling Terancam, Kerana 'Gergaji' Hadapannya Diburu Untuk Dijadikan Barang Perhiasan.

Ada sesiapa yang tak tak dibenarkan makan ikan jenis ini.... jom kongsi cerita anda :)

Monday, April 22, 2013

Ketam Budor


 Ketam Budor yang dihasilkan.

Biasa disebut sebagai 'Ketam Budu', dahulu memikirkan juga kenapa perkataan 'budu' menjadi nama untuk tanjak dari Kelantan ini. Akhirnya, barulah mendapat jawapan dari seorang teman penggiat seni budaya dari Kelantan yang bekerja di KL (Grup Pesiban), Sdr Dian Nais di facebook apabila gambar tanjak ini dimuatnaik. Kata beliau, dalam bahasa Melayu Kelantan lama, 'budor' itu bermaksud 'kasih'. Jadi keseluruhan makna 'ketam budor' adalah 'menuai kasih'. Makanya selepas ini, perkataan 'Ketam Budor' digunakan dan bukan lagi Ketam Budu seperti yang tercatat dalam kebanyakan buku atau mana-mana penulisan sama ada bercetak, di blog dan sebagainya.

Getam Budor aka Getam Budu dari Pahang 
* Ia kelihatan sama seperti Ketam Budor (Kelantan) 
tapi ada bezanya apabila melipat ia.


ketam budu - nama yang tercatat di buku dan disebut banyak orang

tapi budu merujuk kpd makanan tradisi kelantan .... 
budor merujuk pada maksud 'menuai kasih' - bahasa lama kelantan 
menurut seorang rakan dari sana ...
ketam budor dipakai oleh banyak peringkat drp 
sultan, pembesar dan pengiring ... 
yang membezakan hanyalah warna sahaja ... 
  • putih - raja memerintah
  • kuning - tengku mahkota
  • biru - bendahara
  • hijau - laksamana
  • hitam - tengku seri mas
  • merah - tengku panglima
ia adalah gelaran dlm pejawatan istana kelantan 
kalau tidak salah peniup serunai.
kalau silap, mohon diperbetulkan ... dan semuanya lapis
anak dan kerabat diraja mereka 

Ketam budu tempahan Cikgu Paih



Tuesday, April 16, 2013

Penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji - Jawatankuasa Pertama yang diPengerusikan oleh Haji Abdul Khalid AO


Pada tahun 1969, Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) ditubuhkan dibawah Akta 8/1969. Sejarah penubuhan Tabung Haji bermula apabila Profesor Ungku Aziz mengemukakan kertas kerja bertajuk ”Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji” kepada Kerajaan pada bulan Disember 1959. Beliau mengesyorkan penubuhan satu perbadanan untuk mengendalikan urusan orang-orang beragama Islam menunaikan Fardu Haji. 

Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Bakal-Bakal Haji dibentuk dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Muda Kementerian Luar Bandar, Tuan Haji Abdul Khalid bin Awang Osman. Hasil daripada perbincangan itu, ”Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji” ditubuhkan dibawah Undang-undang bil 34/62 berkuatkuasa pada 1 November 1962 dan dilancarkan pada 30 September 1963. Pada tahun 1969 Perbadanan itu digabungkan dengan Jabatan Hal Ehwal Haji yang beroperasi sejak tahun 1951 bagi mewujudkan Lembaga Urusan dan Tabung Haji. 


Lembaga ini diwujudkan bukan sahaja bertujuan mengatasi masalah sosio ekonomi malahan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang membolehkan kaum Muslimin untuk melabur dan menyertai secara berkesan segala aktiviti ekonomi negara. Pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997.


Sunday, April 14, 2013

The First Menteri Besar of Kedah

Tok Mohamed Sheriff bin Awang Osman (AO), the first Menteri Besar of Kedah is the person standing in the picture. The person seated is the Sultan Badlishah, the Sultan of Kedah. 




Lagenda dan Mitos: Wan Empuk Wan Malini

drp  Merpati Putih
ALKISAH maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang namanya; nama rajanya Demang Lebar Daun, asalnya daripada anak cucu Raja Sulan juga Adapun negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya, di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. 


Adalah dalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang; di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan . Maka ada dua orang perempuan balu berhuma padi, terlalu luas humanya; adalah namanya seorang Wan Empuk dan seorang namanya Wan Malini. Maka terlalulah jadi padinya. Tiada dapat terkatakan; telah Hampir akan masak padinya itu.

