Pages

Friday, October 10, 2014

Akibat Melanggar Sumpah Keturunan

Akibat Melanggar Sumpah Keturunan iaitu dengan memakan PISANG EMBUN / BUNGA

Gambar kenang-kenangan selepas upacara Pembukaan Kem Tahunan 2014

Pengalaman yg ingin dikongsikan bersama... supaya dpt dijadikan iktibar utk yg lain...

Pada 20 Sept 2014, semasa latihan Kem Tahunan Rej 510 AW di Sibu. Dengan tidak disengajakan sy telah memakan pisang Embun, yang mana bentuk dan rupa pisang ini tak pernah sy ketahui... Arwah datuk pernah memesan perkara ini kepada emak sy dan diturunkan pesanan tersebut kepada sy....

Selepas makan, di bahagian muka, tengkok, kaki dan tangan telah naik bintik2... skali tengok mcm campak, tp bukan campak... terasa gatal2 ja...  dan pada kul 12 pagi badan dan bahagian blkg terasa sakit sgt sampai sesak nafas... mula2 ingatkan sakit sbb salah tdo dalam hutan... setelah adjust kedudukan bbrp kali, kesakitan tersebut makin lama makin lg sakit... dan menyebabkan sukar bernafas... setelah 50 minit cuba bertarung, cuba letak minyak cap kapak utk kurangkan kesakitan... tp xrasa minyak pun yg di sapu tu... tq kpd Kpl Tabari kerana membawa sy ke Medic... nasib la ada medic mlm tu... kalau tak, tak tahu la apa yg bakal terjadi...

Setelah di periksa sy telah disahkan mengidap asma, sedangkan sebelah ayah dan ibu xda sorg pun yg ada asma... kena la oksigen dan 2 kali inhalen warna biru... Medic bg tahu, nasib x muntah... kalau muntah, sy akan terus di bawa ke hospital sibu malam tu juga....

Keadaan pernafasan kembali seperti sediakala setelah bbrp jam berada di dalam ambulans ATM... tetapi kekadang otot di bahagian dada dan blkg mengalami muscle cramp... sakit giler bila kena...

Sepatutnya pd pukul 0230 pltn sy akan bergerak masuk ke lokasi utk serangan... sy nak sgt pergi utk memberi semangat kpd anggota platun... tn apakan daya, hajat tidak kesampaian, Medic dan CO tahan tak bg pergi utk elakkan kejadian yg tak diingini berlaku... sbb mlm tu kena berjalan dalam 30 minit lagi sambil memegang senjata utk fasa serangnan... maka , terpaksa la duduk kat tempat berlabuh....

bila selesai saja fasa medan, kitaorg pun kembali ke kem sri rejang.... setiap pg dalam kul 4 - 6, sy kena lagi muscle cramps di bahagian dada dan belakang... mmg sakit sgt2... masa di kem ini lah sy mengetahui, pisang yg sy makan itu ialah pisang empun... setelah mengetahui, terus sy g jumpa Medic, ambil injection alergik... kena sejarum masa tu... time tu, kaki tangan muka dan tengkok masih lg gatal2...  makan la ubat antibiotik yg di berikan oleh doktor di klinik kesihatan sibu... siap xray dan buat ECG lagi... tp alhamdulillah, semuanya xda apa2... tp mucles cramps berlaku hingga 3 hari kemudian...

Skrg ni... muscle cramps dh ok... cuma tangan kaki tengkok dan muka masih lg gatai... makanan yg gatai dan sejuk dh stop utk sementara... blum ada tanda2 nak pulih lg masalah kulit ni...

lepas ni tobat dh tak nak makan lg pisang ni... tu la.. org tua2 pesan tak nak caya... kan dh kena kat batang idung sendiri... hehee... apa2 pun redho jer... anggap kesakitan, cabaran dan dugaan ini sebagai penghapus dosa kita.... in shaa Allah...

Kesimpulannya... hati2 la masa kita makan, apa yg org tua bg tahu jgn la cuba2 nak try... :)





Sedikit maklumat berkaitan pisang embun

Pisang Embun merupakan sejenis pisang yang ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Embun ialah Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. 'Ambon Putih'[1]
Di Filipina ia dikenali sebagai Ambon, di Indonesia ia dikenali sebagai Pisang Ambon Putih.
Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian. Terdapat 2 jenis pisang Embun yang bewarna merah dan kuning apabila masak.
Pokok Embun biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya kerana buahnya yang besar dan sedap digemari ramai dan boleh dimakan mentah. Tetapi buahnya tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum menjadi isinya menjadi lembik. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pisang_Embun) 

Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter . (http://pokok-pokok-pisang.blogspot.com/2009/11/pisang_9557.html)

Pesanan org tua2 utk pulihkan penyakit kulit ni...
1) ada org tua2 pesan... jgn berubat guna sirih limau... dia akan naik lagi teruk...
2) ada yg pesan pula... jgn guna ubat moden... dia akan menjadi2 naik
3) x boleh suruh org lain berubat utk kita... kita kena berubat sendiri... baru dpt pulih...
4) ada yg kata try guna air garam... sapu kat kulit tu... tp kalau dh sampai 3 kali sapu.. x jd juga... kita tak berkesan maksudnya...
5) ada yg kata ambiq garam... sapu kat kulit... ambik sedikit tempat alas kaki (potong sikit) dan bakar kat depan umah
6) guna tepung beras diuli dengan air, kemudian gentel tepung tersebut then golek kat kulit ... lepas tu tengok dekat tepung yang uli tu ada tak bulu putih yang lekat dekat tepung tu... atau pun bulu bulu halus... kalau ada; kalau ada bakar pakai api lilin.. itu lah hama namanya
7) ada yg kata... ambik kulit pisang embun yg bahagian dalam tu... sapu kat kulit yg berpenyakit tu
8) petua org tua pada apa segala sumpahan @ pantang larang cuba minum air beras. Beras yang ditos sebelum tanak.
9) ada yg kata mandi kat tempat kubang kerbau... lepas tu bilas dgn air biasa... cara ni sama bg yg pantang pisang embun dan pisang tanduk... 

bg yg terkena... slmt mencuba... berdoala byk2 kpd Allah, moga disembuhkan dr penyakit... in shaa Allah... manusia mampu merancang... tp Allah yg akan tentukan... setiap yang berlaku ada hikmahnya... Aamiin







2 comments: