Dalam penulisan Tan Sri Khalid, beliau ada mengatakan bahawa Mohd Arshad berkhidmat di Istana Kedah sebagai Tuk Mudin Raja. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Cik Busu @ Che Busu (Bidan diRaja) pada ketika itu. Mohd Arshad juga dikenali sebagai Mat Panjang.
Sepertimana yang kita semua ketahui Tuk Awang Osman mempunyai 16 orang adik-beradik. Tetapi kebanyakkan diantara mereka telah meninggal dunia sejak kecil lagi. Tuk Awang Osman adalah anak bongsu Tuk Mohd Arshad. Hanya 3 orang sahaja adik-beradik Tuk Awang Osman yang telah dikenal pasti. Mereka adalah:
1) Mohd Tahir bin Mohd Arshad (keluarga ini kebanyakkan berada di Langkawi)
2) Che Pok bt Mohd Arshad (Guru besar di SK Sg Rambai antara 1920 -1934) (tak dapat dikesan keluarga ini) yang tahu tentang keluarga ini ialah Pak Ngah Pie.
3) Awang Osman bin Mohd Arshad
Ada juga beberapa nama yang dikenal pasti yang berkhidmat di Istana dan berpangkat besar dalam kerajaan Negeri Kedah pada tahun yang hampir sama. Mereka adalah:
1) Mohd Ariffin bin Mohd Arshad (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang pertama bermula dari tahun 1905 sehingga tahun 1922)
2) Mohd Hassan bin Mohd Arshad (Tok Kerani Rahsia Raja al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah)
3) Che Zaleha Bt Mohd Arshad (tak ingat mana jumpa nama ni)
4) Che Endut Bt Mohd Arshad (Guru Besar di SK Sg Rambai antara 1900-1920)
5) Che Zahara @ Zahra Bt Mohd Arshad (b. 1902; d. at Jalan Langgar, Alor Star, 30th October 1960) (isteri kepada H.H. Tunku Muhammad Jiwa ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Hamid Halim Shah, Tunku Paduka Maharaja Temenggong Angota Desa. b. at Alor Star, 30th October 1894 (s/o Che’ Manja Lara)
Saya beranggapan mereka ini adalah anak-anak Tuk Mohd Arshad kerana mereka berkhidmat di Istana dan memegang jawatan tertinggi kerajaan Kedah pada masa itu. Tuk Mohd Arshad dan Tuk Busu juga menjawat jawatan penting di Istana Kedah. Pada masa itu hanya anak-anak raja dan pembesar Istana sahaja mendapat peluang pendidikan tinggi. Maka, mereka ini bukanlah orang kebanyakkan yang mendapat peluang pendidikan pada masa itu.
Che Zahra binti Mohd Arshad isteri kepada H.H. Tunku Muhammad Jiwa ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Hamid Halim Shah, Tunku Paduka Maharaja Temenggong Angota Desa. b. at Alor Star, 30th October 1894 |
Awang Osman Bin Muhammad Arshad |
Mohd Hassan bin Mohd Arshad |
Mohd Ariffin bin Mohd Arshad |
No comments:
Post a Comment