Kisah ini disampaikan turun temurun oleh orang-orang tua dari keturunan-keturunan
Di Raja di Kelantan. Berikut saya petik asal-usul pantang larang ini :
MisteriPengembaraan 3 Putera Raja
Kisah asal-usul keturunan Long Gaffar dikatakan bermula dengan pengembaraan tiga orang putera raja dari Pagar Ruyung yang tidak dapat dikenalpasti siapakah mereka itu sebenarnya, kerana riwayat lisannya (VLG) hanya menyatakan mereka adalah putera-putera raja dari Pagar Ruyung, Palembang, di mana menurut tradisinya di kalangan raja-raja yang mengamalkan Adat Perpateh yang diwarisi dari tanah adat di Pagar Ruyung, apabila seseorang dalam suatu keluarga khasnya keluarga diraja dilantik menjadi raja, maka saudara-saudaranya yang lain dari keluarga diraja berkenaan yang tidak terpilih menaiki takhta kerajaan itu semestinya mengembara keluar negeri membawa haluan masing-masing untuk mencari pengalaman hidup, menuntut ilmu dan menanamkan semangat keperwiraan yang tinggi dalam dirinya. Dalam hubungan ini, didapati tiga orang putera diraja yang bersaudara dari Pagar Ruyung dikatakan telah keluar meninggalkan tanah air mereka, ibarat jika, “untung sabut timbul dan jika untung batu tenggelam”. Mereka terpaksa meredah hutan belantara dan melayari lautan dengan menggunakan jong (bahtera) yang lengkap dengan segala peralatannya. Namun nasib tidaklah menyebelahi mereka, ke rana sebaik-baik sahaja mereka berada di tengah laut tiba-tiba di takdirkan Allah ribut kencang telah melanda bahtera mereka dan sekaligus karam di laut yang menyebabkan mereka tiga bersaudara itu terpisah tanpa arah dan tujuan. Tetapi, dengan berkat doa dan tawakal sejatinya kepada Allah Ta`ala, mereka terselamat sampai ke daratan.. Putera Tengah yang dikatakan datuk Long Gaffar telah dapat menyelamatkan dirinya dengan berpaut kepada apa sahaja yang terapung di laut dan tiada siapa pun yang menyangka dan mengetahuinya, tiba-tiba seekor `ikan ke kacang’ yang besar telah membawanya ke persisiran pantai di utara Tanah Melayu. Ia merupakan suatu keajaiban dan luar biasa sekali yang menyebabkan putera itu terfikir sejenak di mana hati kecil (dhamir)nya berbicara seketika, di mana baginya tidak mungkin sama sekali bagi seekor ikan yang kebiasaannya makanan manusia itu dapat menolongnya melainkan dengan kudrat dan iradat Allah Ta`ala. Sejak itu, lantaran terhutang budi dan nyawanya kepada makhluk penyelamat itu, dan peristiwa ini seolah-olah menjadi suatu sumpahan kepadanya dan zuriatnya sehingga melarang dirinya dan zuriatnya memakan ikan kekacang, di mana barangsiapa dari kalangan mereka memakannya maka buruklah padahnya.
Apa akan terjadi jika makan sama ada secara sengaja ataupun tidak ikan kekacang ini? Orang tua-tua khususnya dari keturunan Long Gaffar selalu berpesan kepada anak-cucu mereka secara turun-temurun supaya jangan sesekali memakan ikan kekacang ini kerana takut melanggar sumpahan atau janji Putera Tengah iaitu DATUK kepada Long Gaffar. Menurut mereka jika termakan ikan ini, mereka akan ditimpa MUSIBAH berbentuk PENYAKIT kulit seperti gatal dan sebagainya.
Sejauhmana kebenarannya saya sendiri tak tahu tapi saya sendiri beringat, memang tak pernah beli ikan ini apa lagi memakannya. Ada juga di kalangan sahabat saya bercerita bahawa orang tua mereka ada juga berpesan hal ini dan mereka pernah memakannya dan kemudiannya terkenalah penyakit tapi ada juga yang kata mereka tak kena apapun ! Itulah, sama ada kita nak percaya atau tidak, terpulang kepada akal masing-masing. Tapi orang tua-tua berpesan juga kalau nak makan tak apa, tapi kalau kena apa-apa musibah, tanggunglah sendiri.
