Pages

Friday, January 4, 2013

HIKAYAT PANGLIMA AGUNG

Jom kita baca Hikayat Panglima Agung, yang ditulis oleh tn Ismail Omar... memang terrrbaaaekkkk...  sy suka citer ni... saya letak link skali untuk memudahkan pembaca blog mengikuti pengembaraan Panglima Agung dalam hikayat ni :)  BON VOYAGE!!!

HIKAYAT PANGLIMA AGUNG:Bab 1- Perang Kuala Kedah(1641Masehi)


Sang suria sudah hampir-hampir terbenam di ufuk barat,melemparkan cahaya merah-kuningnya menerobosi celah-celah dedaun kayu di Kampung Kuala Kedah. Angin petang menderu sepi,dedaun kelapa meliuk-lintuk dipuput bayu bagaikan jejari lentik penari jelita. Burung-burung riuh berbunyi di dahan menikmati udara petang yang nyaman setelah sehari suntuk keluar mencari rezeki. Namun,kanak-kanak masih leka bermain di halaman,berlari-larian dan berkejar-kejaran.
Di serambi rumah yang sederhana besarnya,dua orang lelaki separuh usia masih asyik berbual-bual tanpa menghiraukan suasana hingar-bingar di halaman.

“Mana Si-Kuntum tak nampak-nampak dari tadi?”tanya lelaki gemuk berkulit cerah berpakaian segak kepada teman perbualannya yang berkulit sawo matang.Orangnya sederhana sahaja tetapi tegap,lengannya berulas,dadanya yang tidak berbaju kelihatan berotot.......


HIKAYAT PANGLIMA AGUNG: Bab 2 – Kembali ke Kuala Kedah

Kota Kuala Kedah dengan tembok batu yang tinggi berdiri megah di kuala sungai.
Di utara kota itu sebatang anak sungai telah dikorek hingga tembus ke Sungai Kubang Rotan. Di atas tembok batu itu ditempatkan berpuluh-puluh laras meriam tembaga, muncungnya yang gagah dihala ke arah laut sebagai pengawal setia kapal-kapal dagang yang singgah di perairan itu.Di dalam kota yang kukuh itu terdapat balai penghadapan tempat menerima tetamu kehormat,gedung senjata,balai pengawal,balai cukai,balai tetamu serta rumah-rumah penginapan. Di hadapan balai pengawal terpacak bendera warna hijau-putih-merah lambang Kompeni Belanda yang berkibar megah,kedudukannya lebih tinggi daripada bendera Negeri Kedah Darul-Aman.....

Ikutilah kisah Bab 2 selanjutnya di laman berikut:
http://ismailomar.wordpress.com/hikayat-panglima-agung-bab-2-kembali-ke-kuala-kedah/

HIKAYAT PANGLIMA AGUNG: Bab 3 – Mencari Chendana


Bujang tidak sedar berapa lama dia tidur.Rasanya hanya sebentar sahaja  sekadar menghilang-kan mengantuk.Tidur-tidur ayam,kata orang.Namun,bia dia sedar,seluruh tubuhnya terasa panas.Perahunya teroleng-oleng seperti dipukul ombak.Dia terus menyingkap kain yang menutup mukanya,lantas cahaya matahari yang tegak di atas kepala menyilaukan matanya. Lekas-lekas dia bingkas bangun dan melihat sekeliling.Rupanya dia sudah berada di tengah laut.Tali perahu yang ditambat pada pelepah nipah telah terlucut dari ikatan,menyebabkan perahunya hanyut dipukul ombak jauh dari pantai. Dia membasuh muka dengan air laut yang masin itu.Agak segar sikit,walaupun matanya terasa pedih.Tekaknya terasa haus,perut-nya berkeroncong.Baru dia teringat pada bekalan yang diberikan isterinya.Dia meraba ke dalam buntil dan mengeluarkan bekalan yang berbungkus daun pisang.Bekalan itu dibuka. Dihidu dengan hidungnya. Belum basi lagi. Dia pun makan pulut itu dengan berlaukkan ikan pekasam dan serunding.Sekejap sahaja makanan itu sudah bersarang dalam perutnya. Dia terasa dahaga dan perlu membasahkan tekak. Matanya liar memerhati sekeliling kalau-kalau ada tanah daratan.......

Ikutilah kisah Bab 3 selanjutnya di laman berikut:

HIKAYAT PANGLIMA AGUNG: Bab 4 – Dari Johor ke Jambi

Enam hari kemudian iaitu pada pagi Sabtu 1 Zulhijah 1062 Hijrahbersamaan dengan 23 Oktober 1652 Masehi,seluruh penduduk Batu Sawar,Kota Seberang dan Kampung Panchor menjadi gempar dengan kehadiran angkatan perang Johor yang berlabuh di situ. Ramai yang keluar menyambut ketibaan mereka dengan berita kemenangan.Bujang yang siap menggalas kampitnya meninjau mencari wajah isterinya atau ibubapa mertuanya,namun kelibat mereka tidak kelihatan di celah orang ramai yang berpusu-pusu di pengkalan itu.

“Lela Wangsa,”perintahnya.”Kau sahajalah yang persembahkan perihal kejayaan kita ini kepada baginda Sultan.Hamba hendak terus pulang ke rumah.Hamba rasa tidak sedap hati.”
“Baiklah,Panglima,”Lela Wangsa akur dengan perintah itu......

