Pages

Friday, November 29, 2013

Buku Salasilah Keluarga Awang Osman v 2.0

Gambar Allahyarham Awang Osman
Terima kasih kepada Uncle Iszham B. Idris kerana berjaya menghasilkan buku salasilah setebal 90 muka surat. Buku salasilah ini adalah kesinambungan daripada buku salasilah yg dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Haji Abdul Khalid Bin Awang Osman. 

Salasilah yang tersusun ini adalah untuk tatapan semua ahli keluarga. Namun
salasilah ini tetap masih belum sempurna, banyak lagi data yang harus kita cari dan
ditambahkan dalam salasilah ini.

Melalui penyusunan salasilah keluarga ini, cucu-cicit Allahyarham
Awang Osman akan dapat berkenalan antara satu sama lain untuk mengukuhkan
perhubungan sesama mereka.

Salasilah keluarga AO (dalam bentuk pdf)

Salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia
bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada
hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim
sangatlah dituntut dalam Islam.

Allah berfirman:
"Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut
namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat." (Surah An-Nisaa:1)

Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman:
"Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan
hubunganKu dengan dia. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun
akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti."

Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah. Penekanan kepada ilmu salasilah dalam kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja maupun bangsawan sahaja.

Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana melalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri. Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ahli keluarga yang dikenali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti.


Uncle Iszham B. Idris

"Mudah-mudahan dengan kerjasama dan bantuan semua kaum keluarga Awang Osman dapatlah kita menjulang tinggi 'Panji-Panji Awang Osman' agar berkibar megah buat selama-lamanya" - Allahyarham Tan Sri Datuk Hj Abd Khalid Bin Awang Osman