Pages

Sunday, January 6, 2013

Buku Salasilah Keluarga Awang Osman

Gambar Allahyarham Awang Osman Bin Mohd Arshad

Ada dua buah buku yang telah disusun oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Hj Abd Khalid Bin Awang Osman berkaitan dengan Salasilah Keluarga Mohd Arshad dan Salasilah Keluarga Awang Osman  yang telah siap pada 2 April 1982.

Allahyarham Tan Sri Datuk Hj Abd Khalid Bin Awang Osman

Tujuan salasilah ini dibuat adalah untuk membolehkan kaum keluarga saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Kasih sayang yang terjalin antara satu sama lain dapat dikukuhkan demi kepentingan bersama.

Buku Salasilah Kaum Keluarga Mohd Arshad Bin Samad

Buku Salasilah Keluarga Awang Osman Bin Mohd Arshad
 Bagi sesiapa yang berminat untuk mencari buku ini, bolehlah ke perpustakaan kedah, bahagian Koleksi Kedah 
KK920.99595112 KEL

Buku-buku ini telah pun diedarkan pada perjumpaan keluarga Awang Osman yang pertama di Penang pada tahun 1982.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada Allahyarham Tan Sri Datuk Hj Abd Khalid kerana dengan usaha mengumpulkan salasilah keluarga pada masa tersebut dapatlah generasi muda zaman sekarang mengetahui susur galur keturunan mereka. 

Kini, usaha mengumpul dan mengemaskini maklumat salasilah keluarga diteruskan oleh dua orang yang tidak asing lagi dalam keluarga Awang Osman iaitu Tok Lang Jalil dan Uncle Iszham.
   
Tok Lang Jalil                               Uncle Iszham

"Mudah-mudahan dengan kerjasama dan bantuan semua kaum keluarga Awang Osman dapatlah kita menjulang tinggi 'Panji-Panji Awang Osman' agar berkibar megah buat selama-lamanya" - Allahyarham Tan Sri Datuk Hj Abd Khalid Bin Awang Osman

No comments:

Post a Comment