Pages

Wednesday, May 1, 2013

PANTANG LARANG KETURUNAN TOK KADOK






 IKAN TAPAH

"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya." LAPAS SUMPAHAN TOK KADOK.


Si Kaduk anak Raja Siak Inderapura

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya

Ayam Biring Si Kunani

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam

Penyabungan Ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya

Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Kekalahan

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.


Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.


Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.


Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan

Sumpah

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan tali dari batang bemban lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:


"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya."


Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Tebus

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.


Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa


Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.


Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.


Sekarang Emas Kerongsang(emas kancing) Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Tok Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam atau waris-waris terdekat.


Mengikut salah seorang keturunan Tok Kaduk ini terdapat salasilah keturunannya yang masih disimpan oleh para waris tersebut iaitu salasilah yang dipanggil Moyang Empat Datuk Lapan.


Ulasan 1 : Sesetengah cerita mengatakan Tok Kadok adalah anak Raja Siak dan penyabungan ayam tersebut dengan Raja dizaman itu dan nama beliau adalah Tok Kadok bin Kojak - Sultan Khoja Ahmad (sultan siak Inderapura). Sehingga kini belum ada bukti kaitan tentangnya dan pihak waris-waris serta anak cucunya sedang berusaha untuk mengesan salasilah keturunan dari Tok Kadok ini. Dikhabarkan makam Tok Kadok berada di perkarangan Istana DiRaja Siak Inderapura. Wallahualam.








Catatan ini dipetik dari sebuah laman web Kg Tua bt 16 (kalau tak silap penulis) tetapi laman tersebut telah ditutup.

Pandangan 1 dari Daeng :

Saya pernah dengar cerita ni agak lama, apa yang saya masih ingat, nama sebenarnya hanya Kadok bin kojak. Sultan Kojak agak malu dengan perangai kadok zaman itu lalu memutuskan silaturahim sebagai anak dan bapa dan sebelum dia meninggal atau pergi kalau tidak silap , dia minta bantuan sultan muqadam untuk tunjuk jalan yang benar kepada pak kadok dan itulah sultan yang bermain laga ayam dgn Pak kadok. Tapi jika tidak silap sultan muqadam juga yang mengambil sebagai org besar 16 kerana kesian dimasa kadok telah insaf teramat-ramat hingga tarafnya menjadi keramat. Tapi lebih baik saudara rujuk kisah org ditapah sebab jika tidak silap saya perkara ni pernah dibukukan dan disahkan oleh beberapa pihak. lagi seperkara, siapa yang pegang emas tapah layak tuntut hak jadi org besar 16 sebab bukti keturunan pak kadok. Itu sahaja yang saya masih ingat.

Pandangan 2 dari tiada bernama :

Pak kadok tidak silap saya ialah anak kepada Pak khoja atau Sultan Khoja Ahmad (Sultan Siak) bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim (Sultan Siak).tapah pula ialah tempat dimana ikan tapah besar berisi emas dijumpai. Saya tidak berapa ingat mengenai Sultan Khoja Ahmad tetapi boleh rujuk dalam buku cempaka sari. Cerita Tok Kadok juga berlaku pada zaman Sultan Muqaddam Shah sekitar tahun 1603 - 1619.
Maklumat drp Tn AisbatuEmas Kancing Ikan Tapah ni tidak boleh dibawa keluar dari Lambor Kanan(Kg Tua ) tempat asalnya. Memang pihak waris disana membotolkan air kancing emas berkenaan untuk kegunaan semua pihak waris yg memerlukan, hanya datang saja ke Kg Tua untuk berubat,airnya telah tersedia.

dipetik drp blog 
http://aisbatu.blogspot.com/2010/10/pantang-larang-keturunan-tok-kadok.html

6 comments:

  1. Cerita ini amatlah temberang dan tak masuk akal..sultan siak sri indrapura mangkat pada tahun 1968.yg bernama sultan sayyid kasim ..perak ni banyak sejarah temberang..

    ReplyDelete
  2. Sultan siak mendaulatkan hudud..ada peti hitam dalam istana siak indrapura yg telah di zikirkan untuk waris sultan..sape yang dapat buka peti hitam tersebut dialah sebenarnya perwaris sultan berdaulat menjalankan hudud...korang pikir lah hanya allah sahaja layak pakai gelaran yang maha mulia,yang maha pengasih lagi maha penyayang..korang pikirlah mengikut pandangan islam..so duli yang maha mulia manusia bole pakai kea mengikut pandangan islam..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tak tau ckp jgn ckp..setakat search kt google igt tau smua bende ke?kesian sungguh manusia ni..

    ReplyDelete
  5. Tak tau ckp jgn ckp..setakat search kt google igt tau smua bende ke?kesian sungguh manusia ni..

    ReplyDelete
  6. Kisah menarik dan wajar dihormati.

    ReplyDelete