Raja Culan/ Sura/ Sulan.. adalah Raja yang diperi menghuni Lautan,(dikhayalkan olih Pengkhayal cerita, agar manusia taat kepada Pemerintah). Untuk menekankan ketaatan kepada raja/ pemerintah, dongeng2nya di selang selikan dengan perkataan Tuhan.. bahasa arab, bahasa yang memuji2 keramah, mu' jizat, kesaktian.

Raja Culan/ Suran/ Sulan ada tiga anak: Yang sulong bergelar Nila Pahlawan; Yang tengah bergelar Krishna Pendita; dan yang bongsu bergelar Nila Utama. Ketiga bersaudara ini telah dibesarkan, dididik dan dipelihara olih Raja AT Tabul Ard, dibawah kasih sayang ibunda bertiga saudara. Setelah dewasa, terlalu baik parasnya anak raja ketiga itu 

Maka ketiga anak raja itu bertanyakan tentang ayahanda bertiga kepada ninda baginda, Raja Aktabu'l-Ard. Maka sahut Raja Aktabu'l-Ard, " Ayahmu, Raja Culan@ Sulan@Suran adalah anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, bernasab dari Sulaiman 'alaihi s-salam, terpancar dari Nusyirwan Adil, Raja masyrik dan maghrib. 

Ayah cucunda2 sekelian, Raja Culan, bepesan kepada ninda agar cuncunda2 bertiga diturunkan kedunia apabila telah mencapai dewasa. Dan telah tibalah saat ketikanya cucunda2 berangkat kedunia.

Setelah kata ninda baginda2, maka terlalulah sukacitanya anak2 Raja Culan@Sulan@Suran seraya berkata: "Tunjukilah kepada kami bertiga bersaudara ini jalan ke dunia." 

Raja Aktabu'l-Ard telah mengurnia dan memakaikan ketiga2 cucunda baginda itu dengan alat2 kebesaran: Dilengkapi dengan pakaian anak raja2, bertatahkan ratna mutu manikam, serta dikenakan batu jemala mereka2 dengan mahkota2 itu 

Setelah itu maka ketiga baginda pun bermohonlah kepada ninda dan bonda baginda. Maka dipeluk dicium baginda serta bertangis2san, Maka oleh Raja Aktabu'lArd diberinya seekor lembu yang amat putih, seperti perak yang terupama wamanya; maka ketiga anak raja itu pun naiklah ke atas lembu itu lalu mi'raj kearah dunia maya.

Dengan diilusikan Yang Maha Kuasa, maka teruslah beginda2 menerjah ke Bukit Si Guntang itu waktu malam.

Maka kepada malam itu dipandang oleh Wan Empuk dan Wan Malini dari rumahnya, di atas Bukit Si Guntang itu bemyala seperti api. 

Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini: "Cahaya apa gerangan di Bukit Si Guntang itu? Bemyala seperti cahaya matahari terbit kelihatan. Takut pula beta melihat dia." 

Maka kata Wan Malini: "Janganlah kita ingar-ingar, jikalau gemala naga besar gerangan itu." 

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun diamlah dengan takutnya, lalu keduanya tidur. Setelah hari siang maka keduanya pun bangunlah. 

Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini: "Mari kita lihati, apa yang terang bercahaya di Bukit Si Guntang semalam itu." 

Maka kata Wan Malini: "Marilah." 

Maka keduanya basuh muka dan makan sirih lalu turun berjalan. Maka dilihatnya padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. 

Maka kata Wan Empuk: "Yang bercahaya semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa ini???. " 

Maka sahut Wan Malini Wan empuk: "Beta pandang semalam di atas Bukit Si Guntang itu, bukannya padi huma kita ini." 

Maka keduanya naiklah ke Bukit Si Guntang itu. Maka dilihatnya tanah negara bukit itu menjadi seperti wama keemas-emasan; maka datanglah sekarang ini, tanah itu diceritakan orangseperti emas juga.