Ikutilah kisah Bab 4 selanjutnya di laman berikut:
http://ismailomar.wordpress.com/hikayat-panglima-agung-bab-4-dari-johor-ke-jambi/



HIKAYAT PANGLIMA AGUNG: Bab 5 – Sayembara di Tanah Jawa

Pagi-pagi lagi sebaik sahaja selesai sembahyang subuh dan berwirid pada hariKhamis 3 Muharam 1063 Hijrah bersamaan dengan 26 Oktober 1652 Masehi,Bujang sudah berada di atas geladak memerhati Pelabuhan Betawi yang semakin jelas walaupun diseliputi kabus nipis.Kampit kulit berisi barang-barangnya turut sama dibawanya. Kapal dagang yang ditumpanginya sudah memasuki kawasan pelabuhan. Mulut Nakhoda Mamat bicuk memberi arahan kepada jurumudi dan jurubatu supaya kapal itu dapat dikendalikan dengan selamat tanpa berlanggar dengan ratusan lagi kapal-kapal kecil dan besar yang keluar-masuk dan berlabuh di perairan itu. Kapal-kapal itu datang dari pelbagai tempat dengan pelbagai bentuk dan rupa. Armada Belanda dengan bendera VOC berkibar megah kelihatan  di merata tempat untuk menjaga keselamatan pelabuhan tersebut dan juga sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan.Kawasan penempatan soldadu Belanda yang dipanggil ‘berek’ juga didirikan di sekitar pelabuhan.....

Ikutilah kisah Bab 5 selanjutnya di laman berikut:



HIKAYAT PANGLIMA AGUNG: Bab 6 – Daeng Ratna Sari

Besoknya pada hari Sabtu 12 Muharam 1063 Hijrah bersamaan dengan 4 November 1652 Masehi,Bujang dan Daeng Ratna pun dinikahkan oleh seorang imam di hadapan anak kapal dan beberapa orang penduduk kampung dengan berwalikan Andika.Tok Imam dengan ikhlas hati mengadakan kenduri bagi meraikan kedua mempelai itu.Kenduri itu walaupun sederhana tetapi meriah.Sebelum kembali ke lancang,Bujang menghadiahkan beberapa uncang wang emas untuk pembinaan masjid baru di kampung itu.Andika dan Panglima Kahar tinggal di darat untuk menunggu kedatangan kaum Tengger serta membuat persediaan yang sepatutnya.

“Nah,ambil ini,”Bujang menghulurkan sebutir batu delima kepada isterinya Ratna.”Sebagai mas kawin dan  tanda pernikahan kita.”.....

Ikutilah kisah Bab 6 selanjutnya di laman berikut:
http://ismailomar.wordpress.com/hikayat-panglima-agung-bab-6-daeng-ratna-sari/



HIKAYAT PANGLIMA AGUNG: Bab 7 – Berangkat ke Tanah Suci

Besok paginya Sabtu 10 Safar 1063 Hijrah bersamaan dengan 2 Disember 1652 Masehi, bahtera Indera Kayangan pun membongkar sauh lalu belayar meninggalkan Pelabuhan Makasar. Baginda Raja Gowa bersama pembesarnya serta sebilangan besar penduduk turut berada di pelabuhan untuk mengucapkan selamat jalan kepada Bujang serta semua anak buahnya yang sekian lama berkampung di situ. Dari atas anjung hadapan,Bujang dan isteri-isterinya melambai- lambai tangan ke arah mereka di darat.Ratna kelihatan mengesat airmata kerana terpaksa berpisah dengan ibu-bapanya buat sementara waktu,dipujuk oleh Chendana dan Balqis. Bujang pura-pura tidak melihat karenah isteri-isterinya yang sudah seperti adik-beradik itu.Dia juga pura-pura tidak nampak Mayang Sari yang turut berada di anjung tetapi tidak dilihat oleh sesiapa.........

Ikutilah kisah Bab 7 selanjutnya di laman berikut:
http://ismailomar.wordpress.com/hikayat-panglima-agung-bab-7-berangkat-ke-tanah-suci/



Sekian, tamatlah sudah kisah Hikayat Panglima Agung....

Ismail Omar Says:

Terima kasih kepada semua yg sudi membaca karya saya yg tidak seperti ini. Segala pengalaman Panglima Agung dalam Hikayat berkenaan digarap melalui orang ketiga yang sudi berkongsi pengalaman hidupnya yang penuh misteri. Akan saya cuba update dari semasa ke semasa. Saya cuba tapis setiap pengalaman mistik supaya tidak disalahanggap oleh mereka yg kurang arif. Apa pun,anggaplah ini sebagai halwa telinga dan santapan rohani. Wassalam.
For those who like my narratives,actually they were part of my writing assigment in USM. However,the stories are all true. Hopefully you’ll learn something beneficial ffrom them. I know I did. Thanks for the feedbacks. Hasta la vista.

Terima Kasih Tn Ismail Omar... tak sabar nak tunggu kisah seterusnya perjalanan Panglima Agung ini :)

6 comments:

  1. Assalamualaikum.. Cerita panglima agung memang sampai bab 7 je ke???

    ReplyDelete
  2. Certanya mmang terbaekkkk???!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila sambungan kisah panglima agung ni nak keluar...tak sabar nak tau kisah selanjutnya

      Delete
  3. Tuan Ismail Omar bagaimana cara untuk hamba menghubungi tuan hamba. Ini email hamba karlz.kampau75@gmail.com

    ReplyDelete