Pages

Sunday, April 14, 2013

Lagenda dan Mitos: Wan Empuk Wan Malini

drp  Merpati Putih
ALKISAH maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang namanya; nama rajanya Demang Lebar Daun, asalnya daripada anak cucu Raja Sulan juga Adapun negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya, di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. 


Adalah dalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang; di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan . Maka ada dua orang perempuan balu berhuma padi, terlalu luas humanya; adalah namanya seorang Wan Empuk dan seorang namanya Wan Malini. Maka terlalulah jadi padinya. Tiada dapat terkatakan; telah Hampir akan masak padinya itu.

Raja Culan/ Sura/ Sulan.. adalah Raja yang diperi menghuni Lautan,(dikhayalkan olih Pengkhayal cerita, agar manusia taat kepada Pemerintah). Untuk menekankan ketaatan kepada raja/ pemerintah, dongeng2nya di selang selikan dengan perkataan Tuhan.. bahasa arab, bahasa yang memuji2 keramah, mu' jizat, kesaktian.

Raja Culan/ Suran/ Sulan ada tiga anak: Yang sulong bergelar Nila Pahlawan; Yang tengah bergelar Krishna Pendita; dan yang bongsu bergelar Nila Utama. Ketiga bersaudara ini telah dibesarkan, dididik dan dipelihara olih Raja AT Tabul Ard, dibawah kasih sayang ibunda bertiga saudara. Setelah dewasa, terlalu baik parasnya anak raja ketiga itu 

Maka ketiga anak raja itu bertanyakan tentang ayahanda bertiga kepada ninda baginda, Raja Aktabu'l-Ard. Maka sahut Raja Aktabu'l-Ard, " Ayahmu, Raja Culan@ Sulan@Suran adalah anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, bernasab dari Sulaiman 'alaihi s-salam, terpancar dari Nusyirwan Adil, Raja masyrik dan maghrib. 

Ayah cucunda2 sekelian, Raja Culan, bepesan kepada ninda agar cuncunda2 bertiga diturunkan kedunia apabila telah mencapai dewasa. Dan telah tibalah saat ketikanya cucunda2 berangkat kedunia.

Setelah kata ninda baginda2, maka terlalulah sukacitanya anak2 Raja Culan@Sulan@Suran seraya berkata: "Tunjukilah kepada kami bertiga bersaudara ini jalan ke dunia." 

Raja Aktabu'l-Ard telah mengurnia dan memakaikan ketiga2 cucunda baginda itu dengan alat2 kebesaran: Dilengkapi dengan pakaian anak raja2, bertatahkan ratna mutu manikam, serta dikenakan batu jemala mereka2 dengan mahkota2 itu 

Setelah itu maka ketiga baginda pun bermohonlah kepada ninda dan bonda baginda. Maka dipeluk dicium baginda serta bertangis2san, Maka oleh Raja Aktabu'lArd diberinya seekor lembu yang amat putih, seperti perak yang terupama wamanya; maka ketiga anak raja itu pun naiklah ke atas lembu itu lalu mi'raj kearah dunia maya.

Dengan diilusikan Yang Maha Kuasa, maka teruslah beginda2 menerjah ke Bukit Si Guntang itu waktu malam.

Maka kepada malam itu dipandang oleh Wan Empuk dan Wan Malini dari rumahnya, di atas Bukit Si Guntang itu bemyala seperti api. 

Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini: "Cahaya apa gerangan di Bukit Si Guntang itu? Bemyala seperti cahaya matahari terbit kelihatan. Takut pula beta melihat dia." 

Maka kata Wan Malini: "Janganlah kita ingar-ingar, jikalau gemala naga besar gerangan itu." 

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun diamlah dengan takutnya, lalu keduanya tidur. Setelah hari siang maka keduanya pun bangunlah. 

Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini: "Mari kita lihati, apa yang terang bercahaya di Bukit Si Guntang semalam itu." 

Maka kata Wan Malini: "Marilah." 

Maka keduanya basuh muka dan makan sirih lalu turun berjalan. Maka dilihatnya padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. 

Maka kata Wan Empuk: "Yang bercahaya semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa ini???. " 

Maka sahut Wan Malini Wan empuk: "Beta pandang semalam di atas Bukit Si Guntang itu, bukannya padi huma kita ini." 