Maka dilihat oleh Wan Empuk dan Wan Malini di atas tanah yang menjadi emas itu ada tiga orang lelaki muda teruna, muda wangsa, duduk di atas lembu putih seperti perak, lengkap ketiganya itu memakai pakaian anak raja-raja yang bertatahkan ratna mutu manikam; memakai mahkota ketiga, ter- lalu sekali elok parasnya, 

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun hairan tercengang-cengang melihat paras sikapnya orang muda ketiga itu; seorang memegang curik dan satu kayu yang bercap di tangannya, seorang memegang lembing dan seorang memegang pedang, sekaliannya daripada keemasan. 

Maka Wan Empuk pun berfikir dalam hatinya: "Anak raja mana orang muda ketiga ini, sekonyong-konyong ada di Bukit Si Guntang ini, dari mana gerangan datangnya? Dan apa jua bangsanya? Baik aku bertanya kepadanya; entah sebabnya maka padiku berbuahkan emas, dan tanah negara bukit itu pun seperti emas. "
.
Setelah keduanya berfikir, lalu bertanya: "Siapa tuan hamba ketiga ini? Anak 'raja mana tuan hamba? Anak raja jinkah atau anak raja perikah, atau anak raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan Hamba ketiga kepada kami kedua ini; kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun tiada datang ke mari, baharu pada hari inilah kami melihat tuan hamba ketiga ini.".

Maka sahut Nila Pahlawan: "Adapun kami ini bukan daripada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa indera; bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, pancar kami daripada Raja Sulaiman 'alaihi s-salam, dan. nama kami Nila Pahlawan, dan yang seorang ini Krisyna pendita, dan yang seorang Nila Utama; dan nama curik kami ini Si Mandang Kini, dan kayu ini Cap Kerupa namanya, dan pedang ini Badram Balawa namanya, dan lembing ini Lembuara namanya.".

Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini: "Jikalau tuan hamba daripada anak cucu Raja Iskandar apa sebab maka tuan hamba ke mari, dari mana jalan tuan hamba?" 

Maka Nila Pahlawan pun berceriteralah seperti ceritera ayahnya kepada Raja Aktabu'l-Ard. Segala hikayat Raja Iskandar beristerikan anak Raja Kida Hindi, dan peri Raja Suran masuk ke dalam laut, dan peri duduk dengan bondanya beranakkan baginda ketiga bersaudara itu, semuanya dihikayatkan Nila Pahlawan kepada Wan Empuk dan Wan Malini. 

Maka kata Wan Empuk: "Apa alamatnya seperti kata tuan hamba itu?" Maka sahut Nila Pahlawan, "Mahkota kami ketiga inilah alamatnya; serta padi habis berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa, dan tanah negara bukit inimenjadi seperti wama keemas-emasan. Jikalau embuk tiada percaya, pandanglah alamat kami, anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain; keturunan Sulaiman alaihi s-salam."

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun percayalah akan kata orang2 muda itu, serta dengan sukacitanya. Ketiga anak raja itu dibawanya kembali ke rumahnya. Maka ketiga baginda bersaudara pun duduklah dipeliharakan oleh Wan Empuk dan Wan Malini; padinya pun dituainyalah. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun kayalah dengan sebab mendapat anak raja itu.

Maka terdengarlah kepada Demang Lebar Daun bahawa Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak raja dari Bukit Si Guntang, daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain itu. 

Maka Demang Lebar Daun pun mudiklah, mendapatkan Wan Empuk dan Wan Malini mengadap anak raja itu. Maka di ambilnya ketiga anak raja itu dibawa dengan kenaikan baginda lembu putih itu ke negeri Palembang, dipeliharakannya dengan sempumanya. Maka Nila Pahlawan digelar Sang Si Perba. 

Dengan takdir Tuhan, maka lembu kenaikan baginda2 itu pun muntahkan buih, maka keluar daripada buih itu seorang manusia lelaki, hadir dengan pakaiannya, serta ia berdiri membaca mantera demikian bunyinya:

Ahusta Paduka Seri Maharaja serta Seri Sepah Buana suran bumi boji bala pikrama nakalang kama makuta dan Menteri Buana prasama Sakritbana Tanggadarma dan busaya kuta dan singgahsana ranawikrama dan Rawanaba Palawikasad dadi prabu di kala mula mali mala ka Seri Darma Rajadiraja, Raja Permaisuri. *.

Maka oleh Demang Lebar Daun dinamainya "Batala", ertinya orang yang membaca ciri. Daripada anak cucu Batala itulah asal orang membaca mantera (ayat suci) dahulukala.

