sumber: http://www.mykedah2.com/10heritage/105_13.html
(ditulis oleh M.C. ff Sheppard dari maklumat dan demonstrasi CHE' MOHD AKIB BIN YAACOB)
Penutup kepala anak lelaki Melayu turun-temurun ialah ikatan kain di kepala (berlainan dari serban) dan bukan songkok berbentuk bulat yang dipakai oleh kebanyakan lelaki Melayu sekarang ini. Perbezaan bentuk yang terhasil dari lipatan atau ikatan kain ini menunjukkan perbezaan pangkat atau jawatan orang yang memakainya. Masing-masing mengikat tengkolok dengan bentuk atau ikatan yang berlainan.
Sejak dua puluh lima tahun lalu, penggunaan ikatan kepala yang teliti dan berperaturan (dipanggil tengkolok atau tanjak) hanya dipakai pada majlis-majlis atau upacara rasmi yang jarang-jarang sekali berlaku. Sehingga kini, masih terdapat orang-orang Melayu yang enggan memakai tengkolok walaupun untuk bersanding. Setelah negara mencapai kemerdekaan, tengkolok diberi perhatian semula. Malangnya, sudah tidak ramai lagi orang yang pandai mengikat dan melipat tengkolok dalam pelbagai bentuk dan gaya seperti yang dipakai pada zaman dahulu. Adalah menjadi suatu kebimbangan jika sekiranya orang yang ahli dalam bidang mengikat tengkolok ini meninggal dunia, maka kemahiran di bidang ini akan turut pupus bersama mereka. Che' Mohd Akib bin Yaacob, Pegawai Pentadbir Negeri Kedah dan sekarang ialah Pegawai Daerah Kota Star ialah seorang yang mahir mengikat tengkolok Kedah. Tengkolok-tengkolok yang terpapar di daIam gambar-gambar di bawah semuanya diikat oleh beliau. Catatan bagaimana sesuatu tengkolok itu diikat dibuat ketika Che' Mohd Akib menunjukkan bagaimana setiap satunya dilakukan.
Tengkolok atau penutup kepala orang Melayu di dalam sesuatu istiadat biasanya diikat dari sehelai kain songket sutera tenunan tangan. Kain itu hendaklah keras supaya boleh dilipat-lipat dan lebamya ialah 34 inci. Kain tengkolok itu disulam dengan bunga-bunga yang bercorak tradisi dari benang emas atau benang perak. Warna tanah kain tengkolok biasanya terdiri dari satu wama sahaja seperti hitam, merah tua, hijau tua atau ungu.
Cara kain dilipat untuk membentuk tengkolok; mulanya ditemukan dua penjuru atau sudut kain menjadi tiga persegi. Puncak kain tiga persegi ini akan disebut di dalam catatan ini sebagai "Pucuk" yang bermaksud pucuk kepada tengkolok. Apabila kain tiga persegi ini dibentangkan di atas meja, sudut hujung kiri dan kanan tapaknya disebut "hujung kuasa". Tempat hujung kuasa ini diletakkan atau diselitkan selepas sesuatu tengkolok itu siap diikat membawa makna yang tersendiri. Hujung kuasa ini seolah-olah merupakan lencana pangkat tinggi atau rendah darjat seseorang. Hujung kuasa kain tengkolok menjelaskan setinggi mana kuasa yang dipunyai oleh pemakai tengkolok di dalam negeri itu.

Ada dua lagi petua
memakai tengkolok Kedah. "Simpul" kain tengkolok selepas diikat
sesedap rasa tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar selalunya diletak
berbetulan dengan telinga kanan atau telinga kiri dan tidak sekali-kali
diletakkan simpuI itu di atas tengkok atau di belakang kepala. Jika simpul
tengkolok itu diletakkan di atas telinga kiri, pemakainya ialah seorang yang
berdarah raja. Jikalau yang memakai tengkolok itu meletakkan simpul berbetulan telinga
kiri tetapi bukan dari ahli kerabat, itu menunjukkan pemakainya mempunyai tugas
atau jawatan yang tertinggi di dalam negeri seperti Menteri Besar sehingga
membolehkan beliau memakai gelaran "Yang Teramat Mulia". Rakyat biasa
meletakkan simpul tengkolok di atas telinga kanan. Pada zaman dahulu orang yang
memakai tengkolok dan meletakkan simpulnya di belakang atau di atas tengkok
ialah perompak ataupun seorang perajurit.
Ikatan Bendahara
Pegawai terpenting
sekali di dalam Negeri Kedah satu masa dahulu ialah Bendahara dan sekarang
dikenali sebagai Menteri Besar. Ikatan tengkolok Bendahara yang bertugas di
dalam negeri berbeza bentuknya dari ikatan Bendahara yang dalam perjalanan
kerana bertugas di luar negeri. Perbezaan antara kedua tengkolok tersebut
ditunjukkan dalam Gambar 1 dan 3. Untuk membentuk tengkolok Bendahara, pertama
sekali, kain berlipat tiga persegi hendaklah dibentangkan di atas meja. Tapak
atau bahagian lebar kain hendaklah dilipat lima lapis seolah-olah dikelim
kelima lapis itu nipis-nipis. Hujung kuasa keduanya disimpulkan sekali lagi dan
dilipatkan ke belakang hampir bersusun dengan "Pucuk". Hujung kuasa
yang tertinggi dari kawannya dapat dilihat menegak lebih tinggi dari hujung
"Pucuk". Kedua-dua hujung kuasa dan pucuk dapat dilihat jika direnung
tengkolok itu betul-betul. Sesusun rambut di kepala tidak bertutup tetapi
biasanya dapat dilihat hanya ketika pemakainya duduk. Simpul tengkolok terletak
betul-betul di atas telinga kiri (Gambar 1 dan 2).