Bagi saya, saya melihatnya daripada perspektif yang berbeza. Saya melihat pantang-larang ini lebih kepada unsurKEKELUARGAAN iaitu bagi memastikan supaya anak-cucu mereka mengenal “WARIS”. Hal ini biasa terjadi dalam masyarakat Melayu tradisi yang banyak menyelitkan pantang larang, tujuannya untuk kebaikan. Contohnya, orang-orang tua selalu berpesan supaya anak dara tidak menyanyi sewaktu memasak, tujuannya supaya nasi atau lauk tidak hangus ataupun takut tak sedap. Begitu juga tentang larangan supaya anak-anak tidak bermain waktu maghrib, tujuannya supaya mereka cepat bersiap untuk solat maghrib. Jadi pantang-larang supaya tidak memakan IKAN KEKACANG ini bertujuan supaya kita saling kenal-mengenal, hormat-menghormati kerana kita adalah dari keturunan yang sama, dengan kata lain kita adalah dari satu keluarga, berasal dari nenek moyang yang sama.
Pantang larang supaya tidak memakan ikan kekacang ini sebenarnya tidak hanya terhad kepada kerabat Long Gaffar sahaja. Kerabat Long Yunus dan Jembal juga dikatakan berkongsi pantang-larang yang sama. Jadi jika berdasarkan kepada tafsiran saya di atas tadi, maka ini bermakna kesemua keturunan Di Raja di Kelantan tak kiralah sama ada dari Kerabat Long Yunus atau Jembal…KITA ADALAH SATU KELUARGA. Kita berasal daripada INDUK yang sama tapi disebabkan oleh peredaran masa kita terpisah-pisah, bertelagah sesama kita, masing-masing berebut tahta dan berperang sesama sendiri. Kita sebenarnya bukan orang lain…kata orang kita…”gi mari gi mari, puok kito jugok”. Jadi kesimpulannya, marilah kita bersatu dan berpadu tenaga. Kerana kita bertelagah kita lemah dan dijajah. Marilah kita lupakan persengketaan lama. Kita bina balik KELANTAN yang lebih maju dan berkuasa.
dipetik drp http://kebunketereh.com/?p=391
salam..
ReplyDeletedatuk saudara saya telah meninggalkan pesanan yang keturunan dia tidak boleh makan ikan kekacang dan dia juga telah melanggar pantang larang yang menyebabkan keseluruhan badan gatal-gatal.
Saya masih kabur dengan salasilah keturunan saya.
in shaa Allah... sampai masa nanti tn akan ketahuinya juga
DeleteAssalamualaikum,Begitu juga dengan keturunan saya dilarang makan ikan kacang klu tak muntah darah
ReplyDeletewslm... in shaa Allah
Deletesy pon begitu,keturunan sy tidak boleh mkn ikan ni dn rebung tertentu jika tak dilanda malang petaka...tapi smpai bila sumpahan ni akan berakhir pon tak thu laa
ReplyDeletewallahualam... mungkin ada tempohnya...
DeleteBetul tu.Saya ada menerima pesanan yg sama
ReplyDelete:)
Deletekalau keluarga saya pulak, pantangnya tak boleh makan ikan kekacang, rebung betung dan burung terkukur
ReplyDeletekalau keluarga saya pulak, pantangnya tak boleh makan ikan kekacang, rebung betung dan burung terkukur
ReplyDeleteAssalamualaikum... ini cerita betul ke...?? sebab nenek dan ayah saya selalu berpesan yang keturunan saya tidak boley makan ikan kacang kecuali ibu saya.. sebab ibu saya lain keturunan...
ReplyDeletebetul atau tidak... hanya org yang tahu ja tahu akan ceritanya...
Deletetrylah makan kalau x percaya
Deleteuntung sabut timbul
untung batu tengelam
faham2 je lah lepas mkn hidup alhamdulillah
jika membawa ke matian innalillahiwainalillahiroojiun
Kerabat nenek sy plak xboleh mkn rebung buluh betong,ikan kekacang,buah kundur,bayam duri
ReplyDeleteKerabat nenek sy plak xboleh mkn rebung buluh betong,ikan kekacang,buah kundur,bayam duri
ReplyDeleteSalam , ade penawar tak untuk penyakit gatal2 ni ?
ReplyDeleteSalam , ade penawar tak untuk penyakit gatal2 ni ?
ReplyDeleteAslm. Bapa saya juga berpesan demikian. Ikut je lah.
ReplyDeletekeluarga sya plak tak bleh makan ikan kekacang bersama kfc kalau x kenyang
ReplyDeleteSaya keluarga rapat kerabat long ghafar dan damily masih carry gelaran tengku raja dan tuan, memang ada parent bercerita pasal ikan ni tapi saya makan je , setakat ni Alhamdulillah ok, Allah jua berkuasa
ReplyDeletesuami saya dari terengganu jugak pantang mkn ikan ni sbb dipesan oleh ibunya...disebabkan keturunan mereka...