P/S*****Orang2 yang membaca ciri2/ cerita2/ 'Batala'/ me-reka2 khayalan inilah, yang telah merasuk dunia pemikiran manusia.

http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t161-wan-empuk-wan-malini-1


Sunday, April 7, 2013

AO on the www

By Iszham Idris 

This is for information only, it is a collection of links to articles about AO family members (by birth or marriage) that are available on the internet. To continue reading about each person, follow the links provided. If there are others or links that you wish to add to this note, kindly email me with the details.

Let me know if any links are broken. More will be added once discovered, insyallah.

2nd Generation

Haji Mohamad Sheriff Bin Awang Osman
Haji Mohamad Sheriff bin Awang Osman merupakan seorang pentadbir dan pemimpin yang lahir dari golongan orang kebanyakan di zaman pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang pada masa itu dikuasai oleh golongan atasan bergelar Tunku, Syed dan Wan. 

Abdul Khalid Awang Osman
Abdul Khalid Awang Osman merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kota Star Utara, negeri kedah (1958-1964)
He was the High Commissioner to Malaysia for India from 18 March 1974 until 28 January 1978

Dato' Haji Shuib Bin Osman
(Dato' Paduka Seri Indera Kedah)
Dato' Haji Shuib bin Osman dilahirkan di Pulau Pinang pada 5 Mei 1914. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Penang Free School, Pulau Pinang antara tahun 1921 hingga 1932.

Dr. Mustapha bin Osman
Anak Melayu Pertama menjadi Patalogis
Dr. Mustapha dilahirkan pada 19 Januari 1900. Beliau mendapat pendidikan menengah di Penang Free School. Seterusnya beliau telah dihantar melanjutkan pelajaran oleh Kerajaan Negeri Kedah ke University of Hong Kong pada tahun 1919.
  
3rd Generation

Datuk Dr. Abdul Aziz bin Yahya (bin Awang Osman)
MBBS (Malaya), FRCOG (Lon), AM (Mal)
Abdul Aziz bin Yahya was born in Kulim, Kedah. He spent his primary school days at Sekolah Kebangsaan Lelaki Kulim, secondary at Sekolah Menengah Sultan Badlishah and did his lower & upper six at Sekolah Menengah Ibrahim Sg. Petani. He eventually went on to study medicine at the University of Malaya and graduated in 1982.  

Brig Jen (B) Dato' Mohamed Shah bin Yahaya (bin Awang Osman)
(b. 1932 - d. 2003)
Pengerusi ke-14 RAMD, 01 Jan 1980 - 31 Dec 1980
Dato' Mohamed Shah Yahya is a graduate of the Royal Military Academy, Sandhurst, United Kingdom. He attended various course in the United Kingdom and Unites States of America including the Army Staff College, Camberley (United Kingdom); the Joint Service Staff College, Latimer (United Kingdom)  and the Naval Post Graduate School, Montery (Unites States of America). Retired from the Malaysia Armed Forces in June 1984 after 31 years.
He was appointed as Director of Johan Ceramics Berhad on 22nd June 1984.
(excerpt fromJohan Ceramics Berhad 2001 Annual Report)

Tan Sri Dr. Othman Bin Yeop Abdullah (b.1941 - d. 2003) (arwah suami kepada Siti Zubaidah bt Zakaria b Awang Osman)
Tan Sri Dr. Othman Yeop Abdullah dilahirkan pada 13 September 1941 di Alor Star, Kedah. Beliau menerima pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star.
The following link is about Universiti Utara Malaysia (UUM) - Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business

Dato' Wira Haji Ismail bin Hamid (suami kepada Siti Fatimah Abu Bakar. Siti Fatimah ialah anak Siti Aminah bt Awang Osman)
He was born in Bandar Baharu, Kedah on 29 July, 1950. He began his education at the Public (Boys) School Bandar Baharu from 1957 to 1962. A year later, he continued with his secondary education at the Sultan Badlishah Secondary National School, Kulim.

