Pages

Thursday, September 24, 2015

CARA PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN



Di Sunat kan proses agihan daging korban meliputi tiga bahagian:
    1)satu bahagian untuk dirinya dan ahli keluarganya.
    2)satu bahagian dijadikan sedekah untuk fuqarak dan masakin.
    3)satu bahagian di jadikan hadiah untuk rakan taulan, jiran, 
       sekalipun mereka kaya.

Boleh di rujuk dalam al majmuk, syarah al muhazzab el syirazi oleh An Nawawi jilid ke lapan halaman 306..

Apakah perbezaan sedekah dan hadiah?
Sedekah diberikan kepada faqir yg memerlukan kerana ingin memenuhi hajat mereka, dan tujuannya semata mata redha Allah taala, dan tidak ditentukan siapa yg akan mendapatkan nya, sesiapa sahaja yg faqir akan mendapatkan nya.

Hadiah tidak di syarat kan kepada faqir sahaja, bahkan boleh saja diberi kepada faqir dan kaya, maqsud dari hadiah ialah al ikram.. Yaitu memuliakan dan menambah kan mahabbah.. Ini adalah pandangan ibnu taymiah, boleh di rujuk dalam web islam sual wa jawab, fatwa nombor 34614..

Pembahagian sebagai hadiah adalah tidak wajib. Oleh itu, pengagihan daging korban harus jika dibahagikan kepada dua bahagian sahaja, yaitu untuk diri dan keluarga pemilik korban dan di sedekah selebihnya kepada yg betul betul berhajat..

PALING AFDHAL disedekahkan kesemua daging korban kepada yg berhajat, kecuali sunat kepada pemilik korban memakan sedikit sahaja dari korban nya itu yg boleh dianggap sebagai sedekah..(Mughni Muhtaj jilid empat halaman 365). Ada pandangan ulamak yg menyatakan sekadar "al luqmah" yaitu sesuap dari korbannya seperti perbuatan nabi صلى الله عليه وسلم :
كان النبي صلى الله عليه وسلم يأكل من كبد اضحيته...
Adalah Nabi saw memakan hati haiwan korban nya...
Manakah yg terbaik?
Sudah tentu yg terbaik adalah perbuatan al mustafa saw.. Berikan kesemuanya untuk penuhi hajat masyarakat dan golongan yg memerlukan.. Tidak salah untuk kita mengambil 1/3,tapi apakah kita tidak mampu membelinya di pasar? Kita yg berkemampuan sudah menikmati daging acap kali selain hari raya haji, sudah tentu tidak menjadi masalah sekiranya di sedekahkan kesemuanya untuk fuqarak sebagai peluang yg jarang jarang sekali mereka Wallahua'lam.


https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=480640198709856&id=289443687829509

No comments:

Post a Comment