Pages

Thursday, June 14, 2012

Makluman tentang Hari Keluarga Awang Osman kali ke-2

Di sini ingin saya memaklumkan kepada semua kaum kerabat Awang Osman berkaitan dengan Hari Keluarga Awang Osman kali ke-2.
Setelah empat kali bermesyuarat, maka telah diputuskan tempat untuk mengadakan hari keluarga adalah di Genting View Resort, Genting Highland Pahang, bertarikh 31 Ogos 2012 hingga 2 September 2012.

gambar sekitar genting view resort

pemandangan pada waktu malam
Bagaimanakah anda hendak ke sana?

Seterusnya merupakan cadangan aktiviti sepanjang perjumpaan Hari Keluarga tersebut. mungkin tentatif ini akan ada perubahan dari masa ke masa. Sebarang cadangan bolehlah disalurkan kepada Yang di Pertua iaitu Dato' Daud Daros (DDD)

Cadangan Tentatif Program 
Hari Keluarga Awang Osman Kali ke-2

Hari Pertama (31 Ogos)
2:00 – 5:00 pm          Ketibaan (Check – in) dan Pendaftaran
5:00 – 7:00 pm          Minum Petang
7:00 – 9:00 pm          Persiapan untuk kenduri Kesyukuran / Tahlil / Solat Maghrib Berjemaah
9:00 – 12:00 am        Makan malam dan Karaoke Peringkat Remaja (25 tahun kebawah)

Hari Kedua (1 September)
7:00 – 8:00 am          Tarian Poco-Poco – instructor Jazlan Abd Jalil
8:00 – 9:00 am          Sarapan pagi
9:00 – 11:00 am        1) Pertandingan Mewarna
                                    2) Sukaneka - Kanak-kanak bawah 12 tahun 
                                    3) Flying Fox/Footsal/Jungle Tracking – bawah 25 tahun
                                    4) Treasure Hunt - Dewasa
                                    5) Permainan Congkak / Dam / Carom – Warga Emas

11:00 – 12:30 pm      Free at Leisure
12:30 – 2:00 pm        Makan Tengah hari
2:00 – 4:00 pm          Visit to Strawberry Farm / Minum Petang
4:00 – 7:00 pm          Mesyuarat pertubuhan Persatuan / Yayasan / Koperasi
                                    Tayangan Video untuk kanak-kanak
7:00 – 8:00 pm          Free at Leisure
8:00 – 12:00 pm        Dinner (BBQ / Steamboat)
                                    1) Pertandingan Karaoke - Dewasa
                                    2) Persembahan Pakaian Beragam (bawah 12 tahun)

Hari Ketiga (2 September)
7:00 – 8:00 am          Tarian Poco-Poco – instructor Jazlan Abd Jalil
8:00 – 11:00 am        Sarapan dan penyampaian hadiah / cenderahati
11:00 – 12:30 pm      Group and Family Photo / Check out.


  • Surat jemputan Hari Keluarga Persatuan Kerabat Awang Osman akan diedarkan ke setiap ahli keluarga ke seluruh negara SEBULAN sebelum berlangsungnya hari keluarga.
  • Setiap ahli keluarga yang hadir ke perjumpaan tersebut di minta untuk membawa sekeping gambar berukuran passport dan gambar keluarga masing-masing serta menulis nama di belakang gambar tersebut. 






  • "Keep the Awang Osman’s Flag Flying"

No comments:

Post a Comment