Tan Sri Megat Junid Megat Ayob (b. 1942 - d. 2008) (arwah suami kepada Puan Sri Datin Seri Hjh Faizah bt Dato Hj Shuaib b Awang Osman)
Former Domestic Trade and Consumer Affairs Minister
Megat Junid was born in Kampung Bandar Mukim Bandar, Teluk Intan, Perak, on Dec 8 1942 and received his education at Sekolah Melayu Air Mati, Teluk Intan and Sekolah Menengah Anderson, Ipoh.
He was a teacher and held a Bachelor of Arts honours degree from Universiti Malaya.
He got seriously involved in politics when he was appointed political secretary to Tun Dr Mahathir in 1976. He had also been an Umno information chief.

Ani Zonneveld (Zuraini bt Abdul Khalid bin Awang Osman)
Zuriani “Ani” Zonneveld is a songwriter, producer, singer, speaker and an educator. She is the Executive Director for the Progressive Muslim Union and an Interfaith Communities United for Justice and Peace sponsor. Born in Malaysia, Ani spent a good portion of her formative years being raised in Germany, Egypt and India. This had an obvious influence on her outlook of life, politics, religion and culture. As a songwriter and producer she has worked with many different artists with releases in Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Germany, the UK, Japan, and the US.
  
4th Generation

DATO’ ZULKIFLEE ABBAS BIN ABDUL HAMID (bin Mohd Arshad bin Awang Osman)
MANAGING DIRECTOR/CHIEFEXECUTIVE OFFICER
AFFIN BANK BERHAD
Dato’ Zulkiflee Abbas bin Abdul Hamid was appointed ManagingDirector/Chief Executive Officer of Affin Bank Berhad (“AFFINBANK”) on 1April 2009.
Prior to joining AFFINBANK, Dato’Zulkiflee was the Chief Credit Officer in one of Malaysia’s leading banks where he also served in various positions including as a Board memberof its subsidiaries. He graduated with a Master’s Degree in Business Administration from Southern Illinois University, United States of America. Dato’ Zulkiflee joined AFFINBANK in March 2005 as Director, Enterprise Banking. He was later made the Directorof Business in 2007 and subsequently the Executive Director, Banking in 2008 before assuming his current position.
Dato’ Zulkiflee has more than 30y ears of extensive experience in thebanking sector. He possesses the necessary knowledge and professional competence in the conduct of the licensed institution’s  business. (Extracted from ABM Annual Report 2011)

Dato' Ahmad Izlan Idris (bin Mohd Arshad bin Awang Osman)
Ambassador of Malaysia to the Republic of Peru (16 September 2008 - September 2011)
Ahmad Izlan Idris adalah anak kelahiran Negeri Kedah pada 26 Disember 1958.  Beliau dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1984 dan ditempatkan di Kementerian Luar Negeri sebagai Penolong Setiausaha. 

DATUK HJ.MD IDRUS BIN ISMAIL (bin Mohd Arshad bin Awang Osman)
PENGARAH, PEJABAT PILIHAN RAYA (SABAH)

Tuanku Nur Zahirah (born Rozita binti Adil Bakeri, daughter of Nur Rahmah bt Mohd Zain b Awang Osman)
Tuanku Nur Zahirah dilahirkan sebagai Siti Rozita binti Adil Bakeri telah dilahirkan pada 7 Disember 1973 bersamaan 12 Zulkaedah 1393 Hijrah. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Nicholas Convent, Alor Setar dan Sekolah Menengah St. Nichols Convent, Alor Setar. Baginda pernah mengikuti kursus dalam bidang sumber manusia.

SITI ZUBAIDAH BT. ABDUL HAMID (bin Mohd Arshad bin Awang Osman)
Siti Zubaidah A. Hamid who hails from Alor Setar, Kedah was appointed as the Registrar of Universiti SainsMalaysia (USM) effective from 1st January 2013. USM Board of Governors recommended the appointment of Siti Zubaidah succeeding Jamahyah Basiron who retired last year.
 Siti Zubaidah who holds a Master of Science Education from the University of Southern California in Counselling and a Bachelor of Arts (Counselling) from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) began her career in USM as an Administrative Officer (Counselor) in August 1979, led the USM Counseling Unit in 1986 and was appointed as aSenior Deputy Registrar in 2002.
Siti Zubaidah later was appointed as the Director of Malaysian Students' Department in Washington DC between 2006 - 2009 before returning to work in USM Research and Innovation Division.
Siti Zubaidah is USM’s eighth Registrar. As Registrar, Siti Zubaidah is responsible for the overall universityadministration including human resources management and development as well as heading the day-to-dayoperational processes.