Pages

Sunday, February 21, 2016

Catatan AO 8

Semua cucu cicit Tuk Awang Osman faham selepas mangkatnya Tuk Che Zainab, Tuk Awang Osman telah mendirikan rumah tangga bersama Tuk Salmah Nyak Agam. Beliau menikahi Tuk Salmah Nyak Agam kerana anak-anak Tuk Che Zainab masih kecil dan memerlukan perhatian dari seorang ibu. Maka mulalah kehidupan baru dalam diri Tuk Awang Osman.
Yang menarik perhatian saya adalah nama Nyak dan nasaf keturunannya. Mengikut pemahaman, pembacaan serta cerita lisan, Tuk Salmah Nyak Agam juga adalah berdarah raja. Mengikut nasaf keturunan, nama Nyak adalah nama penggunaan gelaran diraja Acheh seperti Tunku @ Nai @ Megat @ Meor @ Che. Maka sekali lagi perkahwinan Tuk Awang Osman bersama keturunan diraja berlaku.
Saya pasti ini bukan satu kebetulan. Tuk Awang Osman berkhidmat dan begitu setia menjaga hal ehwal istana. Tuk Awang Osman juga membesar di Istana Kedah dan dibesarkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin. Perjumpaan anak-anak raja pada ketika itu juga berlaku di istana. Maka bertemulah 2 insan ini... Wah...feeling pula saya ni.
Mulalah kehidupan baru mereka bersama sekeluarga. Tuk Darus Osman (Atuk saya) dibesarkan bersama insan ini....Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik Almarhumah.
Al Fatihah
Setiausaha,
Afifa Daud AO
PKAOM

No comments:

Post a Comment