Pages

Monday, April 22, 2013

Ketam Budor


 Ketam Budor yang dihasilkan.

Biasa disebut sebagai 'Ketam Budu', dahulu memikirkan juga kenapa perkataan 'budu' menjadi nama untuk tanjak dari Kelantan ini. Akhirnya, barulah mendapat jawapan dari seorang teman penggiat seni budaya dari Kelantan yang bekerja di KL (Grup Pesiban), Sdr Dian Nais di facebook apabila gambar tanjak ini dimuatnaik. Kata beliau, dalam bahasa Melayu Kelantan lama, 'budor' itu bermaksud 'kasih'. Jadi keseluruhan makna 'ketam budor' adalah 'menuai kasih'. Makanya selepas ini, perkataan 'Ketam Budor' digunakan dan bukan lagi Ketam Budu seperti yang tercatat dalam kebanyakan buku atau mana-mana penulisan sama ada bercetak, di blog dan sebagainya.

Getam Budor aka Getam Budu dari Pahang 
* Ia kelihatan sama seperti Ketam Budor (Kelantan) 
tapi ada bezanya apabila melipat ia.


ketam budu - nama yang tercatat di buku dan disebut banyak orang

tapi budu merujuk kpd makanan tradisi kelantan .... 
budor merujuk pada maksud 'menuai kasih' - bahasa lama kelantan 
menurut seorang rakan dari sana ...
ketam budor dipakai oleh banyak peringkat drp 
sultan, pembesar dan pengiring ... 
yang membezakan hanyalah warna sahaja ... 
  • putih - raja memerintah
  • kuning - tengku mahkota
  • biru - bendahara
  • hijau - laksamana
  • hitam - tengku seri mas
  • merah - tengku panglima
ia adalah gelaran dlm pejawatan istana kelantan 
kalau tidak salah peniup serunai.
kalau silap, mohon diperbetulkan ... dan semuanya lapis
anak dan kerabat diraja mereka 

Ketam budu tempahan Cikgu Paih



No comments:

Post a Comment