Maka keduanya naiklah ke Bukit Si Guntang itu. Maka dilihatnya tanah negara bukit itu menjadi seperti wama keemas-emasan; maka datanglah sekarang ini, tanah itu diceritakan orangseperti emas juga.


Maka dilihat oleh Wan Empuk dan Wan Malini di atas tanah yang menjadi emas itu ada tiga orang lelaki muda teruna, muda wangsa, duduk di atas lembu putih seperti perak, lengkap ketiganya itu memakai pakaian anak raja-raja yang bertatahkan ratna mutu manikam; memakai mahkota ketiga, ter- lalu sekali elok parasnya, 

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun hairan tercengang-cengang melihat paras sikapnya orang muda ketiga itu; seorang memegang curik dan satu kayu yang bercap di tangannya, seorang memegang lembing dan seorang memegang pedang, sekaliannya daripada keemasan. 

Maka Wan Empuk pun berfikir dalam hatinya: "Anak raja mana orang muda ketiga ini, sekonyong-konyong ada di Bukit Si Guntang ini, dari mana gerangan datangnya? Dan apa jua bangsanya? Baik aku bertanya kepadanya; entah sebabnya maka padiku berbuahkan emas, dan tanah negara bukit itu pun seperti emas. "
.
Setelah keduanya berfikir, lalu bertanya: "Siapa tuan hamba ketiga ini? Anak 'raja mana tuan hamba? Anak raja jinkah atau anak raja perikah, atau anak raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan Hamba ketiga kepada kami kedua ini; kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun tiada datang ke mari, baharu pada hari inilah kami melihat tuan hamba ketiga ini.".

Maka sahut Nila Pahlawan: "Adapun kami ini bukan daripada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa indera; bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, pancar kami daripada Raja Sulaiman 'alaihi s-salam, dan. nama kami Nila Pahlawan, dan yang seorang ini Krisyna pendita, dan yang seorang Nila Utama; dan nama curik kami ini Si Mandang Kini, dan kayu ini Cap Kerupa namanya, dan pedang ini Badram Balawa namanya, dan lembing ini Lembuara namanya.".

Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini: "Jikalau tuan hamba daripada anak cucu Raja Iskandar apa sebab maka tuan hamba ke mari, dari mana jalan tuan hamba?" 

Maka Nila Pahlawan pun berceriteralah seperti ceritera ayahnya kepada Raja Aktabu'l-Ard. Segala hikayat Raja Iskandar beristerikan anak Raja Kida Hindi, dan peri Raja Suran masuk ke dalam laut, dan peri duduk dengan bondanya beranakkan baginda ketiga bersaudara itu, semuanya dihikayatkan Nila Pahlawan kepada Wan Empuk dan Wan Malini. 

Maka kata Wan Empuk: "Apa alamatnya seperti kata tuan hamba itu?" Maka sahut Nila Pahlawan, "Mahkota kami ketiga inilah alamatnya; serta padi habis berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa, dan tanah negara bukit inimenjadi seperti wama keemas-emasan. Jikalau embuk tiada percaya, pandanglah alamat kami, anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain; keturunan Sulaiman alaihi s-salam."

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun percayalah akan kata orang2 muda itu, serta dengan sukacitanya. Ketiga anak raja itu dibawanya kembali ke rumahnya. Maka ketiga baginda bersaudara pun duduklah dipeliharakan oleh Wan Empuk dan Wan Malini; padinya pun dituainyalah. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun kayalah dengan sebab mendapat anak raja itu.

Maka terdengarlah kepada Demang Lebar Daun bahawa Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak raja dari Bukit Si Guntang, daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain itu. 

Maka Demang Lebar Daun pun mudiklah, mendapatkan Wan Empuk dan Wan Malini mengadap anak raja itu. Maka di ambilnya ketiga anak raja itu dibawa dengan kenaikan baginda lembu putih itu ke negeri Palembang, dipeliharakannya dengan sempumanya. Maka Nila Pahlawan digelar Sang Si Perba. 

