Pages

Friday, February 19, 2016

Catatan AO 1

Allahyarham Awang Osman, satu nama yang sering disebut sebut oleh semua anak-anak dan cucu cicit beliau. Satu nama yang diagongkan oleh semua cucu cicit beliau. Dengan ini telah menarik minat saya untuk mengetahui lebih mendalam siapa AO ini. Kenapa beliau disebut-sebut oleh cucu cicit hingga kini. Saya pun tak pernah jumpa beliau tapi amat kagum dengannya. Dengan ini tergerak hati ini untuk belajar lebih mendalam dan memahami siapa moyang saya AO ini sebenarnya.
Seperti mana waris AO telah maklum, beliau dibesarkan oleh YAM Wan Hajar Wan Ismail (Mak Wan Besar) adalah bonda kepada Sultan Abdul Hamid. Dengan ini tidak salahlah saya katakan AO membesar bersama Sultan Abdul Hamid ketika itu. Menurut penulisan yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Khalid Osman, beliau ada menceritakan bahawa AO telah di zakatkan kepada Sultan Ahmad Tajudin untuk dibesarkan.
Persoalannya sekarang, adakah sistem zakat anak ini benar-benar berlaku? Dan kenapa dizakatkan kepada Sultan? Adakah orang kebanyakkan boleh menzakatkan anak kepada Sultan? Satu persoalan yang bermain diminda. Ada sesiapa yang boleh beri jawapan mengenai persoalan ini? Buntu juga dibuatnya.
Setiausaha,
Afifa Daud AO
PKAOM
Wajah Awang Osman

Dikatakan dalam bulatan tersebut ialah Awang Osman

Gambar Mak Wan Besar

Istana Pelamin @ Muzium Di Raja Kedah

No comments:

Post a Comment