Mengikut cerita mulut yang diturunkan oleh bapa saya Daros Awang Osman kononya keluarga AO berasal dari Acheh. Satu masa dahulu berlaku peperangan diantara Negeri Kedah dan Acheh. Bala tentera dari Acheh yang menyerang Kedah datang dengan satu armada kapal layar dan berlaku pertempuran dengan bala tentera negeri Kedah. Kononnya peperangan ini berlaku didaerah Kuala Sanglang dan Kuala Kedah. Atok Awang Osman yang pada masa itu Nakhoda dan kepala perang mendapat kecederaan dan kapal layar beliau terbakar dan tengelam. Dalam kaadaan kecederaan beliau cuba berenang ke pantai tetapi tiada kudrat. Tiba-tiba datang seekor ikan Yu gergaji menyaruknya dan membawa dia ke pantai dengan selamat. Setelah selamat ke pantai dia bersumpah yang bermaksud diharamkan anak cucunya tujuh keturunan makan ikan yu jenis ini. Jika langgar pantang ini orang yang makan akan mengalami sakit sopak!!!!... itu lah ceritanya.... wallah hu alam.....DDD(AO)
Yu gergaji (Pristis microdon) adalah ikan yang hidup di Danau Sentani. Yu gergaji juga popular dengan nama pari atau hiu sentani karena memang endemik di Danau Sentani, Papua. Orang barat menyebutnya Largetooth Jawfish yang berarti ikan Yu bergigi besar. Ikan ini termasuk ikan air tawar dan berkembak biak dengan cara ovovivipar.
Walaupun penampilan Yu gergaji cukup mengerikan, namun bukan berarti ikan ini menjadi penguasa di Danau Sentani. Fakta di lapangan menunjukkan populasi anggota famili Pristidae yang bernama Latin Pristis Microdon ini terus menyusut. Ikan yang menyebar di Australia, India, Papua Nugini, Afrika Selatan dan Thailand ini tergolong penghuni air tawar dan menyukai daerah tropis. Biasanya mereka hidup di danau-danau besar, sungai besar atau rawa-rawa tertentu. Di Indonesia ikan Yu gergaji terdapat di Sungai Digul, Sungai Mahakam (Kalimantan), Sungai Siak dan Sungai Sepih.
Ikan ini senang memakan ikan-ikan berukuran sedang atau yang berbadan lebih kecil. Ukuran tubuh yu gergaji sendiri sagat besar, mampu mencapai 6.6 meter. Mulutnya yang diselimuti gerigi tajam cukup kuat untuk melumpuhkan mangsanya dalam sekejap mata. Padahal menurut beberapa ahli, pandangan mata yu gergaji tidak terlalu baik, tetapi deria baunya sangat tajam.
Ikan ini mempunyai 14 hingga 22 gigi gergaji di setiap sisi, dimana digunakan sebagai alat mencari makanan, dan juga alat pertahanan terhadap musuhnya. Tubuhnya tergolong ramping dibandingkan dengan yu yang lain. Ini menyebabkan mereka dapat berenang dengan cepat.Tubuh yu jenis ini berwarna hitam kelabu. Bahagian bawah tubuhnya berwarna lebih pucat atau putih. Warna tubuhnya tidak sama antara satu sama lain bergantung di mana habitat mereka.
Boleh Ditemui Di Serata Dunia Baik Di Laut, Air Payau Mahupun Sungai. Bahkan Ini Dilaporkan Pernah Ditemui Hingga 100 Km Pedalaman. 'Gergaji' Di Hadapan Mulutnya Merupakan Senjata Yang Menggerunkan Pemangsa Lain. Namun Sebenarnya Gergaji Itulah Juga Deria Sensitif Untuk Mencari Makanan. Boleh Menjadi Ganas Sekiranya Dirinya Menjadi Terancam. Merupakan Antara Ikan Paling Terancam, Kerana 'Gergaji' Hadapannya Diburu Untuk Dijadikan Barang Perhiasan.
Ada sesiapa yang tak tak dibenarkan makan ikan jenis ini.... jom kongsi cerita anda :)
Dahulu diceritakan oleh ayah saya.di kampung gajah perak, sekitar tahun 40an hingga 50 an terdapat yu parang di sungai perak.ada nelayan di tetak oleh yu parang.sekarang ni tidak pernah kedengaran lagi keujudan spesis ini.
ReplyDeleteterima kasih tn kerana sudi bertandang ke blog ini... terima kasih atas maklumat yg diberikan :)
DeleteInfo menarik
ReplyDeleteInfo menarik
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSama laa dengan keturunan sya... Sya merupakan keturunan yg ke 3 kisah yg diceritakan sama seperti tuan ceritakan.. Kerana nenek sya selalu berpesan jangan memakan ikan Yu mata jauh istilah (org terangganu) kerana ikan ini sudah tolong moyang kita ketika berlayar .. Namun ada ubatny jika tersilap makan
ReplyDeleteAtuk saya pun pernah pesan dulu sewaktu dia masih hidup
Delete