ReplyDeleteSya skrg sdg mengalami simptom gatal kulit, berkudis dan kulit bertukar warna spt lepas bekam. Akibat kedegilan dan langgar pantang org tua.....termakan ikan kkacang tanpa sengaja, minum air tebu betong dan makan nangka. Dah pelbagai ubat hospital dimakan namun setakat ni masih belum baik. Kata org nk kena cari dlm susur galur kerabat/ahli keluarga yg boleh merawatnya....spt buang tulah/sumpahan itu. Tapi dimana nk mencarinya. Nk mengembara ke mana. Cuma skrg ini berdoa dan memohon pd Allah diatas kecelaruan ini dan juga kelemahan diri. Kalau sesiapa yg ada info boleh email/info sya.
ReplyDeleteYa...memang hal ini benar, kerna kakak kepada Abah saya, jelas nampak nya, dan saya sendiri pernah mengalaminya, walau pun saya tidak memakan nya,
ReplyDeletePernah saya pergi ke pontianak barat indonesia bersama2 Datuk Bandar dan Ahli2 DBKU Kuching Sarawak,
Dan saya mewakili pertandingan antara negeri-negeri, dan masa itu saya cuma melihat ikan-ikan patin atau lebih di kenali ikan kekacang,
Saya cuma melihat sahaja,
Badan saya terasa gatal-gatal,
Dancdi pendek kan cerita,
Sampai sekarang bekas gatal-gatal yg lain nya hilang, tapi cuma satu sahaja belum hilang, masih ada bekas d tangan lengan saya,
Ada waktu nya, ia terlalu gatal sampai ketulang, tp x lama, ia hilang sendiri, sampai sekarang bekas nya masih, dan sampai sekarang ada waktu nya gatal.
Itu lh pengalaman yg saya tanggong sampai ke hari ini,
Dan nama saya Sharifah Jabidah Tengku Husin@Wan Husin.
Moyang Saya Tengku Hj.Hamid.
Maaf,..bukan saya membanggakan keturunan saya, saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya tntng makanan.
Assalamualaikum, Dengan izin Allah, perlukan bantuan segera,Terlalu gatal2 dan bisa macam kena bisa binatang berbisa.jantung seperti tertusuk. Hampir dua minggu.Alhamdulillah mencari jawapan di internet, bila terbaca artikel ni. Saya baru sedar saya termakan masakan rebung yang dijual di kedai makan.dengan izin Allah, Minta sesiapa tau siapa yang boleh rawat segera. Nyawa seperti....walau apapun saya yakin ada hikmahnyn. Dengan izin Allah minta tolong hubungi saya O108767947 segera siapa ada penawar.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Dengan izin Allah, perlukan bantuan segera,Terlalu gatal2 dan bisa macam kena bisa binatang berbisa.jantung seperti tertusuk. Hampir dua minggu.Alhamdulillah mencari jawapan di internet, bila terbaca artikel ni. Saya baru sedar saya termakan masakan rebung yang dijual di kedai makan.dengan izin Allah, Minta sesiapa tau siapa yang boleh rawat segera. Nyawa seperti....walau apapun saya yakin ada hikmahnyn. Dengan izin Allah minta tolong hubungi saya O108767947 segera siapa ada penawar.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Dengan izin Allah, perlukan bantuan segera,Terlalu gatal2 dan bisa macam kena bisa binatang berbisa.jantung seperti tertusuk. Hampir dua minggu.Alhamdulillah mencari jawapan di internet, bila terbaca artikel ni. Saya baru sedar saya termakan masakan rebung yang dijual di kedai makan.dengan izin Allah, Minta sesiapa tau siapa yang boleh rawat segera. Nyawa seperti....walau apapun saya yakin ada hikmahnyn. Dengan izin Allah minta tolong hubungi saya O108767947 segera siapa ada penawar.
ReplyDeleteVersi long gaffar hampir tepat dgn klrga kita tak bolih mke ike kekace karam dilaut diselamatkn ike tersebut tiada kisah tak bolih mke rebung buluh moyang blh ayah dan ibu asal pdg engang dan wakaf che yeh Allahualam.
ReplyDeletePesanan klrga tak bolih mke ike kekace
ReplyDeletePernah masa budak kena gatal berkudis payah baik hingga tinggalkn parut saja bgh punggung klrg sya dilarang mke ike kekace asal moyang kelantan Allahualam.
ReplyDeleteHadir
ReplyDelete