Gambar kenangan ketika Perjumpaan Pertama
Keluarga Awang Osman di Hotel LonePine, Penang...
semoga gambar2 ini akan mengimbas kembali kenangan lalu...
al-fatihah buat mereka yg telah pergi meninggalkan kita...
Gambar keluarga Awang Osman
Plat bg mereka yg telah menghadiri perjumpaan tersebut
Aktiviti sepanjang perjumpaan
keluarga Awang Osman yang pertama
Walaupun perjumpaan ini telah pun berlalu selama 30 tahun, namun segala kenangan yang terindah masih lagi mekar terbayang di dalam kotak pemikiran sesetengah ahli keluarga yang telah hadir ke sana... kenangan ini tidak dapat dilupakan hingga akhir hayat... hubungan silaturrahim yang telah terjalin antara sanak saudara semakin akrab dan tidak mungkin terputus sampai bila2... seperti air yang dicincang tidak akan putus...
Gambar Lone Pine Hotel terkini...
setelah 30 tahun berlalu
Kini kenangan tersebut bakal muncul kembali apabila Perjumpaan Keluarga Awang Osman kali ke-2 yang akan diadakan pada 31 Ogos hingga 2 September 2012 di Genting View Resort, Genting Highland. Semoga perjumpaan kali ini akan menjadi satu kenangan yg terindah dan sejarah yang tak dapat dilupakan sehingga akhir hayat kita. Pelbagai aktiviti telah pun dirancang oleh Jawatankuasa Program untuk memastikan setiap ahli keluarga yang hadir mendapat manfaat drp perjumpaan tersebut. Semoga hubungan silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dapat disambung semula... semoga generasi muda dapat mengenali generasi yang terdahulu dan menjulang tinggi PANJI-PANJI AWANG OSMAN agar berkibar megah buat selama-lamanya.
Dari Aisyah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada arsy, ia berkata: Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.(Shahih Muslim No.4635)
"Keep the Awang Osman’s Flag Flying"
No comments:
Post a Comment