Pages

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan untuk semua kaum muslimin dan muslimat 

Bulan ini NAFAS menjadi TASBIH,
Bulan ini TIDUR menjadi IBADAH,
Bulan ini DO'A-DO'A di IJABAH,
Bulan ini PAHALA di LIPAT GANDAKAN,
Tapi itu tak akan terjadi dan berlaku sebelum kita saling maaf bermaafan sesama kita menjelangnya Ramadhan.


"MARHABAN YA RAMADHAN"
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN ATAS SEMUA SALAH & KHILAF SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI PENUH KEBERKATAN UNTUK KITA SEMUA......AMIN




Moga kita dapat menyempurnakan Agenda Individu di bulan yg mulia ini... Insya Allah


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.
-Riwayat Bukhari & Muslim



Petua Berbuka Puasa

1. Adab berbuka puasa ialah menyegerakan berbuka apabila masuk waktu. Sahl bin Sa’ad melaporkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Berdoa ketika berbuka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah). Doa daripada Rasulullah SAW ketika berbuka dan disunatkan kita membaca: “Hilanglah dahaga, basahlah peluh (hilang kekeringan) dan tetaplah pahala, Insya-Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

3. Berdoa kepada orang yang menjamu kita berbuka. Kata Anas: “Rasulullah SAW pernah datang ke (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda makan dan berkata: Mereka yang berpuasa berbuka puasa di sisi kamu, mereka yang baik makan makanan kamu dan malaikat akan berselawat ke atas kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud)

4. Makan dengan sederhana. Orang berpuasa digalakkan tidak makan berlebihan ketika berbuka bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raf, ayat 31).

5. Segerakan solat Maghrib. Selepas berbuka dengan tamar atau air, jika makanan belum dihidangkan, umat Islam perlu segera menunaikan solat. Namun, jika makanan sudah dihidangkan, maka makruh meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jemaah) sudah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


~SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA~

No comments:

Post a Comment