Gambar 1 Gambar 2
Apabila Menteri Besar membuat perjalanan kerana bertugas di luar
negeri, hanya satu hujung kuasa sahaja yang ditegakkan dan "Kuasa"
itu ditegakkan betul-betul di atas mata kirinya dan tidak mengatasi pucuk
tengkolok. (Lihat Gambar 3)
Ikatan Temenggung
Pegawai negeri yang
berkuasa selepas Bendahara ialah Temenggung. Beliau bertanggungjawab mengawal
undang-undang dan keamanan negeri. Kain tengkolok Temenggung mempunyai empat
lapis pelit. Tepi kain yang bercorak-corak mengelilingi pucuk tengkolok dilipat
di atas pelit yang telah dilipatkan dan dilentik pucuk kain itu melayah ke
belakang kepala. Simpul tengkolok terletak betul-betul di atas telinga kanan.
Kedua-dua hujung kuasa diruntun ke belakang dan menutup dua pertiga bahagian
kepala, tetapi rambut dapat dilihat dari hadapan. Hujung kuasa dilentik ke atas
dan diletak di sebelah dalam bertindih dengan hujung pucuk tengkolok. (Lihat
Gambar 4 dan 5)
Gambar 4 Gambar 5
Ikatan Laksamana
Tapak kain tengkolok
dijadikan dari tiga lapis pelit. Selapis dari lipatannya dapat dilihat
menangkup simpul tengkolok di atas telinga kiri. Pucuk tengkolok dilipat supaya
bertindih dengan bahagian hujung sebelah atasnya yang dilentik dengan cermat
naik ke atas. Kain yang dilipat itu kemudiannya disimpulkan. Kedua-dua hujung
kuasanya dicantum dan diletakkan selari walaupun teratas sedikit dari pucuk
tengkolok. Hujung kuasa diletak tegak di atas telinga kanan. (Di sini tengkolok
ini dipakai oleh seorang ahli Kerabat Diraja. Jika rakyat biasa memakainya,
pucuk tengkolok, hujung kuasa dan simpulnya hendaklah terletak di atas telinga
kiri). (Lihat Gambar 6 dan 7)
Gambar 6 Gambar 7
Ikatan
Syahbandar
Lipatan pada tapak
kain tengkolok dibuat sebanyak tiga lapisan seperti pada tengkolok Laksamana.
Tepi kain yang bercorak-corak setebal dua inci itu akan menjadi tubuh tengkolok
Syahbandar mengelilingi kepalanya. Apabila dua hujung kuasanya disimpulkan selapis,
pucuk tengkolok yang agak tebal dilentik ke atas kepala dan menampakkan pelit
tiga lapis tadi dari hadapan dengan jelas (Tidak seperti yang berlaku kepada
tengkolok ikatan lain). Pucuk tengkolok terletak di belakang telinga kiri
mengarah ke belakang. Hujung kuasa sebelah kanan yang terpacul dari simpulnya
dari sebelah dalam di atas pucuk tengkolok, menonjol ke hadapan di
tengah-tengah dahi. Satu lagi hujung kuasa tidak dapat dilihat kerana tertindih
di bawah lipatan dalam kain pucuk tengkolok. Sebahagian besar dari atas kepala
tidak bertutup. (Lihat Gambar 8 )
Gambar 8
Ikatan Dato' Setia
Tengkolok Dato' Setia
tidak jauh bezanya dari ikatan Syahbandar. Kain pucuk dilentur menghala ke
telinga kiri dan tidak dibawa ke belakang kepala seperti tengkolok Syahbandar.
Hujung kuasa dicantum sekali ke belakang kepala dan menjunam ke bawah di dalam
kain pucuk tengkolok dan dengan begitu hujung kuasa tidak dapat di lihat.
Hujung kuasa disembunyikan kerana Dato' Setia bukanlah pegawai yang berkuasa
penuh, beliau hanya menjalankan tugas-tugas yang diperintahkan oleh Sultan.
Sebahagian besar bahagian di atas kepala tidak ditutup. (Lihat Gambar 9)
Gambar 9
Ikatan Anak Baik-baik
(Tengkolok ini boleh
dipakai oleh rakyat biasa yang tidak berpangkat atau berjawatan tetapi
berketurunan baik-baik). Tidak seperti ikatan-ikatan lain, tengkolok anak
baik-baik diikat terus di atas kepala. Tapak atau asas kain tengkolok dilipat
cuma satu pelit sebelum kedua-dua hujung kuasanya dilipat bertindih-tindih
antara satu sama lain. Kemudian kedua-dua hujung kuasa ini dimatikan dalam
simpulannya yang longgar. Bahagian tengah kain yang dilipat tadi diletakkan di
beIakang kepaIa dan pucuknya ditarik ke hadapan menutupi keseluruhan bahagian
kepala. Kedua-dua hujung tapak kain ditarik ke hadapan mengelilingi kepala di
kedua-dua bahagian kanan dan kiri. Bahagian kiri dilipat masuk di celah lipatan
atas telinga kanan dan hujung kanannya dibelit ke dahi di luar pelipis kiri dan
diselit di belakang tengkolok. Tempat diselit itu bergantung kepada saiz kepala
pemakainya. Dalam ikatan Anak Baik-baik ini, tidak ada simpul tengkolok dan
tidak ada hujung kuasa. Ikatan ini biasanya disebut sebagai "Ketam Budu".
(Lihat Gambar 10)
Gambar 10
Ikatan "Ketam Budu"
daythammynet
ReplyDeleteClass College Education training Beauty teaching university academy lesson teacher master student spa manager skin care learn eyelash extensions tattoo spray