Pages

Saturday, September 8, 2012

CETUSAN RASA YDP PKAO

Saya mulakan dengan Salam Persahabatan Islam 'Asalam Mu Alaikum Warakh matullah Hiwabarokatuu, Salam Satu Malaysia dan Salam Satu AO.' Seterusnya saya menggambil peluang ini melahirkan rasa bangga dan kagum melihat kehadiran seramai 430 orang anggota kaum kerabat Awang Osman yang hadir diperhimpunan kerabat Awang Osman kali Ke2 di Genting View Resort pada 31hb. Ogos hingg 2hb. September 2012.
Saya juga berterima kasih kepada semua AJK yang menjayakan program tersebut. Brgitu Juga kepada semua petugas-petugas yang tampil memberi sumbangan tenaga dan kerjasama disaat-saat yang diperlukan. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan program perhimpunan tersebut sempena hari Merdeka Raya membayangkan bahawa semangat AO bersatu wujud dan segar sentiasa. AJK telah merancangkan program dengan begitu rapi dan sistematik bagi keselesaan semua .AJK bemesyuarat sebanyak sembilan kali dalam tempuh masa empat bulan sahaja. Semua kerja yang dilaksanakan dibuat secara sukarela tidak kira masa dan perbelanjaan yang keluar dari poket sendiri.Apa pun segala pengorbanan semua pihak disanjung tinggi dan dihormati selalu.Saya juga mengucapkan terimakasih kepada semua warga AO yang datang dari seluruh pelusuk tanah air dan telah mengorbankan banyak wang dan tenaga semata-mata untuk bersama menghadiri perhimpunan yang bersejarah ini. Saya kagum melihat AO dari luar negara juga hadir dan bergembira dengan kerabat AO yang lain.

Seperti yang dirancangkan Mesyuarat Pertama untuk mengesahkan penubuhan PKAO Malaysia telah berjaya diadakan. Sehubungan dengan itu diadakan juga agenda penubuhan Yayasam Palajaran Awang Osman . Dua perkara penting ini jika dilaksanakan dan diradbir dengan betul akan menjana kewangan yang akan digunakan untuk membantu anak-anak AO dalam meringgankan perbelanjaan pelajaran dari peringkat tahap rendah sahingga ke peringkat Universiti. PKAO dan Yayasan Pelajaran akan didaftarkan dengan pihak berkuasa secepat mungkin. Walau apa-pun pertubuhan ini tidak akan berkembang jika tiada ahlinya. Saya berseru kepada semua kerabat AO supaya lekas-lekas mengisi borang keahlian dan dengan itu usaha seterusnya untuk menambah dana persatuan bolih berjalan lancar.
 
Saya kagum melihat jumlah anak muda dan remaja serta kanak-kanak melebihi 50% jumlah besar yang hadir. Dibahu merekalah terletaknya nasib kerabat AO dan merekalah yang akan menggambil aleh kepemimpinan PKAO disatu masa nanti.Saya yakin dengan tertubuhnya PKAO banyak masaalah yang dihadapi oleh kerabat AO bolih diselesaikan disatu masa nanti. Sungguhpun demikian saya sedikit terkilan kerana banyak lagi kerabat AO tidak datang dan tidak sedar akan pentingnya kerabat AO bersatu padu .
 
Saya berharap semua kerabat AO menambah huruf AO dibelakang nama masing-masing sebagai tanda nyata mereka keturunan dan kerabat AO.. dengan cara itu sajalah generasi akan datang bolih mengenali satu sama lain sebagai mempunyai punca kekeluargaan yang sama.. Harus dinigat bahawa AJK PKAO talah sepakat berkenaan perkara ini. Saya berpendapat jika huruf AO itu dijadikan sebahagian dari nama berdaftar disijil lahir lebih baik. Dengan cara itu kerabat dan keturunan AO akan wujud disepanjan zaman.
 
Satu perkara yang penting ialah persoalan siapa itu AO dan siapa layak menggunakan huruf AO dibelakang nama. Di putuskan sebagai peraturan biasa iaitu semua keturunan AO dari segi nasab dan darah berhak menggunakan huruf AO dibelakang nama. Semua lelaki dan perempuan yang bernikah dengan AO juga layak memakai AO dan sejajar dengan itu anak-anak mereka juga layak. Semua anak angkat AO juga layak berbuat demikian. Dengan cara ini kerabat AO akan berkembang dan menjadi sumbir tenaga yang besar dan ramai. Bak kata Hang Tuah 'takkan Melayu hilang di dunia' saya kata 'TAKKAN AO HILANG DIDUNIA'. Kita AO akan maju kehadapan menjadi kerabat yang berkuasa,berketerampilan,berharta ,berpengaruh dan berpelajaran . AO akan bangun sebagai kerabat yang megah' bercita-cita tinggi serta manjadi rakyat Malaysia yang berguna. Ingat pesanan Sir Shariff Awang Osman 'Fly the Awang osman Flag High' kita akan mengarak Panji-Panji Awang Osman kemana saja kita berada.
 
 
Yang berusaha
DDD (AO)
Yang Dipertua
Persatuan Kerabat Awang Osman Malaysia

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Congratulations for an excellent citation by our YDP. May all his aspirations become reality via the continous sense of committment of our working adult members (source of regular funds) to pave the way forward. Without the conscientious and persistence in pursuing the aims set out by DDD (AO), our future generations are up against unknown hostile environment.
    (P.S. ....will the ADMIN be extra careful before making a posting of this importance. There appear to be TOO MANY errors of various types. Please be CAREFUL as this is our IMAGE. Do PROTECT it.)

    Thank you DDD (AO) for making it all a reality.

    ReplyDelete