Dengan takdir Tuhan, maka lembu kenaikan baginda2 itu pun muntahkan buih, maka keluar daripada buih itu seorang manusia lelaki, hadir dengan pakaiannya, serta ia berdiri membaca mantera demikian bunyinya:

Ahusta Paduka Seri Maharaja serta Seri Sepah Buana suran bumi boji bala pikrama nakalang kama makuta dan Menteri Buana prasama Sakritbana Tanggadarma dan busaya kuta dan singgahsana ranawikrama dan Rawanaba Palawikasad dadi prabu di kala mula mali mala ka Seri Darma Rajadiraja, Raja Permaisuri. *.

Maka oleh Demang Lebar Daun dinamainya "Batala", ertinya orang yang membaca ciri. Daripada anak cucu Batala itulah asal orang membaca mantera (ayat suci) dahulukala.

P/S*****Orang2 yang membaca ciri2/ cerita2/ 'Batala'/ me-reka2 khayalan inilah, yang telah merasuk dunia pemikiran manusia.

http://tokbatinsenoi.forumotion.net/t161-wan-empuk-wan-malini-1


18 comments:

  1. Dulu saya x percaya... sehinggalah ketika saya sakit saya bertemu orang di alam sebelah yg. mendakwanya Sang Nila Utama... bermula dari sini saya berminat mengetahui sejarah ini...
    Hari ini saya telah berjumpa orang yg. memegang mohor Raja Melayu yg. diberi oleh Nabi Khaidir yg. diambil dari Tahta Nabi Sulaiman... Ternyata Lambang mohor itu telah digunakan oleh Freemansion terlebih dahulu mengkajinya... tetapi mohor sebenar itu ada pada anak melayu kita dari keturunan raja suran yang hilang dulu...
    dari video rakaman yang di buat di kelang, mersing gunung jerai, g. ledang, ternyata mohor ini mampu menaikan harta dari kerajaan2 lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin tahu lebih lanjut.. Cerita tuan.. Menarik

      Delete
    2. Ye btol sekali ape yg dinyatakan oleh Shahirah Nabil ini...cerita ini bukan dongeng...tp saya tahu juga cerita ini...anak cucu cicit keturunan diorg Pon memang ada...dmerata plusok tanah air kita.sampai ke Patani...skrg ini...

      Delete
  2. sejarah yg mnarik utk dipelajari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesah mitos. Macam mana padi boleh jadi emas. Bagi orang Islam yang percaya kesah2 saperti ini boleh jadi syirik

      Delete
  3. Wan empuk dan dan malini..ada cerita mereka berdua ada di kapal nabi nuh..umur mereka spt nabi nuh seribu tahun lebih...hanya mereka berdua wanita yg nabi nuh turunkan di tanah minang..bentuk rumah minang..di buat meniru..bentuk kapal nabi nuh..

    Tempat lain nabi nuh turunkan sepasang (lelaki dan wanita)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan buat cerita karut marut. Apa bukti kapal Nabi Nuh sampai ke tanah minang

      Delete
  4. mak saya cakap saya kami keturunan wan empuk wan malini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waang ko mangicuah nyo lai.

      Delete
    2. Arwah opah saya pon dr keturunan Wan Empuk Wan Malini..sy dr anak Tengku Syed Ahmad Shukri..

      Delete
  5. Mak saya pun cakap saya dari keturunan Wan Empuk dan Wan Malini. Seriously.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon dr keturunan yg sama..tpi dr susur jalur Tengku Syed Ahmad Shukri..

      Delete
  6. Sama.. arwah opah saya berasal keturunan wan empuk wan melini.. teruja nak tau asal usul nenek moyang sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sama2kita cari ...klu ye btol mesti ada simpan salasilah keturunan masing2....bila ada salasilah senang kita cari...sbb saya sudah jumpa salasilah tu separuh

      Delete
  7. Hahahhahah palembang mana yg ori tu,palembang sekarang palembang hanyut🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  8. Boleh sy tau x psl salasilah tu..yg dh dpt separuh..mgkn sebelah sy blh sambung lgi separuh

    ReplyDelete
  9. Mcm mana sy nk contact awak smua yg ada kaitan dgn keturunan sy ye..sbb sy mmg nk cr dr dulu lgi

    ReplyDelete