Negeri Kedah Darul Aman adalah negeri yang berdaulat. Tampuk pemerintahan kerajaan kesultanan sejak dari abad ke-5 dan dikira tertua di dunia. Perdagangan dunia berlaku di Kedah Tua (Kerajaan Maritim) pada ketika itu. Oleh kerana perdagangan dunia berlaku disana, maka pedagang-pedagang dari India, China, Arab dan Eropah datang ke Kedah untuk berniaga. Ada dikalangan mereka membawa ahli keluarga bersama, ada juga yang bertemu jodoh di Tanah Melayu.
Keturunan Bibi pula dipercayai berasal dari Pakistan. Mereka terdiri dari orang-orang kaya di Pakistan yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Sebahagian daripada tugas Tuk Awang Osman pada ketika itu adalah mengambil tahu perihal cukai dagangan di Kedah dan Pulau Pinang. Kerana tugas, almarhum berjumpa dengan pedagang-pedagang pada masa itu. Ini mungkin menjadi sebab titik pertemuan Tuk Awang Osman dan Tuk Bibi Rahmat (Ahmad).
Pada masa itu, anak-anak Tuk Salmah Nyak Agam masih kecil, manakala anak-anak Tuk Che Zainab sudah pun dewasa. Anak-anak Tuk Salmah Nyak Agam masih memerlukan kasih sayang ibu pada ketika itu. Maka bernikahlah Tuk Awang Osman bersama Tuk Bibi Rahmat (Ahmad) heart emoticon
Berbahagialah mereka ketika itu. Saya pula feeling.... Maklumlah love storyheart emoticon
Perdagangan negeri Kedah pada tahun 1800
No comments:
Post a Comment